omniture

THAI-WA Lupin Products Sedia untuk Pasarkan Kerepek Lupin di Asia Tenggara

THAI-WA Lupin Products Co., Ltd.
2021-06-29 10:32 91

Penyelidikan mengesahkan protein tinggi, serat diet dan lemak rendah

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- THAI-WA Lupin Products Co., pengeluar dan pengedar produk lupin Australia di Malaysia, Singapura dan Thailand, merancang untuk memasarkan Pinarie Lupin Chipsnya di Malaysia, Singapura dan Thailand. Dibuat daripada lupin Australia, biji kekacang tidak berkanji dengan protein dan serat diet yang tinggi, rendah lemak dan rendah indeks glisemik, snek ini akan menangani keperluan yang meningkat untuk trend diet yang berasaskan tumbuhan di rantau ini.

THAI-WA Lupin Products Sets to Market Lupin Chips in Southeast Asia
THAI-WA Lupin Products Sets to Market Lupin Chips in Southeast Asia

Cik Suwapak Kalayanasant, Pengarah Pembangunan Perniagaan, THAI-WA Lupin Products Co., Ltd., pengeluar dan pengedar produk lupin Australia di Malaysia, Singapura dan Thailand, menyatakan bahawa Asia telah menyaksikan peralihan ke arah diet yang sihat dan berasaskan tumbuhan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pengguna cenderung untuk kurang makan daging apabila mereka menjadi lebih prihatin terhadap impak alam sekitar. Trend ini membuka peluang untuk lupin Australia sebagai alternatif daging yang berasaskan tumbuhan yang berprotein tinggi dan kaya dengan nutrien.

THAI-WA Lupin Products Co., menyasarkan untuk mengembangkan pangkalan pelanggannya di negara-negara ini dengan mempromosikan manfaatnya tatkala pengguna memberi perhatian yang tinggi kepada makanan yang sihat semasa pandemik ini.

"Tatkala kita semua berusaha untuk kekal sihat dalam gaya hidup Normal Baharu, lupin Australia dapat menjadi pilihan makanan yang baharu dan menarik kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan membantu kita memberikan sumbangan yang lebih besar untuk planet yang mampan," kata Kalayanasant.

Dikenali sebagai makanan super baharu, isirong lupin mengandungi sebanyak 40% protein, tiga kali lebih banyak berbanding kuinoa, menjadikan lupin sumber protein berasaskan tumbuhan yang baik. Pada masa yang sama, lupin juga dilengkapi dengan serat diet, mengandungi 37%, atau kira-kira tiga kali lebih banyak berbanding oat dan mempunyai karbohidrat yang sangat rendah.

Tambahan pula, lupin mempunyai indeks glisemik (GI) yang terendah bagi bijirin yang paling kerap dimakan. Lupin membantu melambatkan penyerapan gula ke dalam aliran darah dan dengan itu dapat mengekalkan tahap glukosa darah pada penghidap diabetik dan mereka yang pra-diabetik. 

Dari segi mineral dan vitamin, lupin juga berprestasi baik. Kekacang ini mengandungi zat besi yang lebih tinggi berbanding kubis daun, lebih banyak kalium berbanding pisang dan lebih banyak magnesium berbanding bayam.

Satu lagi kualiti yang menarik ialah bahawa lupin adalah bebas gluten secara semulajadi, menjadikan ia sumber makanan dan snek alternatif yang selamat untuk mereka yang alah kepada gluten.

Pinarie Lupin Chips akan menjadi produk utama yang dilancarkan dalam pasaran ini. Syarikat ini kemudiannya akan memperkenalkan produk lupin yang lain, seperti kacang penuh, emping dan tepung sebagai bahan.

 

Source: THAI-WA Lupin Products Co., Ltd.
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Electronic Commerce Food/Beverages New products/services