omniture

CGTN: Angkasawan Shenzhou-12 jadi rakyat Cina pertama memasuki stesen angkasa

CGTN
2021-06-22 17:58 1264

BEIJING, 22 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Tiga angkasawan Cina memasuki stesen angkasa negara mereka semasa misi Shenzhou-12, mengakhiri sejarah tiada rakyat Cina di stesen angkasa.

Trio ini, Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo, memasuki modul teras stesen angkasa "Tianhe" dari kapal angkasa lepas Shenzhou-12 yang dilancarkan pada hari Khamis, menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Bermanusia China (China Manned Space Engineering Office).

Ini berlaku lebih daripada 20 tahun setelah Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dilancarkan, yang tidak membenarkan angkasawan China menaikinya disebabkan oleh undang-undang A.S. yang melarang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (National Aeronautics and Space Administration, NASA) daripada bekerjasama dengan rakan sejawat Cina mereka.

Tatkala ISS yang bakal menghentikan operasi dan Rusia telah memutuskan untuk menarik diri daripada projek ini, China menawarkan diri untuk membina stesen angkasa baharu dan menjemput kerjasama global.

Stesen angkasa China ini, yang mengorbit Bumi pada ketinggian kira-kira 400 kilometer, masih dalam pembinaan, ketika lapan lagi misi yang termasuk yang dikendalikan oleh manusia masih lagi dalam persediaan.

Buat masa ini, stesen ini terdiri daripada modul teras yang dinamakan Tianhe, kapal bekalan Tianzhou-2 dan Shenzhou-12, yang mendarat di stesen angkasa kurang daripada tiga jam sebelum memasukinya.

Astronaut, kosmonaut atau taikonaut? 

Sebilangan rakyat Cina sangat berbangga dengan pencapaian terkini sehinggakan mereka mengingatkan semula topik bagaimana untuk menamakan orang di angkasa lepas.

Masalah penamaan muncul dalam Perang Dingin, apabila Kesatuan Soviet menamakan adiwira angkasa lepas mereka "kosmonaut" sementara A.S. memanggil mereka "astronaut".

Kemudiannya, perkataan "taikonaut" dicipta mengguna perkataan Mandarin yang setara dengan perkataan angkasa – taikong – dan akhiran umum "-naut".

Kamus Oxford dan Longman menyenaraikan perkataan taikonaut dan menyatakan bahawa ia bermaksud angkasawan Cina.

Langkah seterusnya 

Kini, ketiga-tiga angkasawan ini sedang memunggah bekalan di Tianzhou-2, memasang hubungan Wi-Fi dan peralatan lain di stesen angkasa tersebut.

Mereka akan tinggal di stesen tersebut untuk sekurang-kurangnya tiga bulan dan melakukan pelbagai ujian teknologi dan eksperimen sains, di mana berjalan di angkasa yang melibatkan tangan-tangan robot juga akan dilakukan.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-17/Shenzhou-12-astronauts-enter-space-station-core-module-11aD1mmDQ1a/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service