omniture

Yili Kekal Jenama Paling Banyak Dipilih di China, Capai lebih 90% Isi Rumah untuk Enam Tahun Berturut-turut

Yili Group
2021-06-25 03:28 212

HOHHOT, China, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 16 Jun, Kantar Worldpanel mengeluarkan Laporan Jejak Jenama Asia (Asia Brand Footprint Report) 2021, satu kajian utama yang mendedahkan jenama-jenama yang paling digemari dan dibeli oleh pengguna di Asia. Tahun ini, Yili, dengan nisbah penembusan jenama mencecah 92.2% dan titik jangkauan pengguna (CRP) menghampiri 1.3 bilion, disenaraikan sebagai jenama FMCG yang paling banyak dipilih untuk tahun keenam berturut-turut.

Yili Remains China’s Most Chosen Brand, Reaching over 90% of Households for Six Consecutive Years
Yili Remains China’s Most Chosen Brand, Reaching over 90% of Households for Six Consecutive Years

Laporan tersebut memperlihatkan kesan pandemik pada tahun 2020 ke atas tingkah laku pengguna dan pilihan jenama mereka. "Dalam pasaran FMCG yang berkembang pesat pasca-COVID-19, jenama-jenama yang cemerlang perlu kekal mendepani perubahan dari segi permintaan pengguna terhadap kesihatan, kemudahan dan kesenangan serta melayari gelombang pendigitalan untuk memenangi perjuangan melibatkan omnisaluran yang berada di hadapan," kata Jason Yu, Pengarah Urusan Bahagian Worldpanel Rantau Besar China Kantar.

Walau bagaimanapun, jenama-jenama yang telahpun mantap mahupun revolusioner berpeluang untuk terus memperluas jejak pengguna mereka dengan mentransformasikan inovasi dan strategi bawa-ke-pasaran mereka. Produk-produk inovatif Yili ialah hasil daripada komitmen syarikat untuk meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi. Sub-jenamanya yang popular, Plant Selected, memberi contoh yang mantap berhubung kejayaan syarikat dalam inovasi teknologi.

Ekoran keterbatasan dalam proses pengeluaran, produk susu soya tradisional gagal memenuhi kehendak citarasa dan pemakanan pengguna. Bagi menyelesaikan masalah ini, pasukan R&D Yili membangunkan teknologi dan formula pemprosesan susu soya baharu yang membantu menyingkirkan bau kacang yang tidak menyenangkan dan dalam masa yang sama mengekalkan aroma semula jadi kacang soya dan memberi zat pemakanan yang segar buat pelanggan. Rantaian bekalan Yili yang dapat dikesan dan boleh dilihat khususnya memastikan kualiti kacang soya yang tinggi, menjadikan siri Plant Selected, menonjol dalam pasaran minuman protein sayuran yang amat kompetitif di China.

Selain daripada keupayaan inovasinya yang mantap, kejayaan Yili juga ialah hasil daripada penyepaduan antara sumber pengetahuan dan perindustrian yang utama di dunia. Selama bertahun-tahun, Yili telah mewujudkan "ekosistem kesihatan global" yang mantap bersama rakan kongsi global. Yili telah membuka dan terus menaik taraf Pusat Inovasi Eropahnya di Belanda dan menubuhkan tapak pengeluaran produk tenusu dan penyelidikan saintifik bersepadu di New Zealand. Ketika ini, Yili bekerjasama dengan lebih daripada 700 syarikat yang tersebar merentas 33 negara dan 5 benua.

Hasil daripada kolaborasi bertaraf dunia ini dapat dilihat dalam produk-produk Yili. Sebagai contoh, Ruihu, siri susu formula bayi di bawah Yili Jinlingguan, diperbuat daripada susu yang dihasilkan oleh lembu baka terbaik yang meragut rumput di padang rumput premium di New Zealand dan disokong oleh teknologi susu ibu berpaten Yili, yang berdasarkan kepada kajian selama hampir dua dekad.

Pada tahun 2020, tahun yang luar biasa mencabar menyaksikan jenama-jenama yang cukup berani untuk menerima kebiasaan baharu pasaran yang berubah-ubah muncul sebagai pemenang-pemenang yang terkemuka. Tahun ini, sedang dunia pulih daripada pandemik, prospek untuk syarikat-syarikat FMCG di Asia kelihatan cerah. "Produk-produk FMCG merupakan barang keperluan dan atas sebab inilah sektor ini akan terus berkembang," kata Nelson Woo, Pengarah Kanan Kantar.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Beverages Food/Beverages