omniture

Terkenal di China, TANK GWM Bakal Diperkenal Julung Kali dalam Pasaran Global

GWM
2021-06-24 07:53 196

BAODING, China, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- TANK, jenama GWM kelima terbesar, telah menggamit perhatian yang luas sejak menjadi jenama bebas. SUV TANK 300 luar-jalan mewah yang pintar telah menjadi kenderaan yang laris terjual sejak pelancarannya, mencipta rekod dengan lebih daripada 10,000 pesanan semasa prajualan tidak lama lagi, sementara kenderaan luar-jalan Edisi Terhad 300 Monet yang diperkenalkan oleh GWM antara kenderaan luar-jalan TANK 300 biasa telah habis dijual dalam tempoh lima minit. Memandangkan TANK 300 popular dalam pasaran Cina, keadaan sukar utuk membeli sebuah kenderaan berkenaan dikenali sebagai "Fenomena TANK".

Sebagai kenderaan popular dalam pasaran auto Cina dengan prestasi pasaran yang hebat, "Fenomena TANK" TANK 300 terus berkembang pesat. GWM telah meningkatkan kapasiti pengeluaran TANK 300 bagi memendekkan kitaran penghantaran kereta. Apabila memulakan semula prajualan TANK 300 pada 19 April, GWM menerima 5,000 pesanan hanya dalam tempoh 3 jam. Ekoran jumlah pesanan yang sangat banyak khususnya untuk versi utama TANK 300, pelanggan perlu menempah satu setengah tahun lebih awal bagi tujuan pembelian sebenar kereta tersebut. Dalam segmen SUV kenderaan luar-jalan Cina, TANK 300 mempunyai gabungan bahagian pasaran sebanyak lebih 50%.

Terkenal di China, TANK GWM Bakal Diperkenal Julung Kali dalam Pasaran Global
Terkenal di China, TANK GWM Bakal Diperkenal Julung Kali dalam Pasaran Global

Sebagai jenama kenderaan luar-jalan mewah bertaraf global GWM, TANK menampilkan keupayaan luar-jalan terunggul dan integrasi antara kemewahan dan keselesaan. Ia mewujudkan kategori baharu "SUV luar-jalan menarik-menyeronokkan" dalam pasaran. Dibangunkan pada platform kenderaan luar-jalan pintar profesional GWM TANK, produk jualan terlaris jenama ini TANK 300 memiliki prestasi yang mantap sebagaimana produk TANK yang lain. Dilengkapi dengan sistem rangkaian kuasa enjin suntikan-terus dengan pengecas turbo 2.0T dan kotak gear ZF 8AT serta memaparkan fungsi-fungsi seperti sistem kawalan semua rupa bumi, mod putaran dan rayapan TANK, yang mana kesemuanya unik antara tahap produk yang sama, TANK 300 dapat memenuhi keperluan berulang alik pelanggan di bandar-bandar mahupun mengembara di kawasan desa yang terbentang. Sementara itu, kabin mewah bahan-premiumnya dan sistem pemanduan pintar dengan akses ke Internet memberi pengalaman memandu yang pintar dan selesa kepada pemandu. Tambahan pula, TANK 800 unggulan komersial mewah GWM turut menawarkan pengalaman memandu yang terbaik kepada pemandu dengan reka bentuknya yang indah, bahan bergred tinggi, teknik dengan kejituan tinggi, kabin gaya komersial bersaiz penuh dan sistem pintar yang canggih. Ia memiliki kecekapan bahan api yang lebih cemerlang selepas menerima pakai enjin 3.0T V6 sebagai rangkaian kuasa terasnya dan kotak gear 9AT yang dibangunkan oleh GWM sebagai sistem gearnya. TANK 700, sebagai wakil dalam siri teknologi meka GWM, direka bentuk dengan cesi rangka-tangga dan turut menambah ampaian bebas empat roda serta ampaian udara untuk menjadikan pemanduan lebih selesa. Produk ini mengintegrasikan bahagian luar gaya-meka yang unik dan lasak serta bahagian dalam yang mewah dan selesa bagi menghasilkan kontras yang menarik.

Pada masa akan datang, GWM akan terus memperkayakan portfolio produk kenderaan luar-jalan mewah TANK dan berusaha untuk merangkumkan SUV luar-jalan mewah bermula daripada kenderaan kompak hinggalah kenderaan bersaiz penuh. Bertapak kukuh dalam pasaran Cina, siri TANK dijangka untuk berkembang pantas ke pasaran global bagi menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada pengguna global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Sales reports