omniture

Program khas tentang "Xi Jinping's Classical Literary Quotes" disiarkan di platform media CMG

CCTV+
2021-06-18 19:08 1588

BEIJING, 18 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sebuah laporan daripada CCTV+:

Musim pertama edisi antarabangsa "Chinese Wisdom in Ancient Classics - Xi Jinping's Classical Literary Quotes" telah disiarkan di platform media baharu China Global Television Network (CGTN) di bawah China Media Group (CMG) sejak bulan Mei.

 

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.multivu.com/players/uk/8913051-special-program-xi-jinping-classical-literary-quotes-aired-cmg/

Program khas yang diterbitkan oleh CGTN ini memilih mutiara kata terkenal dan kisah-kisah bersejarah daripada klasik Cina kuno yang dipetik oleh Presiden Xi Jinping dalam ucapan, artikel, dan ceramah beliau, dan menunjukkan pemahaman mendalam Xi dalam budaya Cina tradisional dan kebijaksanaan tadbir urus yang diambil daripadanya. 

Musim pertama ini mempunyai sembilan episod yang meliputi topik yang merangkumi pembangunan hijau, pemuliharaan ekologi, inovasi, pembukaan, memerangi COVID-19, anti rasuah, dan pengurangan kemiskinan melalui pendidikan.

Laurence Brahm, Pakar Ekonomi-Politik, Stephen McClure, Perunding Sains Maklumat Wuhan University, Dr. Jason Blake Cohen, Profesor Ulung China University of Mining and Technology dan Profesor Sun Yat-Sen University, Lee Barrett, Pempengaruh Media Sosial, Alessandro Teixeira, Profesor Dasar Awam Tsinghua University, Steven White, Profesor Madya Tsinghua University, Kirk Apesland, Pempengaruh Media Sosial, dan Einar Tangen, Pengulas Hal Ehwal Semasa dijemput untuk berkongsi pandangan mereka melalui dialog-dialog dalam program ini.

Source: CCTV+
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service