omniture

TMRW by UOB Terus Menerajui dalam Perbankan Digital dengan Pengiktirafan International Finance sebagai Bank Digital Terbaik di Indonesia dan Thailand

Bank digital pertama ASEAN untuk generasi digital diterima baik oleh pelanggan dan industri, memenangi lebih 30 anugerah dalam tempoh dua tahun
United Overseas Bank
2021-06-23 15:29 59

SINGAPURA, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- TMRW by UOB telah menerima anugerah bank digital terbaik di Indonesia dan Thailand di International Finance Awards 2021, justeru menambah kepada senarai semakin meningkat bank digital tersebut dengan 33 anugerah sejak dua tahun yang lalu. Anugerah tersebut dianjurkan oleh International Finance, terbitan perniagaan dan kewangan antarabangsa yang dibaca oleh para eksekutif peringkat tertinggi dan pembuat keputusan penting dalam pasaran utama di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin.

Tumpuan berterusan TMRW untuk meningkatkan penglibatan pelanggan, yang diterapkan dalam strategi pertumbuhan serta pengalaman pelanggan, telah membezakannya dalam bidang yang dipenuhi syarikat perbankan digital lain di Indonesia dan Thailand. Dalam tempoh hanya lebih sedikit dari dua tahun sejak TMRW dilancarkan di Thailand pada Mac 2019, dan hanya 10 bulan selepas pelancarannya di Indonesia pada Ogos 2020, TMRW berjaya mencapai keputusan mantap dalam mengembangkan francais pelanggan serantau UOB. Sehingga akhir Mac 2021, satu dalam lima daripada jumlah pelanggan perbankan runcit UOB di Thailand dan Indonesia merupakan pelanggan TMRW.

Encik Kevin Lam, Ketua TMRW Digital Group dan UOB Digital, UOB berkata, "Sebagai bank pencabar di Indonesia dan Thailand, matlamat kami setiap hari adalah untuk terus menyediakan pengalaman perbankan yang mudah, menarik dan telus kepada pelanggan kami, sesuatu yang mereka sudah jangkakan dari TMRW. Kami amat berbesar hati dan gembira kerana usaha kami diiktiraf sebagai yang terbaik oleh panel hakim global International Finance Award di dua pasaran di mana TMRW beroperasi."

Memandangkan bahawa TMRW sendiri menetapkan tanda aras terhadap pengalaman dan kepuasan pelanggan, skor promoter bersih (NPS) merupakan salah satu metrik prestasi utama yang digunakan oleh bank digital. Di Indonesia, TMRW secara konsistennya mencapai NPS lebih daripada 50. Di Thailand, NPS bank digital tersebut merupakan yang pertama bagi bank asing dan kedua secara keseluruhan di dalam negara pada skor 43. NPS adalah metrik saksama yang digunakan oleh industri untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan dan sejauh mana mereka akan mengesyorkan TMRW kepada pihak lain.

Apabila semakin ramai pelanggan mengesyorkan TMRW kepada keluarga dan rakan mereka, ini membolehkan bank digital tersebut menikmati kos pemerolehan yang lebih rendah sambil berkembang secara organik. Bagi meningkatkan kecekapan kos, TMRW turut memberi tumpuan kepada pengembangan ekosistem perkongsian strategiknya untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian tersuai yang dipacu data kepada pelanggan dalam semua aspek kehidupan mereka. Asas pelanggan TMRW telah meningkat 16 peratus pada suku pertama tahun 2021 berbanding dengan suku sebelumnya. Kos pemerolehan bank digital juga menurun 44 peratus dalam tempoh yang sama.

"Apabila kami memasuki fasa kedua perjalanan pertumbuhan kami, kami menyalurkan penjimatan kos ini ke arah usaha penskalaan dan pengkomersialan di seluruh ASEAN. Tumpuan kami kekal untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dengan setiap interaksi. Ini akan dilakukan melalui peningkatan dalam penyelesaian progresif kami bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan selain mengembangkan perkongsian strategik kami di rantau ini bagi memenuhi keperluan gaya hidup mereka. Kami juga akan terus memanfaatkan model perniagaan padu kami dengan berkongsi keupayaan merentasi kumpulan UOB. Di samping itu, kami akan bekerjasama dengan firma teknologi kewangan yang sealiran supaya kekal tangkas selain menjangkaui batasan inovasi perbankan demi pelanggan kami dengan cara yang menjimatkan kos," kata Encik Lam.

Latar Belakang UOB

United Overseas Bank Limited (UOB) adalah sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global yang terdiri daripada lebih 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa pengambilalihan strategik. UOB menerima penarafan di antara bank terkemuka dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- oleh Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi di ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankannya di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta pejabat cawangan dan perwakilan di seluruh rantau. 

Selama lebih lapan dekad, kakitangan UOB telah mengamalkan semangat keusahawanan, dengan menumpu pada pewujudan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan apa yang tepat untuk pelanggan dan kakitangan kami.

Kami merupakan pembekal perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited untuk melakukan perbezaan dalam kehidupan pemegang berkepentingan kami dan juga dalam komuniti di mana kami beroperasi. Sama seperti dedikasi kami untuk membantu pelanggan kami menguruskan kewangan secara bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB berpegang teguh dalam sokongan kami terhadap pembangunan sosial, terutamanya dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Source: United Overseas Bank
Related Stocks:
OTC:UOVEY Singapore:U11
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards