omniture

Lu International Pacu Pelaburan Luar Negara ke dalam Pasaran China dengan Dana Berfokus China baharu

LU International (Singapore) Financial asset exchange pte. ltd
2021-06-25 04:20 135

Lu International bekerjasama dengan Ping An Asset Management (Hong Kong) untuk melancarkan dua dana untuk pelabur yang mencari peluang pasaran China

SINGAPURA, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Lu International (Singapore), subsidiari Lufax Holding (NYSE: LU), secara rasminya melancarkan dua produk dana untuk menawarkan peluang pelaburan ke dalam pasaran China hari ini.

Kedua-dua dana tersebut bersama-sama diterbitkan oleh Ping An of China Asset Management (Hong Kong) Company Limited ("PAAMC HK").

Dana-dana berkenaan merupakan produk berdaftar pertama PAAMC HK di Singapura dan menandakan penembusannya ke dalam pasaran berkenaan.

Strategi perlaburan dana-dana tersebut memanfaatkan rekod pencapaian pelaburan yang berjaya oleh Ping An selama lebih 20 tahun dalam pasaran ekuiti dan pendapatan tetap China. Dana-dana tersebut menggunakan metodologi pelaburan sistematik, kuantitatif dan saintifik PAAMC HK, memanfaatkan platform pengurusan kekayaan Lu International yang memenangi anugerah untuk menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur global di China dengan fleksibel dan cekap.

Asia Tenggara: Pasaran amat besar untuk diterokai 

Pasaran kewangan dalam talian Asia Tenggara mempunyai peluang pengurusan kekayaan yang luas.

Menurut satu kajian yang bersama-sama dijalankan oleh Bain & Company, Google dan Temasek, ekonomi internet rantau tersebut terus meningkat dan dijangka mencapai $300 bilion menjelang tahun 2025.

Walau bagaimanapun, lebih daripada 75 peratus pengguna runcit di rantau berkenaan masih tidak mendapat akses kepada perkhidmatan pembiayaan dan pengurusan kekayaan yang mencukupi.

Setelah bertahun-tahun mengalami pertumbuhan dan mengumpul kelebihan teknologi dan operasi dalam teknologi kewangan, pengamal Teknologi Kewangan China berkedudukan mantap untuk menangani cabaran ini memandangkan beberapa pengusaha terbaiknya memerhatikan peluang di luar negara.

Kerjasama Lu International (Singapore) dan PAAMC HK

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Joanna (Juan) Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Lu International, berkata, "Singapura, melalui peranannya sebagai salah satu hab pengurusan kekayaan dunia, menduduki kedudukan penting secara strategik dalam pasaran kewangan dan teknologi.

"Kerjasama dengan PAAMC HK dapat mempelbagaikan barisan produk Lu International dan membawa perkhidmatan peruntukan aset global yang lebih komprehensif dan premium kepada pelabur Lu International dari seluruh dunia."

Chi Kit Chai, Ketua Pasaran Modal dan Ketua Pegawai Pelaburan PAAMC HK, berkata, "Sebagai pusat kewangan global yang utama, Singapura sentiasa menjadi pasaran pelaburan utama dan paling aktif di Asia Tenggara. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Lu International bagi memanfaatkan platform mereka untuk melancarkan produk dana China kami di Singapura.

Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami di Asia Tenggara. Kami juga berharap dapat menawarkan lebih banyak peluang pelaburan China kepada pelabur di rantau ini dalam masa terdekat."

Latar Belakang Lu International 

Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd.("LUI") (Nombor Pendaftaran Syarikat 201702479G) memegang lesen perkhidmatan pasaran modal oleh Penguasa Kewangan Singapura di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan (Cap. 289 Singapura) ("SFA") berhubung dengan perniagaannya dalam aktiviti-aktiviti yang dikawal selia oleh SFA dalam mengurus sekuriti, pengurusan dana dan menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk sekuriti, kepada pelanggan yang layak.

Lu Global ialah platform pengurusan kekayaan dan pelaburan mudah alih dalam talian yang dikendalikan oleh LUI dan beribu pejabat di Singapura. Ia menawarkan akses dalam talian 24/7 kepada pelbagai jenis pelaburan berkualiti tinggi dan peluang untuk melabur dalam jumlah yang kecil dengan mudah dengan tempoh komitmen yang rendah bagi memberi kefleksibelan maksimum sekali gus mendapat faedah daripada pulangan yang menarik.

LUI ialah subsidiari Lufax Holding ("Lufax"), platform perkhidmatan kewangan peribadi diperkasakan oleh teknologi yang terkemuka di China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lu-global.com.

Latar Belakang PAAMC HK 

Ping An of China Asset Management (Hong Kong) Co., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2006. Ia merupakan subsidiari langsung China Ping An Insurance Overseas (Holdings) Limited dan subsidiari milik penuh Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd. (2318.HK and 601318.SH). Ia dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong untuk menjalankan aktiviti dikawal selia Jenis 1 (Urusan melibatkan Sekuriti), Jenis 4 (Perundingan Sekuriti) dan Jenis 9 (Pengurusan Aset). Dengan keupayaan yang mantap dalam penyelidikan pelaburan dan pengurusan aset, PAAMC HK ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pengurusan pelaburan global melibatkan ekuiti, pendapatan tetap, dana bagi dana lindung nilai, pelaburan kuantitatif AI, ETF, produk berstruktur dan aset alternatif. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi asset.pingan.com.hk.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ti Yao
Lu International (Singapore)
Telefon: +65-8510 1305 
Emel: tiyao353@lu.com

Source: LU International (Singapore) Financial asset exchange pte. ltd
Related Stocks:
NYSE:LU
Keywords: Banking/Financial Service New products/services