omniture

Huawei Lancar Kertas Putih AR dan Hurai Manfaat 5G + AR

Huawei
2021-06-18 18:12 296

SHENZHEN, China, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemucak Dunia Lebih Baik untuk 5G + AR Huawei, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Carrier BG Bob Cai menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk 5G + AR, Turning Dreams into Reality (5G + AR, Menukarkan Impian menjadi Kenyataan). Dalam ucapan ini, Cai berkata bahawa 5G akan menghidupkan AR dan AR pula akan menyalakan 5G. Beliau turut mengumumkan pelancaran AR Insight and Application Practice White Paper (Kertas Putih Pandangan dan Amalan Aplikasi AR) yang menawarkan pandangan mengenai industri AR dari segi peranti, aplikasi dan perangkaian. Cai menyeru seluruh industri untuk berganding bahu demi ekosistem 5G + AR yang membuahkan hasil.

Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Carrier BG Bob Cai semasa berucap
Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Carrier BG Bob Cai semasa berucap

AR cipta penemuan baharu
Huawei dan data pihak ketiga meramalkan bahawa pasaran AR akan bernilai US$300 bilion menjelang tahun 2025. "AR akan mula menyaksikan penerimaan besar-besaran dalam lima industri yang diutamakan: pendidikan, rangkaian sosial, membeli belah, pelancongan & navigasi serta pemainan," kata Cai. "AR benar-benar dapat mendayakan penyatuan antara dunia fizikal dan dunia digital, lalu menjadikan impian suatu kenyataan."

AR menjadikan komunikasi lebih cekap
Di acara tersebut, Cai berkongsi kajian kes Huawei menggunakan AR. Ekoran COVID-19, pelanggan dari seluruh dunia tidak dapat mengunjungi sendiri Huawei, maka Huawei memanfaatkan AR untuk mendemonstrasikan produk dan penyelesaian utamanya secara dalam talian, menjadikan komunikasi jauh lebih cekap. Huawei turut menggunakan AR untuk mencapai penghantaran stesen utama 5G yang pantas, lalu meningkatkan dengan ketara kecekapan penghantaran.

Huawei mempermudah AR
Di acara tersebut, Cai mendemonstrasikan bagaimana Huawei "menghasilkan" AR. Air Photo Huawei menggunakan algoritma unik untuk menukarkan foto 2D kepada model 3D digital, mempermudah pemodelan karakter 3D AR dengan ketara. Cai turut memperkenalkan Huawei AR Engine, platform pembangunan AR syarikat yang berorientasikan ke arah peranti mudah alih. Dengan Huawei AR Engine, pembangun hanya perlu menulis 10 baris kod untuk mencipta kesan AR, lalu meningkatkan dengan banyaknya kecekapan pembangunan aplikasi AR.

Seluruh industri harus bekerjasama untuk mencipta ekosistem 5G + AR
Beberapa orang tetamu berprofil tinggi menghadiri acara tersebut dan menyampaikan ucapan dasar termasuk He Chengjian, Pengarah Biro Pengurusan Komunikasi Shenzhen, David MacQueen, Pengarah Eksekutif Strategy Analytics, Huang He, Ketua Penerbit Shenzhen TV Station, Wei Rongjie, Ketua Pegawai Eksekutif RealMax, Hiroshi Fukuda, Ketua Pegawai Eksekutif meleap, Liang Jinhao, wakil HADO Wilayah China dan Fu Jie, Pengarah Eksekutif Shenzhen AR Association. Mereka berkongsi keadaan penggunaan AR yang terkini dan pandangan mereka mengenai trend masa depan AR.

Menurut He Chengjian, Shenzhen ialah bandar pertama di dunia yang mempunyai liputan 5G SA penuh. Perkhidmatan ICT yang diwakili oleh AR berpotensi diguna pakai dalam pelbagai jenis industri termasuk pengeluaran industri, e-dagang, hartanah, hiasan rumah, budaya, sukan, pelancongan, rawatan kesihatan dan pendidikan. Aplikasi AR telah menjadi enjin utama untuk transformasi digital dan akan mengubah kaedah pengeluaran dengan ketara dan bagaimana kita menjalani kehidupan.

Pengarah Biro Pengurusan Komunikasi Shenzhen He Chengjian semasa menyampaikan ucapan dasar beliau
Pengarah Biro Pengurusan Komunikasi Shenzhen He Chengjian semasa menyampaikan ucapan dasar beliau

Apabila mengakhiri ucapan beliau, Cai berkata, "Sekiranya anda ingin bergerak pantas, bergeraklah sendirian; sekiranya anda ingin pergi jauh, bergeraklah bersama-sama. Pembangunan AR memerlukan seluruh industri untuk bekerjasama dan mencipta rantaian nilai 5G + AR yang membuahkan hasil. AR dan 5G bergabung pada waktu yang tepat. 5G menghidupkan AR dan AR pula menyalakan 5G."

Muat turun AR Insight and Application Practice White Paper di:

https://carrier.huawei.com/~/media/CNBGV2/download/bws2021/ar-insight-and-application-practice-white-paper-en.pdf 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Survey, Polls & Research Trade show news