omniture

LivePerson umum pengambilan Ian Kinsella untuk mangkinkan pertumbuhan berterusan di APAC

LivePerson
2021-06-25 04:01 174

Kinsella sertai pasukan eksekutif syarikat AI Perbualan terkemuka

NEW YORK, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- LivePerson, Inc. (Nasdaq: LPSN), peneraju global bagi AI perbualan, hari ini mengumumkan mengenai pengambilan Ian Kinsella sebagai Naib Presiden Kanan, APAC untuk memimpin dan mempercepatkan pertumbuhan syarikat di rantau Asia Pasifik.

Kinsella akan mengawasi organisasi jualan dan kejayaan pelanggan LivePerson di APAC, memperluas strategi bawa-ke-pasaran syarikat di rantau berkenaan serta pasukan pakar jualan dan kejayaan pelanggan mereka. LivePerson bekerjasama dengan banyak jenama terkemuka rantau berkenaan — termasuk operator mudah alih, syarikat insurans, institusi perbankan dan perkhidmatan kewangan, penjual runcit bertaraf dunia dan banyak lagi — untuk menyediakan pengalaman pemasaran, penjualan dan penjagaan berkuasa AI kepada pelanggan mereka.

"Dengan berbilion-bilion pengguna mudah alih, rantau Asia-Pasifik menawarkan peluang yang luar biasa kepada LivePerson. Membawa Ian menyertai syarikat dapat memangkinkan operasi APAC kami untuk bekerjasama dengan lebih banyak jenama terkenal di rantau tersebut bagi merealisasikan visi global kami untuk transformasi AI perbualan perdagangan dan penjagaan. Saya berasa gembira mengalu-alukan beliau ke dalam pasukan eksekutif kami," kata Rob LoCascio, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LivePerson.

Kinsella mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan, pengalaman pelanggan dan perdagangan. Sebelum menyertai LivePerson, beliau memimpin perniagaan Pengalaman Digital Adobe di seluruh APAC, dengan menggalas tanggungjawab terhadap penyelesaian perdagangan dan pengurusan perjalanan pelanggan. Kinsella menyertai Adobe melalui pemerolehan platform e-dagang Magento, yang mana beliau memimpin perniagaan APAC. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden di SAP, memimpin perniagaan Pengalaman Pelanggan & Perdagangan di APAC dan mengurus portfolio penyelesaian penjualan, perkhidmatan, pengurusan dan e-dagang.

Kinsella turut menghabiskan masa selama lebih daripada sedekad sebagai usahawan, menubuhkan syarikat-syarikat pemula di Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Beliau telah tinggal di rantau berkenaan selama lebih 20 tahun dan kini menetap di Sydney, Australia.

"Saya teruja untuk menyertai LivePerson pada waktu yang kritikal ini. Kini, memandangkan pengguna APAC menggunakan peranti mudah alih sebagai alat utama mereka untuk berhubung dengan jenama-jenama, kami melihat peluang yang sangat besar untuk membantu lebih banyak jenama terkemuka di rantau ini menawarkan dan meluaskan perbualan berkuasa AI di saluran pilihan mereka, bermula daripada WeChat hinggalah LINE, WhatsApp dan pemesejan dalam-aplikasi," kata Kinsella.

Lapan puluh lima peratus pengguna di seluruh dunia melaporkan mereka ingin bermesej dengan jenama-jenama dan AI perbualan dapat membantu jenama-jenama memenuhi permintaan hangat ini yang memperlihatkan peralihan struktur kekal dari segi cara dunia menjalankan perniagaan. Beratus-ratus jenama terkenal di dunia membina, mengendalikan dan mengoptimumkan pengalaman perbualan berkuasa AI di Conversational Cloud LivePerson. Jenama-jenama yang menggunakan platform tersebut dapat melihat hasilnya termasuk peningkatan sehingga 20% purata nilai pesanan dan skor kepuasan pelanggan, sehingga 10 kali ganda penukaran jualan dalam talian berbanding laman sesawang tradisional dan 50% kos buruh yang lebih rendah dan penurunan ejen.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai impak AI Perbualan ke atas rantau Asia Pasifik, sertai Ian Kinsella dalam acara maya LivePerson akan datang: http://lvper.sn/ConversationalAI

Latar Belakang LivePerson, Inc. 
LivePerson menjadikan kehidupan lebih mudah untuk orang ramai dan jenama-jenama di mana-mana sahaja melalui AI perbualan yang dipercayai. Seramai 18,000 pelanggan kami termasuk jenama-jenama terkenal seperti HSBC, ANZ Bank, Bupa, SpecSavers dan KDDI menggunakan penyelesaian perbualan kami untuk mengatur manusia dan AI secara meluas dan mencipta hubungan mesra yang amat peribadi — hubungan perbualan — dengan berjuta-juta pengguna mereka. LivePerson dinamakan dalam senarai Syarikat-syarikat Paling Inovatif di Dunia Fast Company atas kepimpinannya dalam kecerdasan buatan. Untuk maklumat lanjut mengenai LivePerson (NASDAQ: LPSN), sila kunjungi www.liveperson.com.

Ian Kinsella is the Senior VP, APAC for LivePerson and heads up the APAC sales and customer success organization. Prior to joining LivePerson, Ian was an executive at Adobe where he led the Digital Experience business across APAC. Previously, he served as Vice President at SAP, leading the Customer Experience & Commerce business in APAC and managing a portfolio of sales, service, marketing, and e-commerce solutions.
Ian Kinsella is the Senior VP, APAC for LivePerson and heads up the APAC sales and customer success organization. Prior to joining LivePerson, Ian was an executive at Adobe where he led the Digital Experience business across APAC. Previously, he served as Vice President at SAP, leading the Customer Experience & Commerce business in APAC and managing a portfolio of sales, service, marketing, and e-commerce solutions.

 

 

Source: LivePerson
Related Stocks:
NASDAQ:LPSN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Personnel announcements