TOKYO, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran GBD-200, tambahan baharu kepada barisan G-SQUAD yang didorong oleh sukan dalam keluarga jam tangan tahan gegaran G-SHOCK. Mewarisi reka bentuk bekas yang berbentuk empat segi ikonik yang pertama buat G-SHOCK, jam tangan baharu yang kecil ini menawarkan fungsi yang mudah untuk senaman serta kegunaan harian.
GBD-200 mempunyai profil reka bentuk baharu yang lebih kecil untuk kelongsongnya, yang 2.0mm lebih nipis, 8.8mm lebih pendek, dan 3.4mm lebih sempit berbanding GBD-100 sebelum ini. Untuk menjadikan jam tangan tampak lebih nipis, kelongsong, bingkai tepi dan bahagian-bahagian lain direka dengan teliti untuk kelihatan rata apabila dilihat dari sisi. Tali jam dibuat daripada uretana yang lembut untuk memberikan pengudaraan dan kelenturan yang luar biasa dan memastikan padanan yang selesa pada pergelangan tangan. Lubang berhampiran kancing yang menyambung tali jam kepada bekas memastikan lut udara, membantu mengeringkan peluh dan memberikan padanan yang selesa dan berangin kepada jam tangan ini yang sangat sesuai untuk bersenam. Ketepatan jarak lubang 5mm yang digunakan untuk tali jam ini juga membolehkan pelarasan panjang yang tepat.
GBD-200 juga mempunyai fungsi yang luar biasa. Hanya padankan dengan telefon pintar melalui Bluetooth® untuk menyesuaikan jarak yang diambil dengan sensor pemecutan jam tangan menggunakan GPS telefon pintar. Apabila pengguna melaraskan ia sekali, jam tangan kemudiannya akan mengukur jarak dengan tahap ketepatan yang lebih tinggi,* walaupun tidak terhubung kepada telefon pintar. Jam tangan ini juga mengukur kelajuan larian dan dilengkapi dengan fungsi pusingan Auto yang mengawasi jarak yang ditentukan secara automatik. Apabila digunakan dengan aplikasi G-SHOCK MOVE khusus, jam tangan ini menawarkan sokongan yang hebat untuk senaman harian, yang membolehkan pengguna memeriksa log hayat dengan data mengenai jumlah langkah dan kalori yang dibakar, log aktiviti, dan banyak lagi, hanya di telefon pintar.
*Dalam perbandingan dengan pengukuran jarak yang dibuat oleh model Casio sebelum ini yang hanya menggunakan akselerometer. Juga bergantung kepada ketepatan fungsi GPS telefon pintar.
https://products.g-shock.com/asia-mea/en/_detail/GBD-200-9/
Tanda kata dan logo Bluetooth® adalah tanda dagang berdaftar Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda-tanda ini oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.