TOKYO, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- INTAGE Inc., Tokyo, Jepun, mengumumkan peluasan liputan panel kumpulan penonton TV proprietarinya (i-SSP®) untuk menyokong analitik mendalam yang selanjutnya terhadap analisis media-silang TV-Digital (telefon pintar dan komputer atas meja) serta impak media ke atas pembelian pengguna dengan mengkaji pertindihan yang ketara dengan panel pembelian pengguna proprietari yang lain, SCI®. Peluasan ini telah berjalan sejak awal bulan April, 2021.
Peluasan terkini ini akan meliputi kawasan-kawasan tempatan yang lain, selain daripada Kanto, Kansai dan Chukyo yang setakat ini telahpun diliputi oleh i-SSP® TV.
Terdapat 3 penawaran nilai besar utama yang ditingkatkan oleh peluasan panel i-SSP® TV:
[1] Pengukuran iklan media-silang seluruh negara dalam skala yang sama: i-SSP® yang memantau kumpulan penonton TV mahupun digital daripada individu yang sama memberikan analitik kawasan sasaran yang terperinci terhadap 3 corak kumpulan penonton (TV Sahaja, Digital Sahaja, TV & Digital) untuk jenama-jenama dan agensi-agensi memeriksa setiap ROI kempen. Di samping itu, dengan gabungan tinjauan berfokus terhadap setiap segmen kumpulan penonton, ia akan dapat membantu menjelaskan pandangan seperti jenis pengguna yang menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap produk dan kategori tertentu serta sejauh mana pesanan kempen benar-benar difahami oleh pengguna sasaran.
[2] Impak kempen TV ke atas pembelian di kedai: dengan melakukan analisis silang dengan SCI®, pangkalan data panel pengguna proprietari INTAGE, jenama-jenama dan agensi-agensi akan mendapat pandangan pecahan kawasan mengenai impak iklan TV terhadap produk yang disiarkan. Dengan mewujudkan tinjauan ujian AB terhadap petunjuk pemasaran utama yang didedahkan dan yang tidak didedahkan, seperti imej jenama, kesedaran jenama dan peningkatan jenama, akan dianalisis bagi mengoptimumkan portfolio kempen yang seterusnya mengikut kawasan.
[3] Bahagian suara dan analisis pesaing seluruh negara: i-SSP® TV akan membantu pemilik kempen memahami bahagian suara di seluruh Jepun bagi mengambil tindakan strategik demi merapatkan jurang dengan pesaing-pesaing mereka.
[i-SSP®] https://www.intage.co.jp/english/service/platform/issp/
[SCI®] https://www.intage.co.jp/english/service/platform/sci/
[IINTAGE Inc.] https://www.intage.co.jp/english/
INTAGE Inc. ialah pakar yang lama berkhidmat dalam pemasaran, panel pengguna dan penyelidikan penjejakan runcit. Bersama-sama entiti INTAGE Group, syarikat ini memanfaatkan teknologi penyelidikan, pengumpulan & analisis data serta penyelesaian sistem untuk bekerjasama dengan pelanggan dalam pelbagai jenis industri, menyampaikan pandangan strategik serta menyediakan kecerdasan yang boleh diambil tindakan yang diperlukan untuk proses pengurusan dan pembuatan keputusan pemasaran mereka di Jepun, seluruh Asia dan juga serata dunia.
Pertanyaan media: https://form.k3r.jp/intage/contactenglish