omniture

Dunia menjadi kurang aman disebabkan peningkatan pergolakan awam dan ketidakstabilan politik yang berlaku akibat pandemik COVID-19, dedah IEP

Institute for Economics & Peace (IEP)
2021-06-17 12:00 47

LONDON, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini menandakan pelancaran edisi Global Peace Index yang ke-15 daripada kumpulan pemikir antarabangsa iaitu Institute for Economics & Peace (IEP).

Hasil utama 

  • Pergolakan awam di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 10% dengan Belarus merekodkan kemerosotan yang terbesar. Terdapat 14,871 kejadian demonstrasi, protes dan rusuhan ganas yang direkodkan di seluruh dunia pada tahun 2020.
  • Lebih 60% penduduk di seluruh dunia bimbang tentang menghadapi bahaya yang serius akibat jenayah ganas.
  • Iceland merupakan negara yang paling aman di dunia dan Afghanistan yang paling tidak aman.
  • Walaupun terdapat pembaikan dalam penenteraan sejak tahun 2008, kini terdapat tanda-tanda bahawa trend ini telah menjadi sebaliknya.
  • Kesan keganasan terhadap ekonomi telah meningkat pada tahun 2020 kepada $14.96 trilion - bersamaan dengan 11.6% daripada KDNK dunia atau $1,942 setiap orang - akibat peningkatan perbelanjaan ketenteraan.
  • Jumlah kematian akibat keganasan telah menurun untuk tahun keenam berturut-turut.

Sorotan COVID-19 

  • Pada tahun 2020, pandemik COVID-19 mempunyai kesan yang ketara terhadap keganasan dengan beberapa peningkatan seperti konflik ganas, manakala petunjuk lain merosot dengan banyak termasuk demonstrasi ganas. Bilangan negara-negara yang mengalami kemerosotan adalah tiga kali ganda berbanding yang mengalami pembaikan.
  • Ketidakstabilan politik juga meningkat dengan negara-negara yang mengalami kemerosotan berjumlah dua kali ganda berbanding yang mengalami pembaikan.
  • Terdapat bantahan meluas terhadap langkah-langkah berkaitan pandemik dengan lebih 5,000 kejadian yang direkodkan di seluruh dunia.
  • Negara-negara seperti India, Chile, Itali, Perancis, Jerman dan Afrika Selatan amat terkesan dengan demonstrasi.
  • Republik Czech, Estonia, Jerman, Ireland, Lithuania, Belanda, Norway, Singapura, Slovenia dan Switzerland merupakan negara yang berada pada kedudukan terbaik bagi pemulihan pasca COVID-19.

Edisi ke-15 laporan tahunan Global Peace Index (GPI) yang merupakan ukuran keamanan global terkemuka di dunia mendedahkan bahawa purata tahap keamanan global telah merosot pada tahun 2020 untuk kali yang kesembilan dalam tempoh dua belas tahun. Secara keseluruhan, 87 buah negara telah menunjukkan pembaikan dalam keamanan, manakala 73 buah negara mengalami kemerosotan. Ini merupakan jumlah yang kedua terkecil dalam sejarah indeks tersebut tetapi laporan ini juga mendedahkan bahawa pembaikan dalam keamanan adalah lebih perlahan berbanding penurunan. Sebagaimana dunia memberi tumpuan ke arah pemulihan COVID-19, peningkatan dalam pergolakan awam dan kestabilan politik adalah sama penting untuk ditangani.

Iceland kekal sebagai negara yang paling aman di dunia iaitu kedudukan yang telah dipegangnya sejak tahun 2008. New Zealand, Denmark, Portugal dan Slovenia turut berada dalam senarai teratas indeks ini. Afghanistan kekal sebagai negara yang paling tidak aman di dunia untuk tahun keempat berturut-turut dan diikuti oleh Yaman, Syria, Selatan Sudan dan Iraq. Lapan daripada sepuluh buah negara yang berada dalam senarai teratas GPI ini terletak di Eropah. Ini merupakan bahagian terbesar negara-negara Eropah yang tersenarai dalam senarai sepuluh teratas dalam sejarah indeks ini. 

Pembaikan terbesar dalam keamanan berlaku di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang merekodkan pengurangan ketara dalam konflik; namun, ia masih merupakan rantau yang paling tidak aman di dunia. Iraq mencatatkan pembaikan kedua terbesar di seluruh dunia selepas Ukraine. Burkina Faso mengalami kemerosotan terbesar berbanding negara-negara lain di dunia dan jatuh 13 anak tangga dalam senarai tersebut.

Penunjuk yang mempunyai kemerosotan terbesar dalam senarai GPI 2021 ialah: perbelanjaan ketenteraan (105 buah negara), pengimportan senjata (90 buah negara), ketidakstabilan politik (46 buah negara) dan demonstrasi ganas (25 buah negara). Penunjuk berikut mempunyai pembaikan tertinggi: keganasan (115 buah negara), pergaduhan konflik dalaman (21 buah negara) dan kematian akibat konflik dalaman (33 buah negara).

