omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Kuaishou Su Hua: Kuaishou capai 1 bilion pengguna aktif bulanan global

Kuaishou Technology
2021-06-25 01:24 1354

BEIJING, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- China Media Group (CMG) dan Kuaishou mengadakan sidang akhbar bersama bagi mengumumkan secara rasminya perkongsian strategik video pendek berhubung Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Kini, Kuaishou memegang hak penyiaran rasmi untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Kuaishou merupakan platform video pendek dan siaran langsung pertama secara global yang akan menjadi penyiar rasmi Sukan Olimpik.

Su Hua, Ketua Pegawai Eksekutif Kuaishou Technology, menegaskan di sidang akhbar tersebut bahawa Kuaishou berpegang teguh kepada aspirasi awalnya untuk merakam dan berkongsi kisah kehidupan. Beliau turut menyatakan bahawa ia merupakan satu penghormatan buat Kuaishou kerana dapat mendokumentasikan dan menikmati Sukan Olimpik bersama semua pengguna. Sebagai perintis sejak tahun 2011, Kuaishou memberi peluang kepada pengguna internet seluruh dunia untuk merakam dan berkongsi kisah kehidupan mereka. Platform tersebut menyaksikan pertumbuhan dan pembangunan pelbagai aspek masyarakat dan secara beransur-ansur menjadi asas untuk platform media sosial zaman moden. Ketika ini, Kuaishou mempunyai 1 bilion pengguna aktif bulanan dari seluruh dunia. Orang ramai dari negara-negara berbeza dengan usia yang berbeza-beza dan pelbagai gaya hidup berpeluang untuk berinteraksi dan belajar daripada satu sama lain. Kuaishou dipilih kerana prinsip dan komunitinya selaras dengan semangat Sukan Olimpik.

Su turut menyebut bahawa pelbagai kerjasama Kuaishou yang membuahkan hasil dengan CMG membolehkan Kuaishou untuk meneroka cara baharu bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman penyertaan yang lebih mudah untuk acara-acara berskala besar. Sebagai contoh, perbarisan mula disiarkan secara langsung dari pelbagai sudut semasa sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang menghimpunkan lebih 1 bilion tontonan. Di samping itu, Gala Tahun Baharu 2020 CCTV menampilkan buat julung kalinya ciri interaktif baharu Kuaishou iaitu "video+suka." Ciri baharu ini mengumpulkan lebih 63.9 bilion interaksi - ditakrifkan sebagai komen pengguna dan penghantaran paket merah - malah mencatatkan rekod bilangan suka baharu untuk sebuah acara. Ciri berkenaan mempengaruhi pengguna untuk menonton Gala Tahun Baharu ketika ini di dua skrin bagi tujuan pengalaman yang ditingkatkan.

Kuaishou yakin dapat menyediakan siaran sukan berkualiti terbaik memandangkan platform tersebut merupakan tumpuan kepada komuniti sukan yang berkembang maju dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengacarakan siaran mengenai acara sukan utama. Menurut Su, terdapat hampir 50,000 pencipta kandungan sukan berkualiti tinggi dan 150 juta pengguna yang merupakan peminat sukan di Kuaishou. Ketika ini, kandungan sukan di Kuaishou meliputi sukan seperti bola sepak, bola keranjang, tinju, snuker, perlumbaan, sukan lasak dan sukan luar. Pada bulan Mac, Kuaishou malah turut menjadi rakan siaran langsung dan video pendek rasmi Chinese Basketball Association (CBA). Jumlah tontonan siaran langsung semasa musim 2020-2021 mencapai setinggi 810 juta dan meraih lebih 360 juta interaksi. Pengguna Kuaishou juga menggunakan semula kandungan daripada siaran langsung untuk mencipta kandungan mereka yang bermakna dan beraneka, menunjukkan acara yang sangat berjaya.

Bagi kerjasama Sukan Olimpik ini, Kuaishou mengumumkan rancangan untuk memanfaatkan keupayaan produk dan kepakaran teknologinya yang unik bagi menghasilkan beberapa ciri interaktif yang membolehkan pengguna mengambil bahagian secara maya sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Dalam masa yang sama, Kuaishou komited untuk memperbaiki kaedah promosi sukannya, meneroka sudut rakaman sukan yang berbeza dan memastikan liputan penuh kesemua acara. Kuaishou akan bekerjasama dengan CMG dengan harapan agar dapat menghasilkan pengalaman yang paling interaktif dengan liputan luas Sukan Olimpik dalam sejarah.

Source: Kuaishou Technology
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Telecommunications