omniture

XCMG Serah Lebih 100 Unit Kren Tersuai Secara Geografi kepada Pelanggan Antarabangsa

XCMG
2021-06-17 19:55 114

XUZHOU, China, 17 Jun 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah menyerahkan lebih daripada 100 unit kren bermula daripada 50 hingga 260 tanan ke pasaran luar negara pada 7 Jun yang akan beroperasi dalam pelbagai projek infrastruktur.

XCMG Delivers Over 100 Units of Geographically Customized Cranes to International Customers.
XCMG Delivers Over 100 Units of Geographically Customized Cranes to International Customers.

XCMG telah menyesuaikan dan mengoptimumkan kren mengikut senario iklim dan operasi wilayah-wilayah berbeza serta keperluan khusus pelanggan.

Di Timur Tengah, iklim padang pasir tropika memerlukan kren agar tahan terhadap suhu yang tinggi serta debu dan kren XCMG mempunyai bahagian pasaran terbesar untuk kebolehsesuaian dan keandalannya yang tinggi. Sebagai contoh, suhu tempatan boleh mencecah 50 darjah Celsius pada musim panas, maka XCMG telah mengoptimumkan sistem hidraulik kepada standard 60 darjah yang dapat meningkatkan kecekapan kerja dengan ketara.

Sementara itu, iklim dingin di Asia Tengah memerlukan kren agar mempunyai ciri prapemanasan enjin bagi memastikan permulaan yang normal dan reka bentuk cesi perlu memberikan tarikan dan kuasa cengkaman yang besar untuk disesuaikan dengan semua keadaan jalan raya.

Bagi pelanggan Australia, XCMG telah mereka bentuk semula silinder dan mengatur cara semula peralatan untuk menambah fungsi penskalaan untuk muatan yang dapat menampung keperluan mengangkat dalam persekitaran yang rumit.

Meskipun pasaran jentera pembinaan luar negara mempunyai syarat-syarat yang jauh lebih ketat, XCMG mempromosikan tanpa henti strategi pembangunan globalnya dan kini memiliki lebih daripada 2,000 paten teknikal, lalu melengkapkan peralihan daripada peneraju bagi skala menjadi peneraju teknologi, yang mendemonstrasikan potensi pembangunan kami yang kukuh, menurut Pakar di lapangan daripada XCMG.

XCMG telah menginovasi teknologi jentera pembinaan secara terus menerus bagi membawakan produk yang lebih baik untuk pelanggan. Pada bulan Mei, XCMG melancarkan lapan produk kren baharu yang telah direka bentuk untuk menampung permintaan pasaran. Dibangunkan berdasarkan platform generasi-G1 yang utama, model-model baharu telah menjadi tumpuan industri lantaran prestasi, kejituan, keandalan, kecekapan tenaga dan nilainya yang tinggi.

Selama bertahun-tahun XCMG telah mengambil bahagian dalam banyak projek pembinaan utama di luar negara untuk menggalakkan pembinaan infrastruktur yang pelbagai termasuk projek "penapisan minyak terbesar" di dunia Dangote Refinery, Jambatan Rel Padma di Bangladesh, projek nikel-besi berskala besar di Wilayah Sulawesi, Indonesia, Doha-Dukhan Expressway di Qatar, antara lain.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 78 tahun. Kini, ia menduduki tempat ketiga dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 187 negara dan wilayah di serata dunia.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports