omniture

Sunport Power: Tiga Panel MWT Baharu Menyerlah di SNEC

Sunport Power
2021-06-21 10:50 180

WUXI, China, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sunport Power, pengeluar modul PV China yang terkemuka, melancarkan tiga produk baharu dengan teknologi MWT di Ekspo SNEC: panel C10 dengan kecekapan yang lebih tinggi dan voltan yang lebih rendah, panel C10-Pro dengan teknologi HJT+MWT dan siri M panel dwimuka MWT.

Sambungan Tiga Selari, C10 mencapai kecekapan yang lebih tinggi dan voltan yang lebih rendah untuk kos pemasangan yang lebih rendah 

Modul ini adalah didasarkan kepada teknologi MWT unik Sunport Power. Dengan lapis belakang kerajang konduktif, sel pada panel dapat disambungkan bebas daripada nombor, jarak dan arah. Sunport Power mencapai reka bentuk sambungan tiga selari khas untuk menyokong wafer separuh bahagian M6 (166mm) dan mengurangkan voltan pada panel yang beroperasi dengan ketara. Output kuasa maksimum panel C10 dapat mencapai 660 W dengan kecekapan penukaran sehingga 21.5%, menjadikan C10 modul 166 terbaik dalam pasaran dengan output kuasa yang tertinggi.

Dr. Lu Zhonglin, naib presiden Sunport Power, menerangkan bahawa reka bentuk parameter elektrik panel C10 yang dioptimumkan mengimbangi voltan dan arus, sesuai untuk loji PV tapak utiliti, memberikan kos BOS yang lebih rendah dan ROI yang lebih tinggi dengan output dan keandalannya yang super tinggi.

MWT + HJT digabung untuk panel C10-Pro 

Membuat penambahbaikan kepada panel C10 klasik, Sunport Power melancarkan produk panel PVnya yang paling penting, panel C10-Pro, menggabungkan teknologi MWT dan HJT, dan mencapai kejayaan baharu bagi prestasi panel PV.

"Ia mewarisi kelebihan platform teknologi MWT kontak-belakang juga struktur HJT, panel C-Pro yang baharu mencapai kecekapan penukaran yang berjaya sebanyak 22.8%. Dan jumlah output kuasa panel dapat mencapai 700 W," terang Dr. Lu. "Dengan teknologi pengkapsulan bebas regangan bersuhu rendah MWT, kami telah menyelesaikan kesukaran dalam pengkapsulan sel HJT dengan sempurna dan menerapkannya menurut keperluan wafer yang sangat nipis dengan sempurna, walaupun dengan ketebalan 120μm, kecekapan pengkapsulan dan hasil produk dapat dikekalkan. Disebabkan oleh pekali suhu yang lebih rendah, panel ini memberikan penjanaan kuasa yang lebih baik dan menghasilkan BOS dan LCOE yang lebih rendah untuk pengguna." 

Siri M dwikaca dwimuka, penghubung sempurna bagi MWT dan teknologi dwimuka  

Siri M mencapai penyepaduan sempurna kontak-belakang dan teknologi dwimuka.

"Berdasarkan kepada teknologi MWT kontak-belakang, panel siri M menggunakan kimpalan sokongan dan teknologi saling sambung yang rata di bahagian belakang, menghapuskan regangan yang disebabkan oleh jalur lentur pada celah sel sebagaimana dalam sambungan riben yang konvensional, yang memberikan keandalan yang lebih baik dan degradasi yang lebih rendah. Modul jenis 72 pcs 166mm memberikan sehingga 460 W kuasa depan dengan kadar penukaran sebanyak 21.1% dan kadar dwimuka yang tinggi yang mengagumkan sebanyak 70%. Ia sangat sesuai untuk permukaan dengan pantulan tanah tinggi dan memberikan lebih banyak penjanaan kuasa tambahan," kata Dr. Lu. "Tambahan pula, modul dwimuka siri M berpotensi besar untuk menggunakan lebih banyak teknologi seperti wafer yang lebih besar, HJT dan lain-lain, untuk memberikan lebih banyak faedah kepada pengguna."

"Pelancaran produk-produk baharu ini bukan hanya menunjukkan kekuatan dan tekad kami dalam perintisan teknologi, malah juga menunjukkan potensi teknologi MWT kontak-belakang yang berkecekapan tinggi," kata Dr. Fengming Zhang, pengasas dan presiden Sunport Power. "Di masa akan datang, Sunport Power akan menyokong platform teknologi MWT dan menumpukan ke dalam lebih banyak R&D dalam bidang teknologi inovatif, dan memberikan lebih banyak produk yang dioptimumkan kepada dunia."

https://youtu.be/YdA3pm-L1JQ 

Sunportpower:

Jiangsu Sunport Power Corp., Ltd. telah ditubuhkan dalam tahun 2021 di China dan dikhususkan untuk R&D dan pengeluaran sel dan modul solar yang berasaskan kepada teknologi kontak-belakang MWT (Metal Wrap Through) yang maju, yang komited terhadap pengeluaran sel dan modul PV yang berkecekapan tinggi, memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian profesional untuk para pelanggan.

Laman web: https://www.sunportpower.com/ 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/14570915/admin/ 

Source: Sunport Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news