omniture

Samtrade FX Dorong Pasukan Pengurusan dengan Pelantikan Veteran Khidmat Kewangan - Richard Dyason sebagai Ketua Pegawai Strateginya

Samtrade FX
2021-06-28 10:00 146

KINGSTOWN, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadines, 28 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Broker perdagangan global Samtrade FXLtd. ("Samtrade FX") dan bersama-sama subsidiari-subsidiarinya ("Kumpulan") mengumumkan bahawa En. Richard Christopher Dyason telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi ("CSO") Kumpulan.

Richard Christopher Dyason
Richard Christopher Dyason

 

 

En. Dyason membawa pengalaman pengurusan selama 30 tahun dalam sektor perkhidmatan kewangan untuk jawatan baharu beliau. Sebelum menyertai Kumpulan ini, beliau merupakan Pengurus Besar Securities Investors Association of Singapore, Naib Presiden bahagian Pelabur Persendirian di Singapore Exchange serta Naib Presiden dan Ketua Bahagian Pemasaran Strategik di United Overseas Bank, Singapura.

Sam Goh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Samtrade FX, berkata: "Richard menyertai kami pada waktu yang menarik! Awal tahun ini, Kumpulan ini meraih pencapaian baharu dan ahli gabungannya, S.A.M. Trade (Asia) Pte Ltd didagangkan secara terbuka di Pasaran OTC A.S., di bawah simbol (OTCMKTS:SMFX). Kami tidak sabar-sabar menantikan pandangan strategik Richard ketika Kumpulan ini terus maju dengan rancangan pertumbuhannya sekali gus menjadi broker perdagangan dalam talian pilihan di seluruh dunia."

Sebagai Ketua Pegawai Strategi baharu Kumpulan ini, Richard akan memimpin pasukan strategi bagi merancang dan melaksanakan strategi dan hala tuju antarabangsa keseluruhan Kumpulan ini serta bekerjasama dengan pasukan eksekutif untuk merangka dasar dan strategi untuk pelbagai entiti di bawah Samtrade FX. Selain itu, beliau juga akan memberi input strategik berhubung kerangka pengurusan risiko Samtrade FX, pertumbuhan Aset Bawah Pengurusan (AUM) Samtrade FX, kelulusan kawal selia untuk produk Samtrade FX serta pembangunan produk dan pasaran baharu.

Berhubung penerimaan jawatan baharu beliau, En. Dyason menyatakan bahawa: "Saya berasa gembira dapat memulakan perjalanan baharu ini bersama Samtrade FX. Kumpulan ini terus meningkatkan platform perdagangannya bagi meningkatkan pengalaman pelanggannya dan pencapaian terbaharunya membolehkannya untuk memperluas kehadirannya di seluruh dunia. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan ini untuk terus membentuk Samtrade FX bagi merealisasikan visinya untuk menjadi penjana kewangan bertaraf global."

LATAR BELAKANG SAMTRADE FX  

Samtrade FX ialah broker perdagangan dalam talian yang menyediakan perkhidmatan perdagangan tukaran mata wang asing (forex) dan perkhidmatan berkaitan yang lain. Ia ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan pedagang dengan akses yang selamat, mudah dan berkos rendah terhadap pasaran pertukaran asing. Pengasas dan rakan kongsi Samtrade FX kesemuanya merupakan pedagang dan mempunyai pengalaman perdagangan yang luas. Lembaga Penasihatnya melibatkan golongan profesional yang berpengetahuan dan berpengalaman yang mampu memberi nasihat profesional yang tiada tandingan kepada pelanggan.

Samtrade FX diperbadankan di Saint Vincent dan Kepulauan Grenadines oleh Pendaftar Syarikat Perniagaan Antarabangsa (nombor pendaftaran 25290 IBC 2019). Samtrade FX juga merupakan ahli The Financial Commission serta didaftarkan dan dikawal selia oleh FINTRAC (Financial Transactions and Reports Analysis Center of Canada) di bawah Money Services Business (MSB) dengan nombor pendaftaran: M19977589. Ahli gabungannya, S.A.M. Trade (Asia) Pte Ltd didagangkan secara terbuka di Pasaran OTC di Amerika Syarikat dengan simbol (OTCMKTS:SMFX).

Hubungan Media

Heidi Chan
marketing@samtradefx.com

 

 

Source: Samtrade FX
Related Stocks:
OTC:SMFX
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Personnel announcements