SHANGHAI, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Deloitte China dan Laiye mengumumkan satu perikatan strategik untuk bersama-sama mempercepatkan Transformasi Automasi Pintar. Kedua-dua syarikat ini telah menjadi rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan kepada beberapa syarikat Fortune 500 dan syarikat-syarikat lain yang terkemuka dalam industri ini sejak dua tahun yang lalu, mencakupi teknologi termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Automasi Proses Robotik (RPA), Robot Sembang (Chatbot) dan penyelesaian Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP).
Demi melangkah ke hadapan, kedua-dua pihak akan menggabungkan kekuatan masing-masing dengan mengintegrasikan teknologi Automasi Pintar Laiye dengan khidmat runding Deloitte China bagi menyediakan penyelesaian bersasaran, mampan dan inovatif kepada pelanggan. "Saya percaya perikatan strategik antara Deloitte China dan Laiye pastinya akan mencetuskan hasil yang sangat hebat!" kata Vivian Jiang, naib Ketua Pegawai Eksekutif Deliotte China.
Pada bulan April tahun ini, Laiye mengumpul dana siri C+ sebanyak $50 juta dalam pusingan yang dipimpin bersama-sama oleh Ping An Global Voyager Fund dan Shanghai Artificial Intelligence Industry Equity Investment Fund. Sepanjang tahun lalu, pendapatan langganan perisian RPA tahunan Laiye meningkat lebih 900% berbanding tahun sebelumnya.
"Penyedia RPA domestik mempunyai potensi yang sangat besar," kata Joseph Zhao, Ketua Pegawai Digital Deloitte China. "Laiye ialah peneraju bagi Automasi Pintar di China. Kami percaya bahawa perikatan strategik antara Deloitte China dan Laiye akan dapat meningkatkan perkhidmatan kami dan meluaskan senario pembangunan untuk kedua-dua pihak dalam pasaran yang sangat kompetitif ini, memberikan kami kedudukan yang lebih baik untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami dan meluaskan pasaran," tambah beliau.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Deloitte China yang telah menyokong kami selama lebih dua tahun lamanya dan kami berharap dapat bersama-sama mempromosikan RPA berkuasa AI dalam pelbagai industri pada masa akan datang," kata Guanchun Wang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Laiye. "Kami memulakan pengembangan global kami biarpun berdepan dengan pandemik ini dan kini menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang semakin berkembang yang terdiri daripada pelbagai syarikat Fortune 500, pertubuhan kerajaan dan PKS."
"Deloitte China telah berganding bahu dengan Laiye selama hampir dua tahun. Kerjasama ini berjalan lancar dan mempunyai nilai promosi jangka panjang," kata Jianfeng Ye, Rakan Perunding Pengurusan Cukai Deloitte China. "Saya percaya pakar-pakar RPA Laiye yang hebat akan membantu para pembangun Deloitte China untuk memperbaiki diri mereka. Sementara itu, keperluan tinggi Deloitte China untuk rakan kongsi akan memacu usaha berterusan Laiye untuk berinovasi dan bertambah baik."
"Pembangunan teknologi yang mampan tidak dapat dipisahkan daripada inovasi dan pengusahaan teknologi yang mendalam. Kami percaya produk RPA dengan AI berupaya mencapai nilainya secara sepenuhnya," kata Yichuan Hu, Ketua Pegawai Teknologi Laiye. "Laiye akan terus melabur dalam produk Automasi Pintar serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kami berharap agar dapat membawa penyelesaian Automasi Pintar yang lebih banyak dan lebih baik kepada pelanggan bersama-sama Deloitte China."
Latar Belakang Deloitte China
Deloitte China menyampaikan pelbagai perkhidmatan audit & jaminan, perundingan, nasihat kewangan, nasihat risiko dan cukai yang komprehensif kepada pelanggan tempatan, multinasional dan perusahaan pertumbuhan di China. Deloitte China juga telah membuat—dan terus membuat—sumbangan yang besar terhadap pembangunan standard perakaunan, sistem percukaian dan kepakaran profesional China. Deloitte China ialah sebuah organisasi perkhidmatan profesional yang diperbadankan secara tempatan, dimiliki oleh rakan-rakan kongsinya di China. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Deloitte memberi Impak yang Penting di China, sila berhubung dengan platform media sosial kami di www2.deloitte.com/cn/en/social-media.
Latar Belakang Laiye
Laiye mempunyai pengalaman yang luas dalam RPA + AI dan membantu perniagaan serta orang ramai merealisasikan potensi penuh mereka dengan mengoptimumkan perikatan kolaboratif manusia-mesin dengan "penyelesaian tenaga kerja" yang sofistikated, dinamik, digital yang meningkatkan produktiviti, berkod rendah. Laiye menyampaikan penyelesaian AI/RPA/NLP yang paling mendalam, paling canggih untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap, berkesan, tangkas dan berjaya. Ia juga memberi kebebasan kepada orang ramai untuk memberi tumpuan kepada inisiatif yang bermakna, inovatif dan bermisi kritikal.
Teknologi-teknologi terasnya termasuk automasi proses robotik (RPA), perlombongan proses, pemprosesan bahasa tabii (NLP), kecerdasan perbuatan, pengecaman teks dan pengecaman imej. Ketahui lebih lanjut di www.laiye.com/en.