omniture

CGTN: Perbualan angkasawan Cina dengan Bumi dari angkasa

CGTN
2021-06-25 01:06 1344

BEIJING, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Tiga orang angkasawan Cina, di modul teras stesen angkasa China sejak 17 Jun lalu, membuat panggilan telefon jarak jauh pertama mereka dengan Bumi pada hari Rabu.

Nie Haisheng (56), Liu Boming (54) dan Tang Hongbo (45) kini ditempatkan di modul teras Tianhe, kira-kira 380 kilometer di atas paras Bumi. Ini menandakan misi angkasa lepas berawak China paling lama setakat ini dan yang pertama sejak tahun 2016.

Pada hari Rabu, Presiden Cina Xi Jinping menyampaikan ucapan salam kepada tiga orang pesawat berkenaan melalui pautan video, mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka memasuki ke stesen sekali gus mengucapkan terima kasih atas usaha mereka.

"Bagaimana kehidupan di sana," tanya Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, kepada tiga orang angkasawan tersebut mengenai kesihatan, kehidupan dan tugas mereka yang mana kaki mereka diikat buat sementara waktu di lantai modul semasa perbualan tersebut lantaran keadaan graviti sifar di luar angkasa.

"Terima kasih atas keprihatinan tuan, setiausaha agung! Kami berada dalam keadaan fizikal yang sangat baik dan tugas angkasa lepas kami berjalan lancar," kata Nie, komander misi berkenaan.

Xi memuji misi angkasa lepas China

"Pembinaan sebuah stesen angkasa merupakan satu pencapaian penting untuk usaha penerbangan angkasa lepas China," kata Xi menerusi satu perbualan di televisyen.

"Ini akan menjadi sumbangan yang membuka penerokaan baharu untuk penggunaan ruang angkasa secara aman oleh umat manusia. Anda merupakan wakil-wakil daripada pejuang yang tidak terkira banyaknya dalam era baharu usaha penerbangan angkasa lepas China," kata beliau.

Setakat ini, tempoh paling lama angkasawan-angkasawan Cina ini berada di angkasa adalah selama 33 hari.

"Dalam misi-misi terdahulu, kami menghantar air dan oksigen ke angkasa bersama-sama angkasawan. Namun begitu, bagi tempoh berada di angkasa selama tiga atau enam bulan, air dan oksigen akan memenuhi ruang kapal kargo dan tiada bilik untuk menyimpan barang dan bahan keperluan yang lain. Maka, kami memasang modul teras dengan sistem sokongan hayat baharu untuk mengitar semula urin, kondensat nafas yang dihembuskan (EBC) dan karbon dioksida," kata Bai Linhou, timbalan ketua perancang stesen angkasa lepas di China Academy of Space Technology (CAST) kepada Xinhua dalam satu temu bual sebelum ini.

Modul teras Tianhe, di tempat ketiga-tiga angkasawan ini kini ditempatkan, mempunyai jumlah panjang 16.6 meter, diameter maksimum 4.2 meter dan jisim pelancaran 22.5 tan. Ia merupakan pesawat angkasa terbesar yang dibangunkan dan dilancarkan oleh China.

Ia bakal membantu para jurutera aeroangkasa China melakukan pengesahan teknologi penting termasuk sayap solar fleksibel, pemasangan serta penyelenggaraan dalam-orbit dan paling penting ialah sistem sokongan hayat yang baharu.

Dengan lima misi pelancaran dilakukan tahun ini, China merancang enam lagi misi termasuk pelancaran modul makmal Wentian dan Mengtian, dua pesawat kargo dan dua kapal angkasa berawak pada tahun 2022 bagi menyempurnakan pembinaan stesen angkasa.

Pegawai-pegawai Cina berkata bahawa stesen angkasa baharu bukan sahaja untuk bangsa Cina, tetapi juga terbuka kepada dunia.

Angkasawan asing dan kerjasama global berhubung eksperimen saintifik amat dialu-alukan ke stesen angkasa China, Hao Chun, pengarah Pejabat Kejuruteraan Angkasa Berawak China, menyebut dalam satu temu bual dengan CGTN.

Perbualan angkasawan Cina dengan Bumi dari angkasa
https://news.cgtn.com/news/2021-06-23/Xi-Jinping-visits-Beijing-Aerospace-Control-Center-11jWnGtdHDW/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service