TIANJIN, China, 28 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Pada 15 Jun, Aima Technology (SHA:603529), pengeluar e-basikal Cina yang terkemuka, mengumumkan Tawaran Awam Awalnya (IPO) di Shanghai Stock Exchange (SSE). Nilai saham firma ini meningkat kepada had harian maksimum yang dibenarkan oleh bursa pada hari pertama dagangan.
Penyenaraian Aima dalam pasaran saham-A China mengukuhkan lagi peranan syarikat sebagai peneraju industri dan memberi sokongan kewangan yang kukuh kepadanya bagi mempercepatkan transformasinya. Syarikat ini juga dijangka memberi impak yang sangat besar ke atas industri basikal elektrik seluruh dunia, lalu meningkatkan lagi kepimpinan pasaran global firma ini.
Aima mempercepatkan transformasi hujung-ke-hujungnya dengan dana yang dikumpul
Dana sebanyak 1.681 bilion yuan (kira-kira $US 259.7 juta) yang dikumpul sebahagian besarnya akan digunakan bagi peluasan kapasiti, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi, pembuatan pintar dan untuk membangunkan jaringan jualannya.
Pelaburan besar oleh Aima dalam R&D teknologi merupakan penarik perhatian terbesar. Setakat 31 Disember 2020, Aima memegang 923 paten Cina (11 ciptaan, 218 utiliti dan 694 reka bentuk), selain daripada 37 hak cipta berdaftar. Daripada dana yang dikumpul, 101 juta yuan (kira-kira $US 15.6 juta) telahpun diperuntukkan untuk pembinaan pusat penyelidikannya yang akan menempatkan kemudahan di bawah satu bumbung untuk reka bentuk perindustrian basikal elektrik, reka bentuk bahagian utama, pemodelan tanah liat, pemodelan digital 3D dan penyelidikan mengenai prestasi keseluruhannya, lalu berperanan sebagai daya penggerak yang penting untuk Aima dalam tempoh yang menyaksikan perubahan yang besar dalam seluruh sektor.
Aima didagangkan secara terbuka di tengah-tengah kerancakan perniagaan tukar beli yang bakal membentuk semula industri
Aima telah menetapkan sasaran jualannya bagi tahun 2021 sebanyak 16 juta unit yang belum pernah terjadi sebelum ini, dengan tiga bulan akan datang dirancang untuk 6 juta buah kenderaan yang jauh lebih bercita-cita tinggi. Dengan sokongan daripada pasaran modal, Aima merancang untuk meluaskan lagi kapasiti dan meningkatkan kelebihan pembuatan serta saluran dan dalam masa yang sama meningkatkan bahagian pasaran
Didagangkan secara terbuka memberi lebih banyak kelebihan daya saing kepada Aima berbanding pesaingnya, dengan jangkaan bahawa ia akhirnya akan membentuk semula seluruh industri ini.
Didagangkan secara terbuka mempercepatkan pertumbuhan Aima dalam ekonomi hijau seluruh dunia
Penyenaraian tersebut membuka jalan untuk menjadikan Aima sebagai jenama sebutan ramai dan memberi lebih perhatian terhadap industri basikal elektrik, terutamanya berlatarbelakangkan ekonomi rendah karbon di seluruh dunia. Banyak negara telahpun mula menggiatkan usaha mereka dalam membina sektor mobiliti jarak sederhana dan jarak pendek mereka sendiri dengan perhatian tertinggi diberikan terhadap basikal elektrik, mengingatkan terlebih dahulu bahawa persaingan pasaran tidak lama lagi akan mencapai tahap sengit lebih daripada segala-gala yang dapat dibayangkan hari ini. Memulakan peluasan antarabangsanya pada peringkat yang sangat awal dalam industri ini, Aima akan menjadikan penyenaraiannya sebagai peluang untuk mempercepatkan lagi pertumbuhannya di seluruh dunia.
Bagi Aima, didagangkan secara terbuka bukanlah penamat, tetapi bukti terhadap usahanya yang tidak henti-henti sejak 20 tahun yang lalu dan satu titik permulaan untuk tahap pertumbuhan yang seterusnya. Aima, dengan inovasi dalam teknologi sebagai pemacu utamanya, dijangka memimpin masa depan yang lebih cerah untuk industri basikal elektrik Cina, dengan sokongan daripada pasaran modal.
Latar Belakang Aima Technology
Ditubuhkan pada tahun 1999, Aima Technology Group komited untuk menjadi peneraju dunia bagi pengangkutan peribadi yang didorong oleh sumber tenaga boleh diperbaharui. Syarikat ini berjaya mengekalkan pertumbuhan sihatnya melalui pewujudan dan pelaksanaan sistem bertumpu pengguna yang inovatif. Susulan lebih daripada sedekad pembangunan, ia telah menjadi pengeluar e-basikal yang terbesar di China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Aima.