omniture

Techking Australia Tingkatkan Penyetempatan dengan Paparan Mantap di Pameran Trak Brisbane

Techking Tires Limited
2021-06-25 15:30 221

BRISBANE, Australia, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Trak Brisbane 2021 telahpun diadakan seperti yang dijadualkan di Australia pada pertengahan Mei yang lalu. Acara selama empat hari berkenaan membawakan hampir 35,000 hadirin antaranya 65% merupakan pembeli profesional tempatan. Techking Australia menghadiri Acara tersebut dengan tayar OTR dan TBRnya yang mengubah industri, melambangkan penampilan sulung subsidiari yang berusia dua tahun ini dalam pameran industri yang terkemuka di dunia.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Techking mempamerkan keadaan aplikasi tayar yang luar biasa dan menggamit ramai pempamer dan pengunjung. Sesi pic jualan yang inovatif turut dianjurkan untuk memberikan perincian yang jelas tentang keupayaan perkhidmatan, kelebihan daya saing dan dasar sokongan jualan Syarikat yang diwujudkan untuk pasaran tempatan Australia dan untuk meninjau keperluan tayar pelanggan yang selanjutnya.

Ditubuhkan pada tahun 2019, Techking Australia mewakili program perintis penyetempatan pertama Syarikat dalam proses pengembangan global. Ia juga merupakan pencapaian paling penting dalam penyetempatan saluran di bawah model pembangunan tiga-tuil Syarikat.

Dengan sokongan daripada subsidiari Australia, Techking telah melaksanakan dengan baik model pembangunan tiga-tuilnya dalam pasaran tempatan termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk bersepadu, saluran pemasaran setempat dan sokongan teknikal di lapangan. Setakat ini, Techking telah membangunkan banyak tayar ditempah khas berdasarkan tinjauan subsidiari Australia berhubung keperluan pelanggan tempatan, membina 3 gudang tempatan demi kebolehhantaran setempat yang lebih baik.

"Mengambil contoh pelanggan M Australia kami yang telah bekerjasama dengan kami selama lima tahun sebagai contoh, sejak kami membuka subsidiari Australia, kami terus melakukan lawatan secara kerap ke lombong mereka untuk mengumpul maklum balas. Dalam masa yang sama, kami memastikan penyerahan yang tepat pada masanya dengan sokongan daripada logistik gudang tempatan," kata pengurus jualan Techking Australia Frank Sun, "Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Pelanggan M memberi pengiktirafan yang besar terhadap Techking."

Naib presiden Techking Star Song berkata: "Sebagai program perintis penyetempatan pertama, subsidiari Australia kami akan memainkan lebih banyak peranan dalam meningkatkan penyetempatan dan operasi setempat." Memandang ke hadapan, Techking merancang untuk mereplikasi atau memindahkan model penyetempatan ke lebih banyak negara dan wilayah agar pengguna di negara-negara dan wilayah-wilayah ini dapat memperoleh manfaat daripada produk dan perkhidmatan Techking yang bernilai lebih tinggi.

Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Techking telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat perlombongan dan pembinaan di lebih daripada 160 negara, menyediakan perkhidmatan tersuai kepada hampir 40 pengeluar terkenal seperti LIEBHERR, DOOSAN, TADANO, JCB, EPIROC, SANY serta XCMG dan dengan bangganya menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat gergasi perlombongan dan pembinaan termasuk global termasuk Rio Tinto, Glencore, BHP dan Zijin Mining. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Techking https://www.techking.com/.

Source: Techking Tires Limited
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news