omniture

Penyongsang Solis Beri Kuasa Stesen Minyak Neutral-Karbon BIPV Pertama Sinopec

Ginlong Solis
2021-06-21 09:49 135

NINGBO, China, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Stesen minyak neutral-karbon BIPV (bangunan bersepadu fotovolta) pertama Global Energy Major Sinopec memulakan operasinya di stesen minyak Liuhua, Baise, Guangxi, China. Solis telah menjalankan tinjauan mendalam bersama Sinopec pada Julai 2020 untuk mentransformasikan penyongsang 255kW berkuasa tinggi menjadi bahagian penting dalam projek tersebut. Projek berkenaan dilihat sebagai satu kejayaan penting untuk Sinopec bagi aplikasi penjanaan kuasa solar teragih dan juga stesen minyak neutral-karbon pertama yang dibina dan dikendalikan oleh Sinopec di Guangxi.

Ditawarkan oleh LONGi, penyelesaian BIPV ialah bahagian perancangan yang penting sebelum pembinaan dimulakan. Menawarkan kelebihan seperti reka bentuk/pembinaan bersepadu, berat struktur yang ringan dan penggunaan bahan yang dikurangkan, penyelesaian tersebut juga melanjutkan hayat perkhidmatan kanopi stesen minyak dari 5-10 tahun kepada 25 tahun, menyamai hayat perkhidmatan modul penjanaan kuasa solar.

Penjanaan kuasa tahunan projek ini dijangka mencecah 91,000 kilowatt jam. Lebih daripada 10,000 kilowatt jam lebihan kuasa akan dibekalkan kepada grid, cukup untuk memenuhi permintaan kuasa tahunan daripada 12.5 isi rumah.

Projek tersebut akan mengurangkan sebanyak 81.5 tan emisi karbon setahun, cukup untuk mengimbangi kira-kira 76 tan emisi karbon daripada stesen minyak setahun, lalu menjadikan stesen minyak itu sendiri neutral karbon.

Bagi Solis, penyongsang 110V, sebagai produk voltan rendah 380V utama (Disesuaikan untuk grid kuasa China) untuk C&I akan menyokong "bangunan mesra alam" di mana-mana sahaja.

Selain daripada kecekapan maksimum sehingga 98.7%, penyongsang tersebut mempunyai ketumpatan penjejakan kuasa tinggi gred 100MPPT/MW. Hasil daripada penjanaan kuasa bagi setiap MW adalah kira-kira 3.5% lebih tinggi. Konfigurasi bahagian DC dapat menyokong sehingga 150% lebihan saiz dan reka bentuk sistem yang menjimatkan dan fleksibel menjelaskan populariti penyongsang tersebut dalam kalangan pelanggan.

Fungsi-fungsi seperti perlindungan kilat AC Jenis I (pilihan) dan AFCI (pilihan) juga dapat mengurangkan bahaya kebakaran di bahagian DC. Pengurangan beban voltan lampau dan teknologi penindasan arus bocor dapat mengurangkan masalah pemutusan di bawah keadaan voltan lampau dan trip di bawah keadaan kebocoran dapat meningkatkan keselamatan.

Sinopec membina 160 stesen janakuasa fotovolta di seluruh China dan merancang untuk membina 7000 stesen janakuasa solar teragih sebagai sebahagian daripada "Rancangan Lima-tahun" mereka. Dengan membangunkan kaedah peneutralan karbon tersendiri seperti hutan neutral-karbon dan stesen minyak, Solis akan menyokong Sinopec dalam misinya untuk menghasilkan stesen minyak yang 'mesra alam dan bersih'.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Source: Ginlong Solis
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services