omniture

Solis diiktiraf seluruh dunia terima meterai "Jenama PV Terunggul 2021" untuk penyongsang di 8 negara merentas 5 benua

Ginlong Solis
2021-06-23 20:31 164

NINGBO, China, 23 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Solis telah diiktiraf dengan meterai Top PV Brand 2021 (Jenama PV Terunggul 2021) untuk penyongsang di AS, Brazil, Colombia, Mexico, Pakistan, Afrika Selatan, Belanda dan India. Pengiktirafan ini adalah berdasarkan keputusan tinjauan antara pemasang-pemasang solar dalam pasaran-pasaran berkenaan yang dijalankan oleh EUPD Research, sebuah institusi penyelidikan ekonomi dan pasaran di Bonn, Jerman.

Semasa peringkat pengumpulan data "Pemantauan Pemasang PV Global 2020/2021", EUPD Research menemu bual syarikat-syarikat dalam sektor solar mengenai tabiat pembelian mereka, jenama-jenama yang kerap digunakan oleh mereka dan pembolehubah penting yang lain. Hasilnya, jenama Solis mencapai keputusan yang cemerlang dari segi keutamaan pelanggan, kesedaran jenama, kepuasan dan pengesyoran jenama. Lantaran maklum balas positif berkenaan, Solis menerima pencalonan Jenama PV Terunggul bagi tahun 2021.

"Walaupun perubahan iklim merupakan tugas global untuk umat manusia, peralihan tenaga berlaku di setiap rantau di seluruh dunia. Sebagai pengeluar penyongsang global, Solis telahpun menempatkan kedudukannya dengan cemerlang di pelbagai wilayah di serata dunia dan berupaya meyakinkan pelanggan dengan produknya. Meterai PV Jenama Terunggul, sebagai suara pemasang, merupakan bukti yang mengagumkan terhadap usaha cemerlang ke arah peralihan tenaga." Markus A.W. Hoehner, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif EuPD Research Sustainable Management GmbH.

"Solis memiliki reputasi yang mantap di seluruh Eropah dan kami berasa gembira kerana diiktiraf untuk menerima anugerah ini buat tahun keenam berturut-turut bersama EUPD Research. Selama lebih 15 tahun, Solis memberi tumpuan untuk mereka bentuk dan mengeluarkan penyongsang rentetan yang berkualiti tinggi dan hakikat bahawa pemasang mengundi jenama kami tahun demi tahun mengukuhkan lagi kualiti produk dan tahap perkhidmatan kami. Penawaran penyongsang rentetan daripada 0.7kW hingga 255kW selain penyongsang hibrid fasa tunggal dan tiga fasa untuk penyimpanan bateri, kami tidak sabar-sabar menantikan masa depan tenaga solar di seluruh Eropah," kata Sandy Woodward, Pengarah Jualan Eropah di Solis.

Anugerah tersebut adalah berdasarkan "Pemantauan Pemasang PV Global", satu kaji selidik tahunan terhadap pemasang PV di seluruh dunia dan dianugerahkan kepada pengeluar modul, penyongsang dan simpanan tenaga serta pemborong. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah PV Jenama Terunggul Solis 2021, sila kunjungi www.solisinverters.com.

Solis, membangunkan teknologi untuk memperkasa dunia dengan tenaga bersih.

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Source: Ginlong Solis
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards