omniture

Takut Covid Bukan Faktor untuk Gadis Malaysia yang Lakukan 3 Pekerjaan Setiap Hari

Bigo Live
2021-06-23 15:15 63

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Sejak kebelakangan ini, Covid 19 telah memberi kesan yang sangat besar ke atas ekonomi global. Ramai orang yang bekerja bergaji bulanan mengalami sama ada potongan gaji atau diberhentikan kerja dan keadaan kesihatan kewangan beribu-ribu orang, jika bukan berjuta-juta orang, semakin terjejas. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah keadaan yang tidak stabil, sentiasa ada individu optimis. Baru-baru ini, Bigo Live Malaysia berpeluang untuk mengenali seorang wanita Malaysia, Nicky Shane, yang masih berfikiran positif dengan melaksanakan 3 pekerjaan setiap hari.

Dengan pandemik yang kian merebak, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia telah mengenakan perintah kawalan, bermula dengan tindakan yang ringan seperti memberi nasihat dalam bentuk peringatan hinggalah mengisytiharkan sekatan pergerakan penuh. Akibatnya, gaya hidup ceria dan aktif sebelum ini dirasakan semakin malap disebabkan perintah berkurung. Namun begitu, perkara ini nampaknya tidak terjadi kepada wanita muda Malaysia ini. Sebaliknya, beliau melakukan sesuatu yang benar-benar berlawanan, dengan mengambil peluang untuk menarik perhatian orang ramai di dunia maya. Atas usaha keras dan semangat tidak berputus asa, beliau berjaya menyediakan kelengkapan penstriman canggih beliau sendiri.

 

Nicky Shane shares what her day is like
Nicky Shane shares what her day is like

"Pada dasarnya saya seorang pemasar digital pada siang hari. Kemudian, saya memutuskan untuk mengusahakan dan memasarkan makanan ringan saya sendiri dan mula bersiaran melalui Bigo Live pada waktu malam."

"Kerja bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Kita harus mencari keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Kadang kala, apabila kita menukar hobi kita menjadi kerjaya kita, kita boleh menjana pendapatan daripadanya," kata Nicky.

"Ketika ini, saya masih menumpukan waktu siang saya terhadap kerjaya utama saya sebagai pemasar digital, mengusahakan perniagaan kecil saya selepas itu dan bersiaran di Bigo Live pada sebelah malam untuk menjana sedikit pendapatan tambahan"

Nicky Shane (goes by: Nicky), a well-known Bigo Live streamer was recently interviewed by Bigo Live Malaysia. Nicky works 3 jobs every single day tirelessly to achieve her dreams. Talk about harvesting great energy!
Nicky Shane (goes by: Nicky), a well-known Bigo Live streamer was recently interviewed by Bigo Live Malaysia. Nicky works 3 jobs every single day tirelessly to achieve her dreams. Talk about harvesting great energy!

Beliau mendapat tahu mengenai strim langsung semasa PKP 2.0 pada bulan Oktober tahun lalu apabila beliau hanya duduk di rumah, kata beliau kepada Bigo Live Malaysia. Ketika itulah beliau bersiaran secara langsung.

"Selain daripada dapat berseronok apabila bersiaran secara langsung, saya dapat bertemu ramai kawan dalam talian dan telah dapat memperluas rangkaian saya dengan besar," menurut Nicky.

Walaupun dengan jadual beliau yang sangat padat, Nicky masih dapat mencuri masa untuk menukar bilik beliau menjadi studio Rakaman-langsung yang canggih. Hasil akhirnya? Ia kelihatan sangat profesional.

"Saya melabur dengan mengubah ruang strim langsung saya dengan menambah baik persediaan termasuk membeli lampu neon baharu, lampu LED automatik sepenuhnya, kerusi permainan digital (gaming), antara muka audio, sistem bunyi, malah sistem rumah pintar yang dikawal oleh suara."

Nicky single-handedly transformed her streaming space to a fully functional one. She even live-streamed the entire process and her fans were wowed by it!
Nicky single-handedly transformed her streaming space to a fully functional one. She even live-streamed the entire process and her fans were wowed by it!

Selain berkongsi pandangan beliau dan perkara-perkara kecil yang terjadi dalam kehidupan beliau, Nicky juga menyanyi, memasak dan berbual bersama peminat beliau. Bermula daripada siaran langsung pertama beliau pada tahun 2020 hingga kini, Nicky telah mengumpul lebih 20,000 pengikut di Bigo Live. Beliau juga mendapat lebih 12,000 peminat di media sosial beliau.

Nicky on stream on Bigo Live!
Nicky on stream on Bigo Live!

"Selagi mana anda bersedia memberi peluang kepada diri anda dan sentiasa melakukan yang terbaik, anda akan memperoleh manfaatnya," kongsi Nicky yang sangat berfikiran positif.

Sejak temu bual Nicky mula disiarkan secara dalam talian pada Selasa lalu, ia telah menerima lebih 130 ribu tontonan dan begitu banyak komen positif dalam tempoh seminggu di laman rasmi Bigo Live Malaysia.

Untuk perkembangan terkini mengenai Bigo Live Malaysia, nantikan di laman peminat rasmi.

FB: https://fb.watch/61Pi-c9plM/
IG: https://www.instagram.com/tv/CP23shWpiZ6/?utm_source=ig_web_copy_link 
Muat Turun: http://bigolive.onelink.me/sG8X/SNSMY

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial strim langsung yang berkembang paling pesat di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran bagi industri strim langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media