omniture

CGTN: Hari Bapa: Tiga 'harta' Xi Jinping peroleh daripada bapa beliau

CGTN
2021-06-22 02:32 135

BEIJING, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Jatuh pada hari Ahad ketiga bulan Jun, Hari Bapa akan diraikan pada tanggal 20 Jun tahun ini.

File photo of Xi Jinping (L) with his father Xi Zhongxun. /CMG
File photo of Xi Jinping (L) with his father Xi Zhongxun. /CMG

Bapa sentiasa mempunyai pengaruh yang besar ke atas anak-anaknya, begitu jugalah yang terjadi kepada Presiden Cina Xi Jinping.

Terdapat sekurang-kurangya tiga sifat yang diwarisi oleh Xi daripada bapa beliau Xi Zhongxun (1913-2002), seorang pemimpin Parti Komunis China (CPC) dan negara tersebut.

Falsafah berorientasikan rakyat 

Ramai pemimpin Cina memulakan kerjaya mereka dari peringkat bawah, melalui kesukaran yang dihadapi oleh rakyat biasa dan memahami keperluan rakyat, yang meletakkan asas kukuh terhadap pendekatan mereka yang praktikal dan berorientasikan rakyat dalam merangka dasar negara.

Falsafah berorientasikan rakyat ialah salah satu harta paling penting yang diwarisi oleh Xi Jinping daripada bapa beliau yang percaya bahawa pegawai dan rakyat jelata adalah sama rata dan mereka perlu sentiasa hidup dalam kalangan rakyat.

Bapa beliau pernah memberitahu anak lelakinya: "Walau setinggi manapun jawatan yang kamu sandang, berbaktilah kepada rakyat dengan bersungguh-sungguh, pertimbangkan kepentingan rakyat sepenuh hati kamu, kekalkan hubungan yang erat bersama rakyat dan sentiasalah mesra dengan rakyat."

Tidak berganjak daripada laluan untuk "berkhidmat kepada rakyat," Xi Jinping melawat 14 kawasan berhampiran di China yang mengalami kemiskinan melampau selepas menjadi setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) pada November 2012. Beliau melawat kampung serta isi rumah dan memberitahu masyarakat bahawa beliau hanyalah "seorang yang berkhidmat untuk rakyat."

Semasa lawatan pemeriksaan domestik beliau, Xi Jinping sentiasa berbual-bual bersama penduduk tempatan, mengambil berat akan kehidupan harian mereka dan menegaskan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat bersama pegawai-pegawai yang lain.

Parti tersebut telah memenangi sokongan sepenuh hati rakyat kerana ia sentiasa berkhidmat kepada rakyat sepenuh jiwa raga dan berusaha demi kesejahteraan semua kumpulan etnik, menurut Xi berkali-kali.

Pendekatan bersifat realistik

Mewarisi pendekatan bersifat realistik daripada bapa beliau, Xi Jinping melawat kesemua kampung di Zhengding, Wilayah Hebei sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai ketua Parti daerah pada tahun 1980-an. Kemudian di Ningde, Fujian, beliau melawat sembilan wilayah dalam tempoh tiga bulan pertama sebagai setiausaha Jawatankuasa Wilayah Ningde CPC dan melawat kebanyakan bandar selanjutnya.

Selepas beliau dipindahkan ke Wilayah Zhejiang, timur China pada tahun 2002, beliau melawat kesemua 90 wilayah dalam lebih setahun lamanya. Semasa tempoh perkhidmatan beliau yang singkat di Shanghai pada tahun 2007, beliau melawat kesemua 19 daerah dan wilayahnya dalam tempoh tujuh bulan.

Pembentukan Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025) negara tersebut untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial serta sasaran masa depan untuk tahun 2035 turut memperlihatkan kepatuhan Xi Jinping terhadap kajian dan penyelidikan.

Dengan mengadakan dan mempengerusikan sejumlah simposium, beliau mendengar pendapat dan nasihat mengenai pembangunan ekonomi dan sosial negara dalam tempoh rancangan daripada semua lapisan masyarakat.

Menjalani kehidupan yang sederhana 

Keluarga Xi mempunyai tradisi dengan bersikap tegas terhadap anak-anak dan menjalani kehidupan yang serba sederhana. Xi Zhongxun percaya bahawa sekiranya seorang pegawai kanan Parti ingin mendisiplinkan orang lain, beliau harus bermula dengan diri dan keluarga beliau terlebih dahulu.

Xi Jinping dan adik lelaki beliau pernah memakai pakaian dan kasut daripada kakak-kakak mereka. Selepas Xi Jinping menjadi seorang pegawai terkemuka, ibu beliau mengadakan pertemuan keluarga untuk melarang adik-beradiknya daripada terlibat dalam perniagaan di tempat Xi Jinping bertugas.

Xi Jinping meneruskan tradisi keluarga beliau dan bersikap tegas dengan anggota keluarga beliau. Di mana sahaja beliau bertugas, beliau memberitahu mereka agar tidak menjalankan perniagaan di tempat itu atau melakukan apa-apa sahaja menggunakan nama beliau, jika tidak, beliau akan "bertindak tanpa belas kasihan". Sama ada di Fujian, Zhejiang atau Shanghai, beliau berjanji di mesyuarat-mesyuarat rasmi bahawa tiada sesiapapun dibenarkan mendapatkan faedah peribadi menggunakan nama beliau dan mengalu-alukan pengawasan berhubung hal ini.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-19/Father-s-Day-Three-treasures-Xi-Jinping-gets-from-his-father-11dOYnkTNYc/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service