omniture

Acara Pemasaran Luar Negara "Capai Impian Shaanxi Anda, Mengembara di Shaanxi" Berakhir dengan Jayanya

Shaanxi Provincial Department of Culture and Tourism
2021-06-30 21:02 562

XI'AN, China, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Acara pemasaran "menuju global" jenama-jenama pelancongan "Capai Impian Shaanxi Anda, Mengembara di Shaanxi" ("Meet Your Shaanxi Dream, Traveling in Shaanxi") berakhir dengan jayanya pada 20 Jun. Merangkumi pengalaman selebriti dalam talian selama enam hari di Shaanxi dan aktiviti pemasaran yang diadakan melalui media sosial luar negara selama sebulan, acara ini mengintegrasikan aktiviti melawat ke tempat-tempat di Shaanxi dengan merasai budaya dan adat resam rakyat Shaanxi. Ia membolehkan peminat dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman imersif budaya dan pelancongan Shaanxi yang meriah dan bertenaga sekali gus mengenali landskap semula jadi, makanan istimewa dan sejarah Shaanxi.

Enam individu berpengaruh dalam talian dari Turki, Nigeria dan Korea Selatan diundang untuk menghargai sumber pelancongan budaya dan alam semula jadi Shaanxi seperti Menara Loceng, Makan Maharaja Qinshihuang dan Air Terjun Hukou di lima laluan termasuk Loceng Pagi Shaanxi (Morning Bell of Shaanxi), Pengembaraan ke Dinasti Qin yang Hebat (Traveling back to the Great Qin) serta Melawat Chang'an Dinasti Tang (Visiting Chang'an of Tang).

Apa yang lebih menarik lagi, kaligrafi berus merangkumi seluruh pengalaman selebriti dalam talian tersebut, agar peminat dari luar China dapat melihat secara langsung budaya tradisional Cina yang menawan. Dengan menulis menggunakan berus, selebriti dalam talian mentafsirkan sejarah dan budaya mendalam yang terangkum dalam jenama-jenama pelancongan budaya Shaanxi.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Shaanxi mempersembahkan secara serentak aktiviti luar talian "Capai Impian Shaanxi Anda, Mengembara di Shaanxi" yang berkembang maju melalui foto, video dan interaksi yang menyeronokkan di platform media sosial luar negara seperti Facebook dan Twitter. Acara ini secara keseluruhannya menerima lebih 5.3 juta tontonan di platform media sosial luar negara dengan video-video berkaitan ditonton lebih 780,000 kali, lalu mencipta pengalaman imersif yang menyeluruh untuk peminat di seluruh dunia.

Dengan tujuan untuk mempercepatkan langkah Shaanxi menuju global dalam era "pasca-pandemik", terus mempromosikan pengaruh antarabangsa jenama-jenama pelancongan budaya Shaanxi dan meletakkan asas kukuh bagi pemulihan pelancongan di dalam Shaanxi, acara pemasaran ini telah meningkatkan pengaruh dan populariti jenama-jenama pelancongan budaya Shaanxi di platform media sosial luar negara dan memperluas "lingkungan rakan" Shaanxi di seluruh dunia. Ia merupakan contoh yang sangat baik bagi pelancongan Cina menuju global.

Source: Shaanxi Provincial Department of Culture and Tourism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Hotels and Resorts Social Media Travel