GUANGZHOU, China, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong - Kesihatan Komprehensif, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Guangdong CCPIT dan Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., bermula di platform pameran dalam talian Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa (ITOE) (en.itoegd.com) pada 21 Jun 2021 (waktu Beijing). Ekspo ini, yang dijadualkan berlangsung sehingga 25 Jun, mempamerkan barisan produk kesihatan, teknologi dan perkhidmatan buatan China yang komprehensif.
Dengan matlamat untuk memenuhi permintaan semasa di pasaran global untuk produk dan perkhidmatan yang berkaitan kesihatan, lebih daripada 400 pengeluar premium mempamerkan barang dagangan mereka. Ekspo ini telah beralih menjadi satu platform pilihan dan pemadanan produk yang berasaskan awan sehenti untuk pembeli global dan pembekal Cina, dan dibahagikan kepada lapan kawasan pameran: makanan kesihatan, produk nutrisi dan penjagaan kesihatan, pengurusan dan pemulihan kesihatan, pengurusan penyakit kronik, ubat-ubatan dan terapi tradisional Cina, peralatan dan bekalan kesihatan, penjagaan perubatan pintar, dan pencegahan dan perlindungan epidemik. Barisan produk dan perkhidmatan mempunyai aplikasi merentas sektor makanan, kediaman, pengangkutan, kesihatan, nutrisi, hospital, produk pintar dan penjagaan.
Hari pertama ekspo menyaksikan permintaan yang besar untuk pelitup muka, penyelesaian penyahjangkit dan penyembur penyahjangkitan di zon pencegahan dan perlindungan epidemik. Pembekal premium termasuk Jinyuan Biotechnology dan Oralion Technology akan kekal tersedia untuk pertanyaan dalam talian 24 jam sehari.
Di zon peralatan dan bekalan kesihatan, pempamer memperagakan peranti perubatan dan alat pertolongan cemas untuk kegunaan di rumah, peralatan dan alatan untuk membuat ubat-ubatan tradisional Cina serta peralatan makmal untuk ujian diagnostik.
Segmen perubatan pintar berada dalam kalangan tiga segmen teratas dari segi pertanyaan pada hari pertama, dengan bahan pameran yang termasuk peranti boleh pakai pintar, penjejak pintar, dan robot pintar untuk rehabilitasi. Beberapa jenama yang diwakili oleh eCare Technology (Shenzhen) mempamerkan robot penjagaan HuiHuaizhen untuk kegunaan di hospital, rehabilitasi, rumah penjagaan dan tempat tinggal.
Segmen ubat-ubatan tradisional Cina, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, kecantikan dan kecergasan, dan pengurusan kesihatan paling banyak menarik perhatian. Makanan hijau dan sihat serta produk tonik dan nutrisi yang dipamerkan juga memikat pembeli dari banyak negara tatkala pengambilan makanan kesihatan meningkat dengan ketara di seluruh dunia berikutan pandemik ini.
Kira-kira tiga puluh acara diadakan di sepanjang ekspo ini, termasuk lawatan bersemuka ke kemudahan pengeluaran yang berdekatan, pelancaran produk baharu dan sesi pemadanan perniagaan. Beberapa sesi pemadanan bersemuka akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Pembeli yang berminat untuk menemui pembekal adalah digalakkan untuk menghubungi penganjur acara di en.itoegd.com.