HANGZHOU, China, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pemimpin-pemimpin dari seluruh rantau Asia Tenggara berhimpun untuk mengambil bahagian dalam siri Mesyuarat Akhbar IoT Global Tuya Smart pada hari Jumaat. Mereka membincangkan mengenai trend semasa, cabaran industri dan bagaimana industri ini akan dapat mencipta peluang untuk pertumbuhan pada masa depan. Asia Tenggara kekal menjadi salah satu rantau yang berkembang paling pantas dari segi penerimaan teknologi, dengan rumah pintar menyediakan peluang yang amat besar.
Para penggiat utama yang menghadiri mesyuarat tersebut termasuk wakil-wakil daripada jenama-jenama dan persatuan-persatuan terkemuka seperti Ace Hardware Indonesia, Cherry Mobile, Schneider Electric, SCT dan Singapore Manufacturing Federation. Wakil-wakil daripada Tuya termasuk Ross Luo, Pengurus Besar Rantau Asia Pasifik dan Charles Zhao, Pengarah BD Asia Tenggara APAC. Mereka membincangkan mengenai kuasa Platform Awan IoT Tuya dan bagaimana ia telah membantu menggiatkan industri ini.
Di samping itu, tatkala golongan milenia celik teknologi berkembang maju dalam kerjaya mereka, mula membeli rumah dan memulakan kehidupan berkeluarga, keinginan mereka terhadap produk rumah pintar yang inovatif tidak pernah puas. Bagaimana jenama-jenama dapat memenuhi kehendak mereka untuk memastikan keluarga mereka selamat? Bagaimana jenama-jenama boleh terus menggembirakan mereka dengan persekitaran prediktif dikawal suara yang dikuasakan oleh pencahayaan terhubung, sistem HVAC dan perkakasan? Paling penting, bagaimana jenama-jenama menyahut seruan ini tepat pada masanya—lebih cepat berbanding pesaing mereka?
"Rantau Asia Tenggara mempunyai peluang yang sangat besar untuk pertumbuhan dalam pasaran rumah pintar. Tuya Smart ialah peneraju yang memacu inovasi dalam segmen IoT, memberikannya peranan penting untuk membantu jenama-jenama membawa teknologi kepada orang ramai. Dengan moto kami 'IoT Dipermudah', kami percaya untuk membantu jenama-jenama mempercepatkan strategi menuju ke pasaran mereka, mengurangkan kos dan menyediakan peluang untuk pengembangan dan pengewangan kategori," kata Ross Luo, Pengurus Besar Rantau Asia Pasifik daripada Tuya Smart.
Menambah kepada apa yang disebutkan oleh Charles Zhao, Pengarah BD Asia Tenggara di Tuya Smart berkata, "Dengan pertumbuhan golongan pengguna muda dan peningkatan kuasa beli, industri e-dagang Asia Tenggara dijangka akan terus menikmati dividen yang didorong oleh trend demografi ini. Terdapat banyak projek penting yang sedang dirancang untuk rantau ini dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama dan persatuan di rantau ini agar dapat membantu mereka mendahului keluk."
Semasa berlangsungnya acara tersebut, SMF akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Tuya Smart untuk mengukuhkan lagi kerjasama mereka dalam perniagaan pintar. "Dengan MOU ini, syarikat-ahli SMF dan komuniti pembuatan Singapura akan berupaya untuk memanfaatkan penyelesaian Tuya Smart bagi membantu mereka menerima penyelesaian teknologi yang dapat membolehkan perusahaan mengembangkan perniagaan mereka," kata Douglas Foo, Presiden SMF. Selari dengan tema tersebut, syarikat ACE juga bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan jenama Smart Klic mereka, membina hala tuju bermula daripada mentol hinggalah pembersih udara, alat kawalan jauh IR, kini menuju pembersih vakum robotik dan lebih banyak pilihan di hadapan untuk menghubungkan setiap individu dan setiap benda.
Tahun ini menghimpunkan industri IoT global semasa berlakunya pandemik yang masih berterusan ini dan menyokong pelbagai rakan kongsi dalam seluruh pasaran tetap menjadi tumpuan utama untuk Tuya agar dapat membuktikan bahawa IoT sebagai teknologi bermanfaat untuk ramai pengguna dan banyak vertikal industri. Dengan penyelesaian buatan khusus untuk setiap wilayah, Tuya bermatlamat untuk meneroka pandangan dan pengetahuan di banyak wilayah dengan mendalam dan terus membangunkan industri ini dengan kerjasama persatuan-persatuan dan jenama-jenama.
Pada akhirnya, pemimpim-pemimpin ini bersetuju bahawa IoT adalah lebih daripada sekadar menghubungkan peranti ke internet. Ia benar-benar mengenai menghubungkan setiap individu dengan setiap benda bagi meningkatkan pengalaman sehari-hari manusia di Bumi ini.