DONGGUAN, China, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Mukormikosis atau kulat hitam, iaitu jangkitan teruk yang melonjak di India semasa pandemik COVID-19 telah menggamit perhatian global. Baru-baru ini, kes-kes mukormikosis negara tersebut telah mencecah lebih 57,150 dan mengakibatkan 54% kematian. Selain daripada perkaitannya dengan prevalens diabetes yang tinggi di India, negara-negara yang dijangkiti COVID-19 (Pakistan, Rusia, Nepal, Chile, Brazil, dsb.) turut memaklumkan isu yang sama, maka kawasan-kawasan dengan kadar diabetes dan jangkitan COVID-19 yang tinggi harus diberi amaran.
Fapon Biotech menyeru kerjasama dengan rakan kongsi akademik dan industri bagi membangunkan ujian diagnostik mukormikosis untuk meringankan cabaran dengan berkongsi keupayaan platform pembangunan bahan mentah huluan dan platform aplikasi reagen hiliran.
Malangnya, mukormikosis sentiasa didiagnosis lewat dengan beban rawatan kesihatan COVID-19 berpanjangan memburukkan lagi keadaan. Sebagai sebuah syarikat yang melakukan penyelidikan dan sumbangan yang berterusan terhadap penyakit berjangkit utama di dunia dengan misi untuk Mendayakan Pengenalpastian Penyakit Lebih Awal, Lebih Tepat, Mudah dan Berpatutan, Fapon Biotech Inc. (Fapon Biotech) menyeru kerjasama bersama rakan kongsi akademik dan industri bagi membangunkan ujian diagnostik mukormikosis bagi meringankan cabaran dengan berkongsi keupayaan platform pembangunan bahan mentah huluan dan platform aplikasi reagen hiliran.
Fapon Biotech ialah salah satu pembekal bahan mentah reagen COVID-19 arus perdana dengan pengalaman terbukti dalam membantu rakan kongsi melancarkan reagen COVID-19 terakreditasi dalam tempoh yang singkat. Syarikat ini mempunyai lebih 1000 rakan kongsi IVD di seluruh dunia dengan operasi perniagaan selama lebih 10 tahun di India. Platform-platform teknologinya dapat menandingi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada rakan-rakan kongsi dengan mudah dan memberi sokongan bermula daripada penemuan hinggalah pengkomersialan penanda bio. Melalui platform-platform aplikasi Fapon Biotech (Emas Koloid/Imunopendarfluor/ELISA/CLIA/Immunoturbidimetri Ditingkatkan-Lateks/PCR/dsb.) yang berbeza, penanda bio boleh menyempurnakan proses pembangunan aplikasi dengan cepat. Bagi rakan-rakan kongsi yang menghadapi cabaran pengeluaran, OEM dan perkhidmatan pembuatan kontrak dengan kapasiti untuk mencapai ratusan gram bagi setiap kelompok tersedia. Lantaran hubungan yang kukuh dengan makmal dan pengeluar IVD di India, jalinan kerjasama dengan Fapon Biotech akan memberi akses kepada lebih banyak sumber dan peluang komersial, seperti sampel klinikal untuk penyelidikan dan pengesahan produk, lelaran teknologi, pelancaran dan promosi produk, dsb.
Sedang virus tersebut terus bermutasi dan mencetuskan penyakit seperti mukormikosis bagi merumitkan keadaan, tindak balas pantas melalui kerjasama global akan menjadi sangat penting untuk kawasan-kawasan yang mengalami beban rawatan kesihatan yang sangat besar. Fapon Biotech komited untuk mendorong kemajuan diagnosis COVID-19 melalui kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi IVD antarabangsa.
Latar Belakang Fapon Biotech
Fapon Biotech ditubuhkan pada tahun 2001. Berpandukan misi untuk "Mendayakan Pengenalpastian Penyakit Lebih Awal, Lebih Tepat, Mudah dan Harga Berpatutan," syarikat ini memberi tumpuan terhadap keperluan masa depan melibatkan perkembangan teknologi dan menyediakan syarikat-syarikat diagnostik global dengan bahan mentah reagen IVD berprestasi tinggi seperti antigen, antibodi dan enzim, serta penyelesaian sehenti dengan perkhidmatan peralatan dan reagen.