omniture

Absen menang Kes Harta Intelek Ultravision A.S.

Absen.com
2021-06-25 15:41 76

SHENZHEN, China, 25 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada 12 Jun 2021, juri persekutuan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Timur Texas memberi kemenangan penuh kepada Absen berhubung tuntutan mahkamah atas pelanggaran hak paten. Dalam kes tersebut, Ultravision mendakwa bahawa produk paparan LED Absen yang dieksport ke Amerika Syarikat telah melanggar paten tertentu. Keputusan sebulat suara juri mendapati bahawa tiada satu pun daripada sembilan barisan produk tertuduh Absen melanggar mana-mana tuntutan paten yang ditegaskan. Pihak juri juga menetapkan bahawa kesemua tuntutan paten yang ditegaskan tidak sah. Keputusan berkenaan dikeluarkan selepas empat hari mendengar testimoni dan kira-kira tiga jam perbincangan juri.


Sebagai sebuah syarikat paparan LED terkemuka yang terlibat secara mendalam dalam pasaran antarabangsa, sejak penubuhannya 20 tahun yang lalu, Absen tekal mematuhi prinsip teras dalam inovasi teknologi dan menghormati hak harta intelek. Selepas disaman pada tahun 2018, Absen bertindak balas secara aktif. Ia menubuhkan sebuah pasukan khas yang terdiri daripada pakar dalaman serta peguam Amerika luar yang dipimpin oleh Goodwin Procter LLP. Absen turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat paparan LED Cina yang lain termasuk Glux, Leyard, Liantronics dan Unilumin. Perkongsian tersebut bermakna, bersama-sama mengekalkan Goodwin Procter dapat melaksanakan strategi respons bersama. Dengan perancangan dan usaha keseluruhan daripada kesemua pihak, keputusan yang amat berjaya diterima di mahkamah AS dan Absen mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Ditubuhkan pada tahun 2001, Absen ialah jenama paparan LED yang terkemuka di dunia, terkenal dengan produknya yang berkualiti tinggi, kehadiran global serta keupayaan khidmat penuhnya. Paparan Absen mencakupi pelbagai jenis aplikasi termasuk Paparan Komersial, Visualisasi Data, Sewaan & Pementasan, DOOH dan Korporat. Melalui inovasi dan pembangunan yang berterusan, Absen telah menjadi pengeluar Cina No.1 dalam mengeksport paparan LED selama 12 tahun berturut-turut, lalu menjadikannya jenama pilihan untuk beberapa jenama, rakan kongsi integrasi dan syarikat sewaan yang paling terkenal di seluruh dunia.

Pada masa akan datang, seperti biasa, Absen akan menghormati hak harta intelek, memupuk pasaran antarabangsa dengan mendalam dan bekerja keras demi menghormati pasaran antarabangsa untuk industri paparan LED.

Source: Absen.com
Keywords: Computer/Electronics Legal issues