omniture

Left to Survive Tiba di AppGallery dengan Promosi Besar-besaran Susulan Perkongsian Huawei

AppGallery
2021-06-21 12:41 239

SHENZHEN, China, 21 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Huawei bekerjasama dengan penerbit permainan Rusia terunggul MY.GAMES dan Whalekit Studio untuk membawa permainan menembak zombi mereka Left to Survive ke AppGallery. Dalam menggabungkan permainan tersebut, AppGallery memberi sokongan teknikal yang ekstensif untuk mengintegrasikan Huawei Mobile Services (HMS) Core dalam permainan dan memanfaatkan sumber pemasarannya untuk promosi pelancaran.

Left to Survive
Left to Survive

Left to Survive ialah ujian unggul bagi kemahiran reaksi pemain, menawarkan pemain dengan berjam-jam corak pemainan menarik yang digabung jalin dengan mekanik strategik mendalam dan penyesuaian dalam pelbagai mod permainan.

MY.GAMES turut menawarkan pemain Huawei dengan promosi eksklusif dan pakej hadiah bernilai US$ 25 yang mengandungi mata wang dan penggalak dalam-permainan. Mulai 15 Jun, pemain AppGallery boleh menebus hadiah dalam-permainan selepas pemasangan dan menikmati diskaun daripada pembelian dalam-aplikasi (IAP) tertentu bagi memperoleh kelebihan yang tidak ternilai berbanding pesaing mereka.

"MY.GAMES teruja untuk menyertai AppGallery. Kami yakin bahawa Left to Survive akan dapat menarik minat pengguna AppGallery dari seluruh dunia melalui corak permainan pantasnya yang menarik," kata Vasiliy Meshkoy, Penerbit Utama di Whalekit. "Kami berharap agar hubungan antara kedua-dua syarikat dapat melangkaui Left to Survive dan kami akan dapat membawa lebih banyak judul permainan untuk menyertai platform ini."

Huawei memperkasa MY.GAMES untuk merancakkan pengalaman corak permainan

Sebagai salah satu pasaran aplikasi global yang berkembang paling pantas, AppGallery komited terhadap kejayaan semua rakan kongsinya. Kedua-dua pasukan bekerjasama erat untuk mengintegrasikan HUAWEI IAP Kit dan HUAWEI Ads Kit daripada HMS Core, keanekaan keupayaan peranti terbuka dan awan yang dibangunkan oleh Huawei.

IAP Kit melancarkan pengalaman pembayaran dalam-aplikasi yang selamat, membolehkan pemain Huawei meningkatkan pengalaman corak permainan mereka dengan ketenangan minda yang wajar diterima. Begitu juga dengan Ads Kit yang memperkasa MY.GAMES untuk menyampaikan promosi kepada pemain mereka, meluaskan lingkungan mereka kepada kandungan lain tanpa mengganggu pengalaman permainan mereka.

Left to Survive di AppGallery

Promosi serantau terperinci Left to Survive:

Global:

a. 1x pakej hadiah eksklusif bernilai US$ 25 yang mengandungi 100 emas dan 50 penggalak

Antara 17 Jun dan 1 Julai, pemain AppGallery di wilayah-wilayah berikut juga akan berpeluang menikmati:

Eropah:

a. 1x 2€ kupon untuk sebarang pembelian dalam-aplikasi melebihi 4€
b. 1x 4€ kupon untuk pembelian Battle Pass 

Rusia:

a. 1x ₽80 kupon untuk sebarang pembelian dalam-aplikasi melebihi ₽89 
b. 2x ₽150 kupon untuk sebarang pembelian dalam-aplikasi melebihi ₽219 
c. 2x ₽190 kupon untuk sebarang pembelian dalam-aplikasi melebihi ₽370 
d. 1x ₽417 kupon untuk pembelian Battle Pass 
e. 1x ₽680 kupon untuk pembelian Battle Pass Plus 

Latar Belakang AppGallery

Dengan AppGallery, visi kami adalah untuk menghasilkan platform pengedaran aplikasi bersifat terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan dalam masa yang sama melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi terunggul di seluruh dunia, AppGallery menawarkan pelbagai jenis Aplikasi global dan tempatan dalam 18 kategori dan disediakan di lebih daripada 170 negara dan wilayah dengan lebih 540 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

Source: AppGallery
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications