omniture

Eaton lancar pusat data mikro dantawaran UPS baru untuk membolehkan kecemerlangan prestasi untuk penggunaan canggih- "edge computing" dan pengurusan kuasa cekap tenaga

Peningkatan produk iCube 2.0 dan 9PX UPS terkini Eaton bertujuan untuk membawa penyelesaian cekap tenaga yang boleh digunakan dengan "edge computing" untuk organisasi yang ingin menjadikan infrastrukur pusat data mereka lasak masa depan.
Eaton
2021-06-22 12:37 131

SINGAPURA, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan kuasa global Eaton baru-baru ini mengumumkan dua penambahan baru kepada pusat data mikronya (MDC) dan siri bekalan kuasa tidak diganggu (UPS) 9PX - iCube 2.0 dan 9PX litium-ion UPS. Disesuaikan untuk memenuhi "keperluan dan kesulitan"  unik organisasi-organisasi Asia yang ingin menjadikan infrastruktur pusat data mereka lasak masa depan, penyelesaian serantau baru ini membolehkan perniagaan untuk mencapai kecemerlangan teknologi maklumat dan operasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan perusahaan mereka untuk mencapai kejayaan dalam peralihan tenaga yang berterusan.

"Di tengah  peralihan global ke arah  tenaga boleh diperbaharui, digitalisasi yang dipercepatkan dengan meluas  telah menjurus kepada kemunculan "edge computing". Kemajuan teknologi yang berterusan mengubah cara data diproses, diurus dan disampaikan. Dengan latar belakang ini, , penyelesaian MDC dan UPS memainkan peranan yang semakin besar dalam merapatkan jurang "edge computing" dan memastikan aplikasi kritikal terus beroperasi dengan sedikit kesan terhadap alam sekitar," kata Jimmy Yam, Naib Presiden, Sektor Elektrik, Asia Timur, Eaton. "Dengan pengaturan kerja jarak jauh yang berpanjangan dan pertumbuhan digitalisasi yang diharapkan, keperluan terhadap kapasiti pengkomputeran yang pantas dan mampan pasti akan meningkat. Pengenalan  iCube 2.0 dan 9PX Litium-ion UPS akan membantu memenuhi keperluan ini sambilmenjamin kecekapan tenaga."

iCube 2.0 – penyelesaian pusat data mikro dipertingkat untuk kecemerlangan cekap-tenaga untuk "edge computing". 

Eaton iCube 2.0 (Pusat Data Mikro 2.0)
Eaton iCube 2.0 (Pusat Data Mikro 2.0)

Penaiktarafan penyelesaian MDC 1.0 Eaton yang sudah ada , iCube 2.0 direka  untuk menangani cabaran dan halangan utama  pengguna biasa dalam "edge computing", seperti kekangan ruang dan kekurangan kepakaran teknikal dalam merancang dan menggunakan penyelesaian dari awal..

Tidak seperti penyelesaian MDC 1.0 generasi pertama, iCube 2.0 boleh disesuaikan mengikut pelbagai saiz rak. Pengurus IT boleh memilih daripada barisan dimensi kabinet iCube 2.0. Ini bermula daripada rak asas yang dilengkapi dengan peralatan kritikal misi yang dirancang untuk pejabat kecil, sehingga penyelesaian pelbagai rak pasang siap untuk pejabat bersaiz sederhana hingga besar. Fleksibiliti ini membolehkan organisasi untuk mengoptimumkan penggunaan ruang bilik unit mereka dan memperluas penggunaan mengikut keperluan operasi yang semakin berkembang. Ini juga bermaksud mengurangkan penggunaan dan penyelenggaraan, akhirnya memberikan keberkesanan kos yang lebih besar kepada organisasi dengan jumlah kos pemilikan (TCO) yang dikurangkan.

Sebagai "penyelesaian pasang-dan-pakai ("plug and play") dan pasang siap iCube 2.0 turut menawarkan kemudahan penggunaan kepada pengurus IT. Ia memerlukan keperluan penyelenggaraan dan tenaga kerja yang minimum dengan sistem perisian pengurusan pintar, , yang menyediakan fungsi pemantauan parameter persekitaran yang komprehensif serta amaran automatik dan analitik prediktif untuk prestasi yang optimum. Dalam masa yang sama, penilaian seismik kelas 8 iCube 2.0 dan pensijilan[1] yang terbaik dalam kelas membolehkannya untuk digunakan dengan selamat di persekitaran yang tidak sesuai yang mungkin berdebu, panas, lembap, dan bahkan terdedah kepada gempa bumi.

9PX litium-ion UPS – cara yang lebih mesra alam dan lebih pintar untuk melindungi bekalan kuasa infrastruktur kritikal

9PX Litium 1-3K dengan rak terpasang 1 EBM
9PX Litium 1-3K dengan rak terpasang 1 EBM

Penambahan terkini kepada siri 9PX UPS kelas-enterprise  Eaton ialah pembaharuan litium-ion (Li-ion) yang lebih mesra alam, lebih cekap daripada penawaran berkuasa VRLA semasa. Di nilai sebagai yang terbaik dalam pasaran, penaiktarafan produk ini terus membuktikan prestasiEaton dalam penggunaan Li-ion UPS, khususnya di rantau Asia Tenggara.

Dengan kemajuan teknologi yang dapat menurunkan kos pengeluaran dan penggunaan, penyelesaian UPS berkuasa Li-ion menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini ekoran jejaknya yang lebih kecil, kitaran pengecasan yang lebih pendek, jangka hayat lebih panjang dan penjimatan TCO[2].