Steve Killelea, Pengasas & Pengerusi Eksekutif IEP berkata: "Pandemik COVID-19 ini telah mempercepat perubahan dalam keamanan global. Walaupun terdapat penurunan dalam tahap konflik dan keganasan pada tahun 2020, ketidakstabilan politik dan demonstrasi keganasan telah meningkat. Kejatuhan ekonomi akibat daripada pandemik ini akan terus mewujudkan ketidakpastian terutamanya bagi negara-negara yang telah sedia mengalami kesukaran sebelum berlakunya pandemik."

Pergolakan awam & COVID-19

Trend negatif utama pada tahun ini yang didorong oleh pandemik ini ialah peningkatan global dalam pergolakan awam.

Kemerosotan keamanan serantau terbesar berlaku di Amerika Utara berikutan meningkatnya tahap ketidakstabilan politik, pembunuhan dan demonstrasi ganas. Kejadian seperti rempuhan bangunan Capitol dan protes yang berleluasa di seluruh Amerika Syarikat yang menyokong pergerakan Black Lives Matter telah meningkatkan pergolakan awam, ketidakstabilan politik dan intensiti konflik dalaman pada tahun 2020.

Ketika kebanyakan negara di seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan, jumlah tahap pergolakan politik dan awam terus meningkat. Antara bulan Januari 2020 hingga April 2021, lebih 5,000 kejadian keganasan berkaitan pandemik telah direkodkan dan 25 buah negara telah menunjukkan kemerosotan dalam penunjuk demonstrasi ganas – berbanding hanya lapan buah negara menunjukkan pembaikan. Skor demonstrasi ganas kini merupakan yang tertinggi sejak indeks ini dimulakan dengan kemerosotan terbesar berlaku di Belarus, Myanmar, Rusia, Amerika Syarikat dan Republik Kyrgyz.

Semasa pandemik ini, negara-negara yang mempunyai tahap keamanan yang lebih tinggi mempunyai ekonomi yang lebih berdaya tahan. Negara-negara Keamanan Tinggi* mencatatkan pengurangan masa yang kurang daripada 7% dalam jumlah jam bekerja, manakala negara-negara Keamanan rendah mencatatkan setinggi 23% menurut Laporan Perniagaan & Keamanan 2021 IEP.  

Pemulihan pascapandemik yang menyeluruh tidak akan berlaku dengan cepat atau mudah. Ia juga berkemungkinan tidak akan berlaku secara sama rata antara semua negara dan negara-negara yang mempunyai situasi fiskal yang lemah akan mendapati pemulihan adalah lebih sukar berbanding negara-negara lain. Guinea Khatulistiwa, Sierra Leone dan Laos merupakan antara negara-negara yang dianggap mempunyai risiko tertinggi untuk mengalami kemerosotan besar dalam keamanan.

Walaupun Eropah mengalami beberapa kejadian protes pada tahun lepas, rantau ini kekal sebagai yang paling aman di dunia; namun, ketidakstabilan politik telah meningkat di seluruh benua ini dengan penunjuk utama Penenteraan yang merangkumi perbelanjaan ketenteraan, pengimportan senjata dan keupayaan senjata nuklear dan senjata berat .

Penenteraan dan keganasan 

Penenteraan global telah meningkat sejak dua tahun yang lalu dengan lebih banyak negara meningkatkan perbelanjaan ketenteraan dan jumlah anggota tentera mereka. Ini merupakan suatu kebalikan trend pada dekad sebelumnya dengan 105 buah negara menunjukkan pembaikan, manakala 57 buah negara menunjukkan kemerosotan. Amerika Syarikat, China, Jerman dan Korea Selatan mempunyai peningkatan terbesar dalam perbelanjaan ketenteraan dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Jumlah kematian akibat keganasan terus menurun dengan berkurangnya jumlah kematian akibat keganasan selama enam tahun berturut-turut. Data awal untuk tahun 2020 mencadangkan bahawa kurang daripada 10,000 kematian adalah disebabkan oleh keganasan.

Walaupun jumlah kematian yang berkaitan dengan konflik menurun sejak tahun 2014, jumlah konflik di seluruh dunia telah meningkat sebanyak 88% sejak tahun 2010. Namun begitu, konflik baharu berlaku di Sahel dan negara Tanduk Afrika dengan Afrika sub-Sahara menyumbang lebih 65% daripada jumlah konflik ganas dalam senarai GPI 2021 ini. Data awal mencadangkan bahawa trend ini cenderung untuk berterusan.

Secara keseluruhan, kesan keganasan terhadap ekonomi pada tahun 2020 telah meningkat sedikit kepada $14.96 trilion - atau 11.6% daripada KDNK global - akibat peningkatan dalam perbelanjaan ketenteraan global sebanyak 3.7%. Jumlah ini adalah bersamaan dengan $1,942 untuk setiap orang di planet ini.

Thomas Morgan, Pengarah Penyelidikan Bersekutu berkata: "Keganasan merupakan ancaman yang amat nyata dan signifikan kepada ramai orang di seluruh dunia. Lebih 60% penduduk di seluruh dunia bimbang menjadi mangsa jenayah ganas. Namun, di sebalik kebimbangan tinggi terhadap keganasan, ramai orang merasakan dunia menjadi semakin selamat. Hampir 75% orang di seluruh dunia merasakan bahawa dunia ini sama atau lebih selamat berbanding 5 tahun yang lalu."

Keganasan dan keselamatan

Keganasan kekal menjadi isu mendesak bagi ramai orang di seluruh dunia dan dianggap sebagai risiko terbesar terhadap keselamatan harian di hampir satu pertiga daripada negara-negara di seluruh dunia. Lebih separuh penduduk Afghanistan, Brazil, Afrika Selatan, Mexico dan Republik Dominica melaporkan keganasan sebagai risiko terbesar terhadap keselamatan mereka dalam kehidupan harian.

Walaupun begitu, beberapa penunjuk keganasan telah mencatatkan pembaikan yang signifikan sejak bermulanya indeks ini, termasuk persepsi terhadap jenayah yang telah menunjukkan pembaikan di 86 buah negara. 123 buah negara telah menyaksikan kadar pembunuhan di negara mereka menurun sejak tahun 2008 dan individu dari 84 buah negara menyatakan mereka berasa lebih selamat berjalan bersendirian. Walaupun terdapatnya peningkatan-peningkatan ini, data telah mendedahkan bahawa golongan wanita adalah 5% lebih tinggi berbanding lelaki yang berasa takut kepada keganasan** – manakala sesetengah negara mempunyai perbezaan yang melampau. Di Portugal, golongan wanita adalah 23% lebih tinggi berbanding lelaki yang berasa takut kepada keganasan.

Gambaran keseluruhan rantau: 

  • Rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) kekal sebagai rantau yang paling tidak aman di dunia tetapi mencatatkan pembaikan terbesar.
  • Di Afrika Sub-Sahara, separuh daripada populasinya telah mengalami kejadian keganasan baru-baru ini. Mereka yang tinggal di Namibia mempunyai pengalaman keganasan tertinggi di dunia iaitu sebanyak 63%.
  • Lebih 50% orang di rantau Asia Pasifik berasa lebih selamat sekarang berbanding lima tahun yang lalu. Di China, 63% individu mengatakan bahawa mereka berasa lebih selamat dan ini merupakan hasil terbaik bagi rantau ini.
  • Eropah merekodkan pembaikan dalam keamanan pada senarai GPI 2021 disebabkan pembaikan berterusan pada penunjuk impak keganasan.
  • Amerika Utara mengalami kemerosotan terbesar pada indeks ini yang didorong oleh ketidakstabilan politik di AS.
  • Buat kali pertamanya dalam tempoh lima tahun, kedamaian telah merosot di Rusia dan Eurasia disebabkan peningkatan demonstrasi ganas.
  • Amerika Selatan mengalami kemerosotan serantau yang kedua terbesar akibat daripada peningkatan jenayah ganas dan pergolakan awam.
  • Disebabkan pembaikan dalam domain Penenteraan dan Keselamatan serta Perlindungan, Asia Selatan merupakan salah sebuah daripada tiga rantau yang mencatatkan pembaikan dalam keamanan sepanjang tahun lalu.
  • Di Amerika Tengah dan Caribbean, sembilan buah negara telah mengalami kemerosotan dan hanya Nicaragua, Haiti dan Guatemala mencatakan pembaikan.

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun Global Peace Index 2021 serta Laporan Perniagaan & Keamanan 2021, sila layari visionofhumanity.org dan economicsandpeace.org

NOTA KEPADA EDITOR 

*Keamanan Tinggi ialah sikap, institusi dan struktur yang mewujud dan mengekalkan masyarakat yang aman dan juga dikenali sebagai Keamanan Positif. 

** Data daripada Lloyds Register World Risk Poll/IEP

Laporan GPI, artikel dan peta interaktif boleh didapati di: visionofhumanity.org

Twitter: @globpeaceindex / twitter.com/globpeaceindex  

Facebook: @globalpeaceindex  facebook.com/globalpeaceindex

Tentang Global Peace Index (GPI) 

Diterbitkan oleh kumpulan pemikir antarabangsa iaitu Institute for Economics & Peace (IEP), laporan GPI ini membentangkan analisis berdasarkan data yang paling komprehensif setakat ini tentang keamanan, nilai ekonominya, trend dan cara membangunkan masyarakat yang aman. Laporan ini meliputi 99.7% daripada populasi dunia dan menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif daripada sumber yang amat dipercayai bagi menyusun indeks tersebut. Penunjuk-penunjuk ini dibahagikan kepada tiga kumpulan domain utama: Konflik, Keselamatan dan Perlindungan serta Penenteraan Berterusan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/792052/IEP_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Institute for Economics & Peace (IEP)
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service Survey, Polls & Research