omniture

European Wellness Aesthetic Academy dan Asia e University Berkolaborasi untuk Meningkatkan Industri Kecantikan & Kesejahteraan Global

European Wellness Biomedical Group
2021-06-29 12:20 275

SELANGOR, Malaysia, 29 Jun 2021 /PRNewswire/ -- European Wellness Aesthetic Academy (EWAA) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Sekolah Profesional, Pendidikan Eksekutif dan Pembangunan dan Asia e University, yang mempunyai kehadiran dan pensijilan bertauliah yang diiktiraf merentas 34 negara Asia, bakal melancarkan program Wellness Beautypreneurship yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan saintifik dan kemahiran keusahawanan jurusolek, pakar estetika dan ahli terapi di seluruh dunia.

Projek ini ialah idea Prof Dato Sri' Dr Mike Chan dan Prof Dato Sri' Dr Michelle Wong yang merupakan Pengasas kepada European Wellness Biomedical Group. Pasukan akademik yang mendorong inisiatif ini diketuai oleh Ketua Sekolah EWAA, Dr. Volodmyr Chernykh dibantu oleh sepasukan doktor perubatan Eropah dan Ketua Jurulatih Dr. Bawani Nesamany dan En. Joel See. Sukatan kursus dibangunkan oleh doktor perubatan dan program ini diterapkan melalui platform e-pembelajaran fleksibel untuk memastikan akses yang mudah untuk pelajar tanpa mengganggu kerjaya sepenuh masa mereka.

Pelajar yang tidak memiliki pengalaman perindustrian dapat bermula dengan Foundation in Wellness Beautypreneurship yang merupakan program praktikal 2 minggu intensif yang akan memberikan kemahiran penting yang diperlukan untuk mengendalikan spa mudah alih, manakala pengamal yang memiliki pengalaman bekerja atau pemegang diploma CIDESCO atau CIBTAC boleh terus maju ke program 3 bulan Certified Professional in Wellness Beautypreneurship yang mengandungi 16 modul teras yang meliputi elemen keusahawanan utama dan komponen saintifik. Program 5 bulan Certified Master in Wellness Beautypreneurship mempunyai 5 peringkat yang diselesaikan dalam masa 150 jam praktikum di mana pakar estitika veteran memberi tumpuan pada bidang minat yang khusus dalam bidang amalan dan penyelidikan mereka terhadap penyelesaian rawatan yang sesuai untuk pelanggan mereka.

Prof. Dr. Mike Chan bersama Dr. Volodmyr Chernykh memegang MoA yang telah ditandatangani bersama dengan pendidik EWAA.
Prof. Dr. Mike Chan bersama Dr. Volodmyr Chernykh memegang MoA yang telah ditandatangani bersama dengan pendidik EWAA.

 

European Wellness Aesthetic Academy

European Wellness Aesthetic Academy ialah cawangan pendidikan European Wellness Biomedical Group Switzerland yang terkenal kerana pembangunan perintisnya dalam terapi sel induk prekursor/progenitor, serta pengetahunan bioperubatan dan saintifiknya dalam anti penuaan, estetika dan pengurusan penyakit. Ia juga berkolaborasi dengan European Wellness Academy, yang menawarkan lepasan ijazah dengan program pendidikan bioperubatan yang berterusan kepada doktor-doktor di lebih daripada 70 negara setakat ini selama lebih daripada 3 dekad.

https://ewaesthetic.academy/ 

 

Source: European Wellness Biomedical Group
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Contracts