omniture

Dataiku Dilancar dalam AWS Marketplace

Dataiku
2021-06-23 15:22 38

Pelanggan AWS di seluruh dunia kini mendapat akses ke Dataiku, memberi cara yang mudah kepada syarikat-syarikat bersaiz besar dan kecil untuk memanfaatkan kuasa AI

NEW YORK, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dataiku, platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia boleh didapati dalam AWS Marketplace, katalog digital dengan beribu-ribu penyenaraian perisian daripada vendor perisian bebas yang menjadikannya mudah untuk mencari, menguji, membeli dan menggunakan perisian yang berfungsi di Amazon Web Services, Inc. (AWS). Ketersediaan ini membuka peluang kepada pelanggan AWS untuk memanfaatkan antara muka visual Dataiku yang mudah digunakan untuk membina saluran data, mempersiapkan data serta membina dan menggunakan model pembelajaran mesin di awan mereka.

Sesiapa sahaja yang memiliki akaun AWS kini boleh membeli Dataiku—peneraju bagi AI perusahaan dan penyokong pengkomputeran awan elastik—melalui akaun AWS mereka hanya dengan beberapa klik, yang dapat menghapuskan halangan kontrak baharu atau kerumitan berkaitan undang-undang apabila memulakan perjalanan mereka menuju AI perusahaan secara meluas.

"Kami percaya bahawa setiap syarikat, tidak kira sebesar atau sekecil manapun, boleh mendapat manfaat daripada produk AI/ML seperti produk kami – pelancaran dalam AWS Marketplace hanya menjadikannya lebih mudah," kata Florian Douetteau, Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku. "Kini, lebih banyak organisasi akan dapat memanfaatkan AI untuk mengautomasikan proses perniagaan penting, membolehkan pelanggan membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih pantas serta menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik."

Pelanggan yang menggunakan Dataiku melalui AWS mempunyai akses lancar ke data yang disimpan di AWS dengan akses baca dan tulis ke Amazon Simple Storage Service (Amazon S3) dan perkhidmatan SQL terurus. Akses ini membolehkan pengguna untuk menskalakan saluran data dan proses pembelajaran mesin secara mudah dengan memanfaatkan kluster pengkomputeran seperti Amazon EMR dan Amazon Elastic Kubernetes Service (Amazon EKS), sama ada melalui komponen visual atau bahasa pengekodan pilihan; menghubungkan, memvisualisasikan, mentransformasikan dan menganalisis set data menggunakan Amazon Redshift dengan resipi visual atau kod SQL tersuai; dan membina, menggunakan dan mengurus model serta titik akhir Amazon SageMaker secara kolaboratif daripada Dataiku. Pelanggan juga boleh memanfaatkan AWS Machine Learning Services dengan mudah untuk memasukkan visi komputer atau analitik teks dengan lancar ke dalam projek-projek Dataiku mereka.

Seni bina tolak-turun dan integrasi elastik Dataiku memanfaatkan sumber pengkomputeran awan natif untuk menolak turun kerja ke sumber pengkomputeran awan seperti Spark serta Kubernetes dan juga meningkatkan dan menurunkan kelajuan sumber pengkomputeran secara automatik untuk persediaan data, pembinaan model dan tugas penskoran model yang diatur di Dataiku agar pelanggan hanya membayar apa yang mereka perlukan.

AWS Marketplace ialah katalog digital dirancang dengan teliti yang membolehkan pelanggan mencari, membeli, menggunakan dan mengurus perusahaan, data dan perkhidmatan pihak ketiga. Ia termasuk beribu-ribu penyenaraian perisian dan memudahkan pelesenan serta perolehan perisian dengan pilihan harga yang fleksibel dan juga pelbagai kaedah penggunaan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Dataiku dalam AWS Marketplace di sini.

Latar Belakang Dataiku 

Dataiku ialah salah satu platform AI dan pembelajaran mesin yang terkemuka di dunia, menyokong ketangkasan dalam usaha data organisasi melalui AI yang bersifat kolaboratif, elastik dan bertanggungjawab, kesemuanya pada skala perusahaan. Beratus-ratus syarikat menggunakan Dataiku untuk menyokong operasi perniagaan penting mereka dan memastikan agar mereka kekal relevan dalam dunia yang berubah-ubah, termasuk model yang mendorong pengesanan penipuan, pencegahan pulangan pelanggan, penyelenggaraan prediktif, pengoptimuman rantaian bekalan dan banyak lagi. Dataiku dibina untuk syarikat-syarikat yang ingin mendemokrasikan AI dalam seluruh organisasi mereka, membawa ketangkasan dan kesiapsiagaan kepada perniagaan melalui penggunaan data oleh semua individu bermula daripada penganalisis hinggalah saintis data.

Source: Dataiku
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications New products/services