omniture

Coway Teruskan Inisiatif ESG demi Masa Depan Lestari

Coway Co., Ltd.
2021-06-24 08:27 135

SEOUL, Korea Selatan, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd. mengumumkan komitmennya terhadap persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar dengan matlamat keneutralan karbon 2050 Korea Selatan.

Sebagai syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, Coway berjanji untuk mengikuti rangka kerja ESG yang akan meminimumkan impak operasi perniagaannya sejak tahun 2006. Ketika ini, syarikat telah melaksanakan pelbagai inisiatif ini.

Komitmen Berterusan terhadap Kelestarian Alam Sekitar

Coway mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak separuh berbanding parasnya pada tahun 2020 menjelang tahun 2030. Dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang, syarikat ini merancang untuk beroperasi menggunakan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui dan mencapai neutral karbon sepenuhnya menjelang tahun 2050.

Coway telahpun menggunakan kuasa solar dalam tiga buah kilang dan sebuah pusat pengedaran. Ia merancang untuk membuat lebih banyak pelaburan ke arah menjana kuasa solar dan mengimbangi emisi GHG melalui tenaga boleh diperbaharui.

Syarikat ini juga berusaha untuk melangkah ke arah ekonomi pusingan dengan kitaran memulihkan, menggunakan semula dan mengitar semula sumber terpakai. Matlamatnya adalah untuk mencapai 100 peratus kadar kitar semula bahan buangan, 100 peratus kadar pemulihan sumber sisa industri dan 20,000 jualan produk diubah suai menjelang tahun 2030.

Coway memperkenalkan sistem pengubahsuaian kepada industri sewaan perkakas rumah pada tahun 2007, yang mempunyai pelbagai faedah. Ia dapat mengurangkan kos pelupusan sampah untuk syarikat, mencipta produk berharga lebih rendah untuk pelanggan dan kurang memberi impak ke atas ekonomi.

Matlamatnya adalah untuk memiliki proses pembangunan produk yang mesra alam sepenuhnya.

Pengiktirafan Inisiatif ESG Coway dan Pendedahan Telus

Hasil daripada usaha yang berterusan ini, Coway dinamakan dalam DJSI World Index (Dow Jones Sustainability World Index) 2020 yang berprestij buat tahun kelima berturut-turut bagi menjadi satu-satunya syarikat Korea yang disenaraikan dalam kategori barang tahan lama isi rumah. Penarafan DJSI menunjukkan bahawa amalan kemampanan Coway tersenarai antara 15 peratus terbaik daripada 2,500 syarikat terbesar dalam S&P Global BMI (Broad Market Index), lalu membuktikan daya saingnya yang bertaraf dunia dalam kemampanan korporat.

Syarikat ini juga telah disenaraikan selama lapan tahun berturut-turut dalam DJSI Asia-Pacific Index dan tiga tahun berturut-turut dalam DJSI Korea Index.

Korea Corporate Governance Service (KCGS) turut menganugerahkan gred 'A' kepada Coway bagi Penarafan ESG 2020 atas prestasinya yang cemerlang. KCGS mengukur penarafan ESG bagi syarikat-syarikat dan institusi-institusi kewangan yang disenaraikan di Korea setiap tahun.

Di samping itu, Coway komited terhadap ketelusan dan terus menerbitkan butiran mengenai kemajuan persekitaran dan sosialnya dalam "Laporan Kemampanan" tahunan sejak tahun 2006. Syarikat ini turut menerbitkan "Laporan Karbon" dan mendedahkan maklumat secara terbuka kepada pelabur dan pengguna melalui Projek Pendedahan Karbon tahunan.

"Komitmen Coway terhadap masa depan yang lestari melalui pelbagai usaha telah berterusan selama lebih daripada sedekad lamanya. Kami akan terus berusaha secara bersepadu bagi memenuhi tanggungjawab kami terhadap persekitaran, masyarakat dan tadbir urus serta memaklumkan mengenai tahap perkembangan kami dengan telus," kata seorang pegawai syarikat.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi http://sustainability.coway.co.kr/

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia dan Vietnam, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

Source: Coway Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Utilities Conservation/Recycling