omniture

Lindungi keselamatan dan produktiviti peribadi dengan plat tahan haus Hardox(R) asli

SSAB
2021-06-22 10:00 29

SINGAPURA, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- SSAB ialah sebuah syarikat keluli khusus yang mengilangkan produknya di Scandinavia dan AS. Hanya SSAB yang mengeluarkan plat tahan haus Hardox® asli. Plat tahan haus jenama keluli yang terkenal Hardox® dimiliki oleh SSAB dan merupakan cap dagangan berdaftar.

Terdapat hanya satu Hardox
Terdapat hanya satu Hardox

 

Keluli tahan haus Hardox® hanya boleh didapati melalui saluran jualan milik SSAB dan dalam peralatan kegunaan akhir yang dikeluarkan oleh pengilang peralatan asli (OEM), sesetengah daripadanya merupakan ahli program kualiti Hardox® In My Body.

Kemestian produk yang hanya dapat diberikan oleh keluli tahan haus Hardox® 

  • Kekerasan yang konsisten daripada permukaan hingga teras bahan.
    Keluli tahan haus Hardox® akan menawarkan hayat perkhidmatan luar biasa dalam keadaan haus yang paling mencabar. Keluli yang tidak keras hingga ke bahagian terasnya akan haus dengan cepat, membawa kepada kos yang membimbangkan untuk penghentian pengeluaran serta pembaikan dan penyelenggaraan kecemasan.
  • Kekuatan yang sesuai dengan spesifikasi bahan.
    Kekuatan tinggi plat tahan haus Hardox® menjadikan keluli tahan daripada lekukan dan lengkokan apabila terkena batu dan objek besar serta berat yang lain. Memandangkan dalam banyak keadaan Hardox® menggunakan bahan berstruktur dalam trak jongket, kontena dan timba, kekuatannya menghasilkan integriti berstruktur tinggi pada peralatan.
  • Ketahanan ialah faedah unik plat tahan haus Hardox®
    Keluli tahan haus Hardox® ialah bahan yang menggabungkan antara rintangan haus yang tinggi dengan ketahanan yang tinggi. Keluli dengan tahap ketahanan rendah mempunyai risiko tinggi mengalami kegagalan yang berlaku tiba-tiba dan berpotensi berbahaya sekiranya keluli patah kerana ia mengalami tekanan melebihi titik pecahnya.
  • Sifat-sifat terjamin
    Keluli tahan haus Hardox® ialah bahan yang sangat konsisten, hasil daripada proses komposisi kimia dan pengeluaran yang dikawal dengan teliti. Atas sebab inilah keluli Hardox® didatangkan dengan jaminan produk, termasuk sifat-sifat kerataan, ketebalan dan lenturan keluli tersebut. Ini dapat memastikan prestasi bengkel yang boleh diramal dan produk akhir dengan kualiti yang tinggi dan seragam.
  • Pensijilan
    Setiap plat, tiub kepingan dan bar bulat Hardox® disertakan dengan sijil kilang SSAB untuk bahan yang diserahkan. Sekiranya penjual tidak dapat menyediakan sijil SSAB, ini merupakan petanda jelas bahawa produk tersebut tidak sah.

"Selain daripada pelanggan kami, jenama-jenama produk kami yang boleh didapati dalam pasaran merupakan aset-aset kami yang paling bernilai," kata John Kuan, Pengurus Negara untuk Asia Tenggara.

"Apabila ia menembusi pasaran, produk SSAB membawa bersamanya begitu banyak pengiktirafan dan kepercayaan, yang mencerminkan kualiti produk tersebut. Justeru itu, kami ingin menggalakkan pelanggan untuk membeli hanya keluli Hardox asli yang dikeluarkan oleh SSAB dan dijual melalui saluran jualan kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda hanya mendapat keluli yang anda percayai. Sekiranya anda menjumpai keluli berjenama yang anda syak ia bukan plat tahan haus Hardox® asli, kami menggalakkan anda untuk menghubungi pasukan jualan kami dengan segera."

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa keluli yang ditawarkan atau diterima bukan plat tahan haus Hardox® asli, Sila berhubung dengan wakil-wakil jualan SSAB. 

Sekiranya SSAB diberi amaran mengenai keluli palsu dalam pasaran yang menyamar sebagai Hardox®, kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengeluar, pengedar atau penjual yang membuat atau mendagangkan keluli sedemikian. Amat penting untuk kami agar hanya keluli tahan haus Hardox® asli sahaja yang disediakan untuk pelanggan kami yang bergantung pada prestasi Hardox® yang selamat dan andal.

SSAB ialah sebuah syarikat keluli yang berpangkalan di Nordik dan AS. SSAB menawarkan produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang dibangunkan dengan kerjasama erat bersama pelanggannya bagi mewujudkan dunia yang lebih kuat, lebih ringan dan lebih lestari. SSAB mempunyai pekerja di lebih 50 negara. SSAB mempunyai kemudahan pengeluaran di Sweden, Finland dan AS. SSAB disenaraikan di Nasdaq Stockholm dan mempunyai senaraian kedua di Nasdaq Helsinki. www.ssab.com. Sertai juga kami di media sosial: FacebookInstagramLinkedInTwitter dan YouTube.

 

Source: SSAB
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals