omniture

BCcard peroleh kedudukan mantap dalam pasaran pembayaran kad Vietnam

- BCcard memperoleh 100% kepentingan dalam pembekal terminal POS bank No. 1 Vietnam
- Memproses keupayaan pembangunan perisian selain daripada perniagaan pengedarannya… mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi
- BCcard akan menyediakan perkhidmatan yang mudah dan stabil dengan mengaplikasikan teknologi canggihnya
BCcard
2021-06-17 09:00 163

SEOUL, Korea Selatan, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ -- BCcard (Ketua Pegawai Eksekutif Choi Won-Seok), pemeroleh pembayaran kad yang terbesar di Korea Selatan mengumumkan bahawa ia telah memperoleh 100% kepentingan dalam pengedar terminal POS Vietnam Wirecard Vietnam1 lalu memperoleh kedudukan kukuh dalam pasaran pembayaran kad Vietnam.

Wirecard Vietnam, yang telah diperoleh oleh BCcard, mempunyai bahagian pasaran yang terbesar di negara ini, membekalkan terminal pembayaran kepada lebih daripada 40 bank Vietnam dan syarikat pembayaran elektronik yang utama.

Syarikat ini bukan sahaja dalam proses pengedaran, tetapi turut memproses keupayaan pembangunan perisian yang luar biasa. Syarikat ini mencapai tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi berbanding pengedar POS lain yang beroperasi di Vietnam kerana ia membangunkan dan membekalkan penyelesaian POS tersuai yang dapat menampung keperluan khusus pelanggan.

Melalui pemerolehan ini, BCcard merancang untuk ▲ meningkatkan daya saing perkhidmatan Wirecard Vietnam, ▲ menyediakan terminal bersepadu yang dapat menampung pelbagai kaedah pembayaran dan ▲ mengurangkan kos melalui penaiktarafan jarak jauh terminal.

Di samping itu, dengan memanfaatkan pengetahuan luasnya dan teknologi yang luar biasa, BCcard merancang untuk meningkatkan perkhidmatannya secara berperingkat-peringkat demi menyediakan perkhidmatan pembayaran yang pelbagai dan mudah kepada rakan kongsi (bank dan pengendali pembayaran elektronik) serta pelanggan di Vietnam.

Presiden BCcard Choi Won-Seok berkata, "Bagi menembusi terus pasaran Vietnam dan menjamin operasi perniagaan yang stabil, kami mengambil keputusan untuk memperoleh 100% kepentingan dalam Wirecard Vietnam." Beliau turut berkata, "Kami akan berusaha untuk menjana keuntungan dalam pelbagai bidang dengan mempelbagaikan struktur perniagaan kami seperti dengan menembusi pasaran luar negara."

Sementara itu, BCcard bekerjasama dengan pelbagai institusi pembayaran seperti NAPAS2, LienVietPostBank3 dan Sacombank4 untuk mendigitalkan pasaran pembayaran Vietnam sejak tahun 2017.

Selain itu, BCcard telah menggabungkan jaringan pembayarannya dengan pelbagai syarikat pembayaran nasional untuk membolehkan setiap negara menggunakan perkhidmatan kad atau pembayaran untuk domestik-sahaja di negara lain tanpa sebarang jenama antarabangsa.

1 Penjual: Wirecard Singapore Pte Ltd., 100% pemilikan Wirecard Vietnam
2 National Payment Corporation of Vietnam: Pengendali rangkaian perantara pembayaran di bawah State Bank of Vietnam
3 LienVietPostBank: Memiliki bilangan cawangan bank terbesar di Vietnam dan mempunyai jaringan pejabat pos eksklusif
4 Sacombank: Bank dengan bahagian pasaran kad kredit terbesar di Vietnam

Source: BCcard
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology