omniture

Pemaju Butik CPI Land Raih Tiga Anugerah di iDEA 2021

CPI Land
2021-06-18 15:16 2447

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- CPI Land, pemaju butik yang memfokuskan penciptaan kesempurnaan melalui inovasi, memperoleh sejumlah tiga anugerah dengan memenangi dua kategori dalam pembangunan bangunan tinggi dan Anugerah Pilihan Rakyat (People's Choice Award) untuk Pemaju Terbaik di iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2021.

Pemaju Butik CPI Land Raih Tiga Anugerah di iDEA 2021
Pemaju Butik CPI Land Raih Tiga Anugerah di iDEA 2021

Dalam kategori pembangunan bangunan tinggi, pemaju butik tersebut diiktiraf atas kecemerlangan seni bina Tuan Residency bertema Kolonial dan Peranakan uniknya di Kuala Lumpur dan nilai luar biasa dalam kualiti dan kebolehmampuan Dian Residency yang kontemporari dan pintar di Shah Alam, masing-masing memperoleh anugerah Pembangunan Bangunan Tinggi Lengkap Terbaik dan Pembangunan Bangunan Tinggi Bernilai Terbaik.

Pengarah CPI Land, Chung Shan Tat, berkongsi bahawa syarikat berkenaan berbesar hati kerana diiktiraf atas usahanya dan amat teruja untuk menjadi pilihan orang ramai sebagai salah satu daripada 10 Pemaju Terbaik di Malaysia. "Kami sentiasa berbangga dalam menyampaikan gaya hidup sofistikated yang mampu milik bagi rakyat Malaysia. Setiap pembangunan kami diinovasi secara unik, dicipta agar lestari dan direka dengan empati bagi memenuhi keperluan pemilik rumah yang semakin berkembang dan dalam masa yang sama mengutamakan kualiti, keselesaan dan mesra kos."

"Anugerah-anugerah ini merupakan bukti terhadap komitmen berterusan kami dalam menginovasi projek-projek bagi menyampaikan kesempurnaan kepada pelanggan-pelanggan yang telah meletakkan kepercayaan mereka ke atas kami. Kejayaan dan pencapaian kami menjadi kenyataan atas sokongan daripada pelanggan, rakan kongsi dan pasukan CPI Land kami," kata Chung.

iProperty Development Excellence Awards (iDEA) ialah satu pengiktirafan atas nilai yang tiada tolok bandingnya dalam pembangunan hartanah. Untuk tahun keempat berturut-turut, acara ini memberi tumpuan kepada pemaju dan pembangunan yang paling berjaya dalam industri ini.

Susulan kemenangan yang membuahkan hasil

Susulan kejayaan Tuan Residency dan Dian Residency, CPI Land akan menawarkan dua hartanah baharu, Tuan 2egacy dan Dian Residency 2.

Meneruskan legasi Tuan Residency, Tuan 2egacy beraspirasi untuk memberi sentimen nostalgik Tanah Melayu Lama (Old Malaya) kepada pemilik rumah melalui perincian Kolonial serta Peranakan sekali gus menyediakan kemudahan kontemporari. Terletak di tanah berkeluasan 3.04 ekar dengan 596 unit kediaman, Tuan 2egacy dibuka untuk pendaftaran pada Jun 2021.

Susulan bagi Dian Residency iaitu Dian Residency 2 bakal mengalu-alukan pemilik rumah terhadap kemewahan kontemporari moden yang direka dengan seni bina bertema Bali yang berusia berabad-abad lamanya. Pelancaran Dian Residency 2 dijangka pada tahun 2022 dan  penyiapan pada tahun 2026.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.cpiland.com/projects/2egacy/.

Latar Belakang CPI Land

Ditubuhkan pada tahun 2010, CPI Land ialah pemaju hartanah butik dengan idea yang unik untuk kesempurnaan. Ringkasan untuk Creating Perfection through Innovation (Mencipta Kesempurnaan melalui Inovasi), setiap pembangunan dirancang dengan teliti untuk menerapkan kefleksibelan dan pilihan, mencipta kecanggihan yang boleh disesuaikan bagi menampung keperluan dan kehendak individu yang berbeza.

Kami berbangga dengan keupayaan kami dalam memenuhi keperluan yang semakin berkembang pelanggan kontemporari yang menuntut kualiti, gaya dan kecanggihan terbaik. Ditubuhkan melalui kepercayaan bahawa tanah ialah aset yang sukar diperoleh, kami mencipta nilai melalui reka bentuk yang inovatif bagi mencapai keselesaan dan kecekapan maksimum untuk pemilik rumah, menekankan kepraktisan dan fungsian sekali gus mengekalkan kualiti dan kecekapan kos.

Source: CPI Land
Related Links:
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Awards