omniture

Syarikat pemula dapur awan Taiwan 3 SQUARE kumpul dana benih

3 SQUARE
2021-06-22 14:18 137

TAIPEI, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Meskipun banyak syarikat dalam industri makanan dan minuman (F&B) merasakan kesan negatif daripada pandemik coronavirus, 3 SQUARE - jaringan medan selera digital dan kumpulan restoran maya - hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya mengumpul dana daripada pusingan benih terlebih langgan sebanyak US$1.2 juta.

3 SQUARE Victor J. Chow and team
3 SQUARE Victor J. Chow and team

 

3 SQUARE mengumpul pusingan pelaburan daripada rangkaian kedai serbaneka Taiwan yang terkemuka Hanshin Department Store Co. Ltd dan firma modal teroka (VC) teknologi makanan Foodland Ventures. Pejabat-pejabat keluarga terkenal dan pelabur-pelabur persendirian turut mengambil bahagian. Dana tersebut akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan di Taiwan dan mempersiapkan penembusannya ke Asia Tenggara dan Asia Utara.

Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2020 oleh Victor J. Chow. Victor, dahulunya merupakan seorang eksekutif di platform penghantaran makanan honestbee dan foodpanda, mempunyai pengalaman luas dalam menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5,000 restoran di Taiwan dan 25,000 restoran di seluruh rantau Asia Pasifik. Minat beliau terhadap makanan dan sanjungan beliau terhadap pemilik restoran bermula pada usia muda, yang mana beliau membesar dalam sebuah keluarga pendatang yang memiliki, mengendalikan dan melabur dalam pelbagai restoran.

"Dengan COVID-19 yang membawa kepada penutupan restoran dan bar, ramai pemilik restoran mencari alternatif terhadap model perniagaan restoran fizikal tradisional bagi mengatasi perubahan ketara dari segi pemintaan pengguna bermula daripada makan di restoran hinggalah penghantaran makanan, pasaran F&B yang berubah dengan pantas dan kos overhed yang tinggi. 3 SQUARE menghapuskan halangan terhadap pertumbuhan, mengurangkan risiko dan membolehkan rakan kongsi berkembang dengan cara yang menguntungkan dengan menyediakan ruang dapur awan yang dinaik taraf," kata Victor, ketua eksekutif 3 SQUARE.

Lokasi pertama 3 SQUARE ialah di pusat Bandar Taipei, dengan dua puluh jenama restoran disediakan untuk perkhidmatan penghantaran, bawa pulang dan makan di restoran. Rakan-rakan kongsi restoran yang popular melibatkan jenama-jenama baharu daripada MUME Group berbintang Michelin dan gerai pasar malam berusia 30 tahun Shi Yuan Taiwanese Fried Chicken.

3 SQUARE juga mempunyai kumpulan restoran maya dengan enam konsep restoran berjenama penuh dalaman tersedia semasa pelancaran. Menu-menu ini dibangunkan menggunakan data raya dan analisis trend dengan reka bentuk kulinari dan pandangan pengguna mengenai makanan terbaik yang diminati oleh pelanggan.

3 SQUARE bersiap sedia untuk pusingan pengumpulan dana yang seterusnya bagi mempercepatkan pengembangan 300 jenama dalam ekosistem 3 SQUARE di seluruh Asia Tenggara dan Asia Utara, dengan wawasan untuk menjadi jaringan dapur awan dan kumpulan jenama maya yang paling berimpak di rantau ini.

Untuk Pertanyaan Media:

Individu untuk Dihubungi: Vincent Lee
Syarikat: 3 SQUARE
Emel: vincent@3squarekitchens.com
Telefon Bimbit: +886-955-463-156
Laman Sesawang: www.3squarekitchens.com

Source: 3 SQUARE
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion Venture Capital