omniture

CGTN: Apa erti falsafah berpusatkan rakyat buat China?

CGTN
2021-06-23 19:19 1247

BEIJING, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Dalam perjuangan China memerangi COVID-19, lebih daripada 39 juta anggota Parti Komunis China (CPC) memerangi virus tersebut di barisan hadapan sementara lebih 13 juta sukarelawan memberi khidmat mereka di peringkat komuniti. Hampir 400 daripada mereka mengorbankan nyawa mereka dalam usaha menyelamatkan orang lain.

Bersatu sebagai sebuah negara dan berazam untuk menyelamatkan setiap nyawa walau dengan apa cara sekalipun, China telah menjadi salah sebuah negara yang paling berjaya dalam membendung virus tersebut.

Ini merupakan satu contoh jelas yang menunjukkan komitmen China terhadap falsafah bertumpukan rakyat.

Berakar umbi dalam sejarah

Berpegang teguh kepada falsafah bertumpukan rakyat menjadi kunci kejayaan CPC sejak 100 tahun yang lalu. Daripada 57 anggota yang diwakili oleh 13 timbalan di Kongres Kebangsaan pertama pada tahun 1921, CPC berkembang menjadi entiti 91 juta ahli mantap yang mentadbir sebuah negara yang mempunyai 1.4 bilion orang penduduk.

Meletakkan asas sosialisme dengan ciri-ciri Cina, CPC memimpin China untuk mengatasi halangan di laluan pembangunannya, membantunya berdikari dan berkembang lebih kuat sehingga akhirnya ia menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia.

"Rakyat merupakan pencipta sejarah. Mereka merupakan kekuatan asas yang menentukan masa depan Parti kami dan negara ini," kata Presiden Cina Xi Jinping, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC.

Komitmen kepada dunia

Sedang COVID-19 terus mencengkam dunia, banyak negara telah mengehadkan eksport bijirin. Akibatnya, jumlah penduduk yang menghadapi masalah ketidakcukupan makanan akut mencecah 155 juta tahun lalu, angka tertinggi sejak lima tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, China memainkan peranannya untuk memastikan keselamatan makanan global dengan mengurangkan import bijirin dan meningkatkan eksport gandum serta beras secara sederhana. Ia juga terus membantu negara-negara sedang membangun yang lain dalam kerangka kerjasama Selatan-Selatan.

Di peringkat domestik, China mencapai sasaran pembasmian kemiskinannya menjelang penghujung tahun 2020, membebaskan hampir 100 juta orang daripada belenggu kemiskinan sejak lapan tahun yang lalu.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, China merancang untuk mengambil beberapa langkah seperti meningkatkan pendapatan rakyat, meningkatkan peluang pekerjaan dan membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi.

"Memastikan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang bahagia merupakan matlamat utama daripada kesemua usaha kami dan merupakan satu manifestasi penting terhadap tujuan asas Parti kami iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati," kata Xi.

Xi sentiasa menggesa anggota-anggota CPC untuk berpegang teguh kepada misi penubuhan Parti iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.

https://news.cgtn.com/news/2021-05-12/What-does-a-people-centric-philosophy-mean-for-China--10bpBSe50hG/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television