omniture

XCMG Terbit Laporan Pembangunan Mampan Rantaian Industri Pengangkat 2021

XCMG
2021-06-18 16:56 68

XUZHOU, China, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka XCMG (SHE:000425) telah menyediakan dan menerbitkan "Laporan dan Inisiatif Pembangunan Keselamatan Rantaian Bekalan Pengangkat" ("Hoisting Supply Chain Safety Development Report and Initiative") ("Laporan") yang pertama dalam industri, satu keluaran blokbuster sejak penerbitan "Prinsip-prinsip Kemampanan 4.0 untuk Rantaian Industri Pengangkat" ("4.0 Sustainability Principles for Hoisting Industry Chain") oleh XCMG pada tahun 2016.

XCMG Publishes (China)2021 Hoisting Industry Chain Sustainable Development Report.
XCMG Publishes (China)2021 Hoisting Industry Chain Sustainable Development Report.

Laporan berkenaan memperincikan pencapaian industri pengangkat dari segi skala, kualiti dan pembangunan keselamatan, sekali gus menunjukkan kekangan yang mempengaruhi pembangunan mampan industri ini. Ia menyebut matlamat pembangunan untuk "mencapai kedudukan teratas dalam industri pengangkat global dan menjadi syarikat pengangkat yang bertaraf dunia dengan kepercayaan global dan nilai yang unik," Laporan tersebut turut mengetengahkan inisiatif "keselamatan operasi, keselamatan peralatan, keselamatan penggunaan dan keselamatan sosial."

"Satu penilaian normalan dan kajian semula status pembangunan rantaian industri pengangkat akan membantu kami mengenal pasti dengan lebih baik hala tuju pembangunan kami dan menggalas tanggungjawab industri. Atas sebab ini, kami menyediakan laporan ini untuk mengekalkan pembangunan industri pengangkat yang sihat dan mampan serta menggalas tanggungjawab sosial," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Dapatan penting daripada Laporan tersebut menumpukan kepada kesedaran risiko baik dari segi reka bentuk/penyelenggaraan/penggunaan peralatan mahupun operasi syarikat dan menekankan keperluan untuk:

·  Memberi lebih perhatian ke atas ciri-ciri keselamatan dalam reka bentuk produk, memperkenalkan teknologi keselamatan yang aktif termasuk pengehad momen dengan kejituan tinggi, cegah tembung bum, pampasan memugak dan banyak lagi;

·  Mengikuti jadual dan piawaian penyelenggaraan yang ketat bagi memastikan operasi yang lancar;

·  Meningkatkan kesedaran mengenai latihan keselamatan bagi mengurangkan insiden keselamatan besar;

·  Untuk syarikat-syarikat, penting untuk meneruskan kitaran aliran modal dan imbangan pembayaran yang baik.

Laporan tersebut turut menetapkan matlamat untuk menduduki kedudukan teratas dalam industri pengangkat global dengan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan profesional, membina struktur organisasi yang cemerlang, mewujudkan standard pengurusan dan budaya korporat yang seragam dan bersepadu serta menekankan penyelenggaraan peralatan dan inovasi teknologi.

Industri pengangkat juga harus menerima peluang-peluang penting yang akan menggalakkan pembangunan mampan industri ini memandangkan pengawasan yang lebih ketat dan pengurusan terpiawai akan dapat mempercepatkan pembangunannya dan generasi bakat yang baharu berkembang menjadi tulang belakang industri ini. Pembangunan ekonomi dan pelaburan infrastruktur China yang mantap akan turut membawa potensi pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi XCMG.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Transportation New products/services