omniture

Crown Equipment Perkenal Siri C-DX yang Menawarkan Forklift Diesel Serba Boleh dan Berorientasikan Nilai

Crown Equipment Pty Ltd
2021-06-18 15:55 56

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Crown Equipment, salah satu daripada syarikat pengendalian bahan terbesar di dunia, hari ini mengumumkan ketersediaan Forklift Pneumatik Pengimbang Balas IC Siri C-DXnya. Siri C-DX yang menjimatkan kos baharu ini menawarkan prestasi yang andal, keselesaan pengendali dan keupayaan perkhidmatan dalam pelbagai aplikasi perindustrian.

Crown Equipment Perkenal Siri C-DX yang Menawarkan Forklift Diesel Serba Boleh dan Berorientasikan Nilai
Crown Equipment Perkenal Siri C-DX yang Menawarkan Forklift Diesel Serba Boleh dan Berorientasikan Nilai

Siri C-DX baharu memberikan prestasi yang kuat melalui enjin diesel yang berkuasa, memberikan tork sebenar, andal dan ekonomi melalui transgandar penganjak kuasa satu kelajuan yang tahan lama dan tegar. Direka bentuk dengan bergaya dengan ruang kaki yang besar, reka bentuk pengimbang beratnya yang unik juga mengoptimumkan keupayaan aliran udara untuk penyejukan dalam cuaca yang panas.

Di samping itu, Siri C-DX dilengkapi dengan kebolehlihatan tiang yang lebih baik disebabkan oleh peningkatan pada lebar dalaman dan lokasi rantai dan hos yang dirancang dengan teliti, serta pelbagai ciri keselamatan dan keupayaan perkhidmatan yang mudah. Direka untuk keandalan, reka bentuk bersepadu Siri C-DX telah menghasilkan trak angkat enjin diesel yang mudah, andal dan selesa untuk digunakan dalam pelbagai persekitaran.

Pengumuman ini menandakan komitmen Crown untuk menyediakan produk yang berkuasa dan menjimatkan kos dan dalam masa yang sama memberikan prestasi dan ketahanan. Konfigurasi yang berbeza yang ditawarkan dalam siri ini memberikan pelanggan keupayaan untuk mengutamakan ciri-ciri produk berdasarkan kepada keperluan perniagaan mereka.

"Untuk setiap produk kami, kami berusaha untuk memberikan pelanggan kami dengan kualiti dan kecemerlangan reka bentuk yang mereka jangkakan daripada Crown sambil menyampaikan tahap prestasi dan keyakinan yang membantu mengekalkan kemudahan mereka beroperasi dengan cekap," kata David Sultana, pengarah pemasaran Asia Pasifik Crown Equipment. "Siri C-DX ini adalah padanan yang sesuai kepada aplikasi dan penggunaan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana."

Siri C-DX forklift diesel Crown tersedia dalam julat kapasiti antara 2,000 hingga 3,500 kilogram. Ia menggabungkan nilai, prestasi dan keandalan yang tahan lama dengan tumpuan ergonomik untuk membolehkan pengendali melakukan pelbagai tugasan untuk perniagaan besar dan kecil di seluruh Asia Tenggara – bukti kepada versatiliti forklift ini.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah satu daripada syarikat pengendalian bahan terbesar di dunia dengan reputasi reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi yang maju, dan perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown menggunakan proses bersepadu secara menegak untuk mereka, mengeluar dan mengedar penyelesaian inovatif yang berpandangan ke hadapan yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi pelanggan. Crown mengeluarkan rangkaian forklift yang luas serta teknologi automasi dan pengurusan kumpulan.

Ibu pejabat global syarikat terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantau di Australia, China, Jerman dan Singapura. Pekerjanya berjumlah lebih daripada 16,200 di seluruh dunia. Crown mengendalikan rangkaian perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang idea Crown untuk membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com.

Source: Crown Equipment Pty Ltd
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation New products/services