omniture

Tencent, TiMi Seru Pelajar Asia Tenggara untuk Bertindak terhadap Perubahan Iklim

Pelajar diundang untuk menyertai pertandingan 'Green Game Jam for Youth' yang bertemakan pemulihan hutan dan pemuliharaan lautan
Tencent
2021-06-28 15:57 845

Kuala Lumpur, 28 June 2021 /PRNewswire/ -- Tencent, menerusi Kumpulan Studio TiMi (TiMi) dan Tencent Institute of Games, hari ini mengumumkan bahawa Tencent menganjurkan Green Game Jam for Youth, iaitu suatu pertandingan secara dalam talian global yang diinspirasikan oleh Green Game Jam yang lebih meluas, anjuran oleh inisiatif yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), iaitu Playing for the Planet Alliance.

Green Game Jam for Youth menyasarkan pelajar universiti, sekali gus mencabar mereka untuk mencipta permainan dengan elemen atau tema yang berfokuskan alam sekitar. Pertandingan peringkat belia ini juga membawa bersama nama-nama terbesar dalam permainan video merentas mudah alih, konsol dan komputer (PC) untuk mendidik dan memperkasakan berjuta-juta pemain supaya bertindak demi alam sekitar.

"Green Game Jam for Youth melambangkan tanggungjawab sosial korporat Tencent, menggunakan permainan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam melindungi planet bumi," jelas Krittee Manoleehagul, Naib Presiden Tencent Cloud International bagi rantau Asia Tenggara. "Kami komited dalam memanfaatkan teknologi untuk kebaikan dan mencipta inovasi dalam nilai sosial yang lestari demi masyarakat. Pertandingan ini akan memotivasikan generasi pembangun permainan digital masa hadapan di Asia Tenggara untuk menjadi pembangun yang bukan sahaja prihatin kepada alam sekitar tetapi juga menawarkan alat dan pengetahuan untuk mempertingkatkan kesedaran alam sekitar melalui teknologi."

Permainan digital mempunyai kuasa untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan berbilion manusia di seluruh dunia tentang pemuliharaan alam sekitar dan pemulihan (restoration). Permainan juga boleh mendidik tindakan dan penyelesaian yang diperlukan untuk memperkukuh tindak balas kita terhadap ancaman perubahan iklim.

Untuk mencapai maksud tersebut, Tencent kini bekerjasama dengan beberapa universiti di Asia Tenggara bagi menggalakkan pelajar mereka menyertai Green Game Jam for Youth dan mempromosikan penyelesaian alam sekitar yang diperlukan bagi menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami. Universiti yang mengambil bahagian termasuk Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pasifik di Malaysia, Universiti Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang dan Institut Teknologi DigiPen Singapura, Universiti Bangkok, Universiti Dhurakij Pundit dan Universiti Mahidol di Thailand, Universitas Indonesia dan Institut Teknologi Bandung di Indonesia, dan lain-lain lagi yang akan turut mengambil bahagian.

Menjelaskan kerjasama dengan Tencent, Prof. Madya. Wong Bee Suan, Ketua, Sekolah Perkomputeran, Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pacifik (APU) berkata, "Kami berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi global terkemuka Tencent dalam memperjuangkan matlamat yang mengatasi kepentingan diri kami sendiri. Di Universiti Teknologi & Inovasi Asia Pacifik, matlamat kami bukan sahaja untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri permainan digital yang sedang berkembang pesat, tetapi juga untuk memanfaatkan kuasa permainan dalam perjuangan menentang perubahan iklim."

"Di DigiPen (Singapura), kami mendorong pelajar untuk melaksanakan tugasan yang mencabar minda dan mencambahkan imaginasi. Green Game Jam for Youth merupakan sebuah ruang untuk pelajar kami menguji keupayaan dan kecerdasan minda mereka dalam menangani salah satu cabaran terbesar dunia - perubahan iklim. Kami percaya pertandingan ini mampu menjadi sebuah wadah bagi pelajar menyerlah bakat dan kemampuan mereka yang bukan sahaja luar dari bidang pengajian akademik, malahan dapat menanam rasa tanggungjawab dan menuju ke arah menjadi anggota masyarakat dunia yang prihatin pada alam sekitar," kata jurucakap DigiPen (Singapura).

Pertandingan peringkat belia menyasarkan interaksi dengan pelajar di lebih 300 universiti di seluruh China, Amerika Utara dan Asia Tenggara. Para peserta dalam cabaran belia akan menerima bimbingan mengenai pembangunan permainan dan penggunaan strategi yang berkesan untuk menggalakkan tanggungjawab kepada alam sekitar menerusi webinar dan kursus dalam talian yang dilaksanakan oleh Tencent Institute of Games dan para pembimbing lain dalam industri permainan digital.

Para pemenang akan menerima anugerah dan hadiah wang tunai, termasuk AS$10,000 untuk "Emas," AS$3,000 untuk "Perak," AS$1,000 untuk "Gangsa" dan hadiah AS$500 "Kehormat" bagi pemenang tempat keempat. Keputusan pertandingan akan dikongsikan dengan seluruh dunia pada bulan November semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ke-26 (COP26)" di Glasgow, Scotland, UK.

Pertandingan kini dibuka untuk penyertaan menerusi laman sesawang TiMi di https://www.timistudios.com/green-game-jam-for-youth/, sehingga 30 Julai.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

Judy Wong
Tencent
judywong@tencent.com
+6012 622 4688

Vicky Wong
Lumos Hill+Knowlton Strategies
Vicky.Wong@hkstrategies.com
+6012 459 5818

Source: Tencent
Keywords: Computer/Electronics