omniture

Ujian Pantas Antigen COVID-19 INDICAID(R) diperakui oleh Kementerian Kesihatan untuk Kawalan Penyakit Kemboja

PHASE Scientific
2021-06-22 09:00 234

HONG KONG dan PHNOM PENH, Kemboja, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Kementerian Kesihatan Kemboja telah meluluskan Ujian Pantas Antigen COVID-19 INDICAID® bagi tujuan pengkomersialan sebagai sebahagian daripada usaha negara berkenaan untuk mengawal lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini di wilayah ini.

Ujian pantas antigen seperti INDICAID® telah digunakan oleh Kerajaan Kemboja sebagai langkah penyaringan berskala besar di ibu kota Phnom Penh dan kawasan-kawasan berjiran, memanfaatkan masa keputusan pendek dan kemudahan ujian tersebut bagi membantu pihak Kerajaan mengenal pasti pesakit COVID-19 dengan cepat dan membendung penularan penyakit tersebut. Ujian ini juga membolehkan langkah-langkah pembendungan yang lebih baik dilaksanakan, membahagikan ibu kota tersebut kepada zon merah, jingga dan kuning dengan berkesan bergantung pada bilangan kes dan risiko penularan. INDICAID® juga disediakan di Phnom Penh untuk dijual.

"Kami yakin bahawa ketepatan, kemudahan penggunaan dan kebolehmampuan kit ujian kami akan meletakkan INDICAID® untuk memainkan peranan penting dalam usaha penyaringan berterusan pihak Kerajaan Kemboja di wilayah ini," kata Ricky Chiu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PHASE Scientific, pengeluar rasmi kit ujian INDICAID®. "Kami mengalu-alukan keputusan Kerajaan Kemboja dan berharap dapat membawa kit ujian pantas kami untuk turut menyokong negara-negara jirannya."

Menurut Chiu, INDICAID® diguna pakai di beberapa negara untuk memerangi COVID-19. Di Hong Kong, tempat letaknya ibu pejabat PHASE Scientific, INDICAID® telah disahkan oleh Kerajaan sebagai produk yang ditetapkan untuk hospital dan lawatan ke rumah jagaan dan merupakan jenama yang laris terjual seumpamanya dengan lebih 2 juta kit dijual. Ia juga digunakan secara meluas di hospital, syarikat kerajaan dan swasta, pasar raya, hotel dan sekolah bagi tujuan penyaringan berkala di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

Ujian Pantas Antigen COVID-19 INDICAID® ialah imunocerakinan aliran lateral bertanda CE yang dihasilkan untuk pengesanan kualitatif antigen SARS-CoV-2 dalam sampel calitan hidung terus. Dengan kualiti produk yang andal dan kemudahan penggunaan, INDICAID® dapat memberi keputusan pantas dalam masa 20 minit tanpa sebarang peralatan atau kemudahan khas diperlukan. Ketepatan kit ujian ini telah disahkan secara klinikal dalam ujian klinikal dua-laluan yang terbesar di dunia yang mana INDICAID® telah diuji terhadap PCR dalam lebih 9,200 sampel dan didapati menunjukkan kepekaan dan kekhususan yang tinggi.

INDICAID® kini disediakan di 33 negara dan dalam proses untuk mendapatkan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan (FDA) AS.

Source: PHASE Scientific
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts