omniture

Tetra Pak Malaysia seru lebih ramai wanita sertai industri makanan dan minuman

Sempena Hari Wanita dalam Kejuruteraan Antarabangsa (INWED), Tetra Pak tekankan keperluan untuk meningkatkan kepelbagaian kakitangan dalam bidang pengeluaran Makanan dan Minuman (F&B) untuk menangani beberapa isu penting yang dihadapi oleh sektor ini termasuk keselamatan makanan, bekalan makanan, dan kelestarian.
Tetra Pak Malaysia
2021-06-24 14:50 58

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Tetra Pak mengenal pasti peluang bagi lebih ramai wanita menyertai industri pengeluaran F&B, untuk meningkatkan kepelbagaian dan mencetus perubahan yang bermaknaPelbagai jenis kemahiran diperlukan untuk meningkatkan inovasi dalam industri pembungkusan makanan, daripada kejuruteraan mekanikal dan automasi kepada mikrobiologi dan sains makanan. Menurut laporan Jurang Jantina oleh Forum Ekonomi Dunia, wanita hanya meliputi satu pertiga daripada sektor pembuatan, dan di peringkat eksekutif kanan, bilangan mereka hanya merangkumi 21%

"Tema Hari Wanita Dalam Kejuruteraan Antarabangsa (INWED) pada tahun ini, iaitu #EngineeringHeroes (Wira Kejuruteraan) memang bersesuaian. Sistem makanan global kita menghadapi pelbagai cabaran – dari segi perubahan iklim, keselamatan makanan, kebersihan, dan pengedaran. Sesungguhnya Pandemik Covid-19 telah mengetengahkan isu-isu penting berkenaan alam sekitar dan betapa pentingnya keselamatan dan bekalan makanan. Kita memerlukan semua pihak untuk bersama-sama menangani cabaran yang semakin besar ini," kata Michael Wu, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia. 

"Jurutera Proses Kanan Tetra Pak, Wong Oi Lee berkata pasukan yang dianggotai lelaki dan wanita mengimbangi  kemahiran insaniah dan kemahiran fizikal, kematangan emosi dan keupayaan.”
"Jurutera Proses Kanan Tetra Pak, Wong Oi Lee berkata pasukan yang dianggotai lelaki dan wanita mengimbangi kemahiran insaniah dan kemahiran fizikal, kematangan emosi dan keupayaan.”

Jurutera Proses Kanan Tetra Pak Malaysia Wong Oi Lee, berkata: "Saya melihat peluang untuk lebih ramai wanita turut serta sebagai jurutera dalam industri pengeluaran F&B untuk membawakan kesan yang bermakna. Dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki, pasukan yang dianggotai oleh lelaki dan wanita mengimbangi kemahiran insaniah dan kemahiran fizikal, kematangan emosi dan keupayaan. Tugas saya ialah untuk mereka bentuk barisan pemprosesan pelanggan kami untuk membantu mereka mengeluarkan dan membungkus produk makanan yang selamat, bersih dan berkhasiat. Amanah yang dipegang ini melibatkan kerjasama sepasukan untuk menepati tarikh akhir dan belanjawan yang ditetapkan sepanjang kitaran hayat projek, daripada bangunan atau tanah kosong kepada kilang yang dilengkapi dengan peralatan. Menyiapkan kerja sebelum tarikh akhir yang ditetapkan memang mencabar. Oleh yang demikian, pasukan dengan latar belakang terpelbagai pasti membantu." 

NurLiyana Salehuddin Tan menyertai Tetra Pak Malaysia enam tahun lepas sebagai Jurutera Perkhidmatan Lapangan wanita pertama selepas dua tahun menyenggarakan peralatan dan mesin, menyelesaikan masalah dan memasang kit dan peralatan baharu, beliau kemudian beralih kepada tugas semasanya sebagai Pakar Prestasi Sistem Kluster.

"Pakar Prestasi Sistem Kluster Tetra Pak, NurLiyana Salehuddin Tan menggalakkan wanita dalam STEM agar yakin terhadap keupayaan dan kemahiran unik mereka yang boleh dimanfaatkan pasukan."
"Pakar Prestasi Sistem Kluster Tetra Pak, NurLiyana Salehuddin Tan menggalakkan wanita dalam STEM agar yakin terhadap keupayaan dan kemahiran unik mereka yang boleh dimanfaatkan pasukan."

"Sebagai pakar dalam bidang ini, saya bekerjasama rapat dengan pasukan dalaman dan pelanggan kami untuk memastikan bahawa kilang pengeluaran F&B masing-masing berfungsi pada tahap yang optimum.  Dalam tugas ini, saya bantu mengkaji prestasi kilang atau peralatan, menganalisis data, melakukan kajian penanda aras, mengenal pasti jurang, menyediakan penyelesaian penambahbaikan dan menjalankan penilaian prestasi. Revolusi perindustrian keempat, Industri 4.0 membuka peluang yang besar bagi industri pengeluaran F&B, termasuk meningkatkan pengawasan keselamatan makanan, produktiviti, jaminan kualiti dan keupayaan untuk menguruskan rantaian bekalan yang rumit. Sebagai pakar prestasi wanita, saya berpeluang untuk melakukan perubahan yang bermakna dalam usaha memenuhi janji kami untuk 'Melindungi Yang Baik' (Protect What's Good) dan memastikan makanan adalah selamat dan boleh didapati di mana-mana. Saya menyeru agar semua wanita muda dengan kelayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mempertimbangkan kerjaya dalam industri F&B."

Apabila ditanya apakah kata-kata semangat yang boleh diberikan kepada pelajar STEM dan jurutera wanita berbakat lain yang berminat dalam bidang ini, berikut adalah nasihat yang diberikan oleh Oi Lee dan NurLiyana 

"Penglibatan dalam industri pengeluaran dan kejuruteraan F&B memberi saya peluang untuk mengendalikan teknologi matang, dan pada masa yang sama membolehkan saya mempelopori pembangunan baharu. Tidak kira apa minat anda, pasti ada cabang kejuruteraan yang sesuai untuk anda," kata Oi Lee. 

"Sebagai seorang wanita dalam bidang yang dikuasai oleh lelaki, anda perlu yakin terhadap keupayaan dan kemahiran unik anda yang boleh dimanfaatkan oleh pasukan. Anda patut berbangga dan menyerlahkan diri!" kata NurLiyana. 

Michael Wu, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina, dan Indonesia, mengulas, "Kejayaan syarikat bergantung bukan sahaja kepada kewibawaan kakitangannya, tetapi juga kepelbagaian di dalam organisasi. Di Tetra Pak, kami mempunyai beberapa pemimpin wanita yang memainkan penting dalam perniagaan, daripada bahagian Automasi dan Digital kepada Bahan dan Pembungkusan. Bagaimanapun, masih banyak yang boleh kami lakukan. Industri pengeluaran F&B lazimnya bukan pilihan kerjaya menarik kerana stereotaip bahawa sektor ini kebanyakannya dikuasai lelaki. Buat masa ini, terdapat peluang keemasan untuk meningkatkan kepelbagaian kakitangan dan menggalakkan wanita yang bersemangat kental untuk merintis jalan dan mencorakkan dunia dan melindungi rantaian bekalan kita demi manfaat generasi akan datang."

Tetra Pak menyokong Hari Wanita Dalam Kejuruteraan (INWED), 23 Jun, sebuah inisiatif antarabangsa meraikan kerjaya dan pencapaian jurutera wanita. Sambutan ini mewujudkan peluang yang penting untuk meningkatkan profil wanita dalam inovasi dan memaparkan pelbagai peluang kerjaya yang ada. Sempena Hari Kejuruteraan Wanita Antarabangsa (INWED), Tetra Pak telah menerbitkan brosur "Voices of Innovation" (Suara Inovasi)Brosur ini mengetengahkan kakitangan wanita di seluruh dunia dalam peranan dan latar belakang berbeza, membincangkan cara mereka membantu menjamin rantaian bekalan makanan global.

Source: Tetra Pak Malaysia
Related Links:
Keywords: Beverages Computer/Electronics Food/Beverages Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)