Dilengkapi dengan bateri litium ferum fosfat (LFP) – salah satu penyelesaian Li-ion yang paling selamat dan paling lama bertahan yang kini tersedia dalam pasaran, 9PX Li-ion UPS Eaton diperakui oleh Energy Star dan memberi kecekapan tenaga yang utama dalam industri sehingga 94% bagi mod beroperasi. Selain daripada emisi CO2 yang lebih rendah, penyelesaian UPS menyediakan penggunaan ruang lantai yang lebih besar dengan jejak fizikal lebih kecil dan pengurangan berat keseluruhan[3]. Ia turut dilengkapi dengan perisian sistem pengurusan bateri (BMS) pintar serta ciri-ciri keselamatan siber kritikal[4] yang menyediakan organisasi-organisasi dengan keupayaan yang semakin penting untuk mengoptimumkan pengurusan tenaga dan kapasiti serta melindungi daripada penggodam ("hackers").

Selain itu, 9PX Li-ion UPS dilengkapi dengan Pengurus Kuasa Pintar Eaton yang membolehkan integrasi mendalam dengan persekitaran maya VMware dan HyperV, meningkatkan daya tahan infrastruktur daripada kesan buruk dan kesan kepada alam sekitar melalui automasi pemulihan bencana dan mendayakan keupayaan penyisihan beban termaju untuk menggerakkan beban operasi kritikal dengan lebih lama.

Bersama dengan pengurangan tenaga dan kos penyejukan serta jangka hayat perkhidmatan selama lapan hingga sepuluh tahun, 9PX Li-ion UPS Eaton memberi penjimatan TCO dalam tempoh jangka panjang secara keseluruhan memandangkan ia tidak memerlukan penggantian modul bateri luar atau tenaga kerja tambahan serta kos penghantaran yang berkaitan. Hal ini terutama berlaku untuk organisasi-organisasi yang menghadapi cabaran dalam menyediakanperkhidmatan ekoran lokasi jarak jauh atau penggunaan besar, gangguan kuasa yang kerap berlaku atau menjalankan aplikasi kritikal yang tidak memerlukan waktu henti.

"Kuasa yang berterusan diperlukan untuk memastikan aplikasi atau pelayan beroperasi 24/7, terutamanya dalam era "edge computing"; namun ini boleh menjejaskan alam sekitar dalam tempoh jangka panjang," tambah Yam. "Mengimbangi pertumbuhan dan ketangkasan perniagaan dalam ekonomi dipacu data terhadap matlamat kelestarian merupakan satu cabaran yang semakin dihadapi oleh organisasi-organisasi. Namun begitu, dengan teknologi, rakan kongsi dan strategi yang tepat, perniagaan akan dapat mengemudi keutamaan yang rumit namun melengkapi ini dan akhirnya berjaya."

Maklumat lanjut mengenai iCube 2.0 dan 9PX Li-ion UPS disediakan di laman web masing-masing. Perniagaan yang mencari penyelesaian inovatif untuk menjadikan infrastruktur pusat data mereka lasak masa depan juga boleh mendaftar untuk webinar akan datang dan mengakses video atas-permintaan di hab sumber Transform Your Data Center Eaton.

Latar Belakang Eaton Electrical Sector

Perniagaan elektrik Eaton ialah peneraju global dengan kepakaran aplikasi serantau yang mendalam dalam pengagihan kuasa serta perlindungan litar; kualiti kuasa, kuasa sandaran dan simpanan tenaga; kawalan dan automasi; keselamatan nyawa dan sekuriti; penyelesaian struktur; dan penyelesaian persekitaran yang sukar dan berbahaya. Melalui perkhidmatan hujung-ke-hujung, saluran dan platform digital bersepadu serta pandangan mendalam, Eaton memperkasa apa yang penting merentas industri-industri dan seluruh dunia, membantu pelanggan menyelesaikan cabaran pengurusan kuasa elektrik mereka yang paling kritikal.

Misi Eaton adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran melalui penggunaan teknologi serta perkhidmatan pengurusan kuasa. Kami menyediakan penyelesaian lestari yang membantu pelanggan kami mengurus kuasa elektrik, hidraulik dan mekanikal dengan berkesan – lebih selamat, lebih cekap dan lebih andal. Pendapatan tahun 2020 Eaton mencecah $17.9 bilion dan kami menjual produk kepada pelanggan di lebih daripada 175 negara. Kami memiliki kira-kira 94,000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Eaton.com.


[1]  iCube 2.0 diuji untuk menyokong beban peralatan sehingga 1,800 kg dan memenuhi pelbagai standard industri yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan serantau iaitu pensijilan TLC, UL dan CE untuk teknologi MDC, UPS dan pendinginan jitu.

[2]  Berbanding dengan teknologi VLRA tradisional, bateri Li-ion mempunyai jejak 3 kali ganda lebih kecil dan jangka hayat 3 kali ganda lebih lama dan 70% lebih ringan beratnya dan 4 kali ganda pengecasan pantas. Secara keseluruhan, ia biasanya tidak memerlukan penggantian, tidak seperti bateri VLRA dan berupaya untuk menawarkan sehingga 50% penjimatan TCO.

[3]  Pengurangan 20% berat UPS dan lebih daripada 40% pengurangan berat modul bateri luar (EBM). Saiz EBM juga dikurangkan kepada 1U, manakala UPS memenuhi saiz 2U standard industri.

[4]  Ciri-ciri keselamatan siber dan pemayaan utama termasuk kad rangkaian gigabit Network-M2 – peranti sambungan UPS Eaton yang membantu menjamin UPS dalam persekitaran pusat data dan dua pensijilan keselamatan siber UL 2900-1 dan IEC 62443-4-2 antarabangsa.

 

Source: Eaton
Keywords: Computer/Electronics New products/services Data Analytics