omniture

Solis menang pelbagai anugerah di SNEC 2021

Ginlong Solis
2021-06-16 23:40 183

NINGBO, China, 16 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovoltan dan Tenaga Pintar Antarabangsa SNEC (2021) ke-15 membawa beberapa keputusan dan pengiktirafan luar biasa daripada industri. SNEC, yang berakhir pada 5 Jun di Shanghai terbukti sebagai peluang yang hebat untuk Solis, yang telah diiktiraf atas reka bentuk dan produknya yang luar biasa, serta peluang untuk menandatangani pelbagai MOU dan kontrak dengan pelanggannya. Solis menyediakan pengunjung dengan platform untuk perangkaian dan pertukaran maklumat. Pembalik arus tinggi dan kuasa tinggi Solis yang inovatif mempamerkan pengalaman pelanggan berkualiti tinggi dengan penyelesaian tenaga hijau yang menjimatkan dan andal.

Dengan dua upacara pelancaran produk baharu yang diadakan pada 3 Jun, Solis memperkenalkan produk yang mencerminkan kecerdasan dan kemajuan teknologi industri solar. Klik pautan untuk maklumat lanjut.

Sebagai persidangan industri solar profesional terbesar di seluruh dunia, pameran ini menyampaikan pelbagai anugerah. Solis telah dianugerahkan dengan Anugerah Terhormat APVIA – Pencapaian Teknologi (untuk Perusahaan)" ("APVIA Honorable Award - Technological Achievement (for Enterprise)") pada Anugerah Persatuan Industri Fotovoltan Asia (APVIA) tahunan kelima 2021.

Solis juga memenangi Anugerah "Jenama PV Utama Global 2020" Makmal Jenama PV (PVBL), dan berada di tempat No.5 dalam nilai jenama pembalik. Solis juga telah dianugerah tempat dalam Pusat Pemeriksaan Kualiti PV Nasional – Pangkalan Bukti Luar (Yinchuan).

Semasa SNEC, Solis melancarkan penyelesaian dan penstoran "Flexi-ONE"nya, produk penyimpanan tenaga baharu yang direka untuk kefleksibelan (serasi dengan jenama bateri yang berlainan) dan penampilan menarik yang estetik. Disebabkan oleh keupayaannya untuk menyediakan pengguna akhir dengan penyelesaian solar serta penyimpanan yang mudah, pintar dan berkitaran penuh (PV-ES), produk ini telah terpilih sebagai salah satu daripada 10 sorotan utama di SNEC. Flexi-ONE telah dianugerahkan dengan Anugerah Gred Berlian Terawatt (Terawatt Grade Diamond Award), salah satu daripada penghormatan terbaik di pameran tersebut.

Solis komited kepada visi global yang dibina berdasarkan kejuruteraan yang berpusatkan produk, meletakkan pengguna sebagai teras keputusan paling kritikal kami dan memastikan bahawa kami memainkan peranan kami dalam peralihan kepada tenaga bersih dengan membantu menjadikannya lebih cekap, selamat dan boleh diharapkan. Anugerah industri di persidangan berprestij seperti SNEC adalah merupakan satu lagi pengesahan terhadap usaha yang kami lakukan, apabila dipertimbangkan seiring dengan kumpulan rakan penggiat kami di seluruh dunia. Kami melihat anugerah ini sebagai satu lagi inspirasi untuk mencapai matlamat kami untuk memainkan peranan kami dalam memastikan peralihan tenaga yang lancar dalam setiap pasaran di mana kami beroperasi.

Source: Ginlong Solis
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Trade show news