omniture

Fon Telinga Tanpa Wayar untuk Keriangan Tidak Berkesudahan: Fon Telinga Permainan Stereo Tanpa Wayar Sebenar G1 Mixcder, Direka untuk Pemain Konsol

Mixcder
2021-06-30 21:16 99

NEW YORK, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Mixcder, jenama audio yang mengintegrasikan kedua-dua teknologi dan seni ke dalam reka bentuknya, baru-baru ini melancarkan fon telinga permainan Stereo Tanpa Wayar Sebenar (TWS) G1 yang amat dinanti-nantikan, lengkap dengan penyesuai USB-C disepadukan. Fon telinga ini merupakan pengubah industri yang terkini daripada jenama ini yang direka bentuk untuk mencipta pengalaman tanpa wayar sepenuhnya, mendengar di mana-mana dan permainan imersif untuk pemain konsol yang menggunakan Switch, Switch Lite, PS4 dan PS5 serta peranti permainan popular yang lain.

David Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Mixcder berkata, "Kami dapat melihat aliran maklum balas yang berterusan daripada pemain konsol mengenai kesukaran mencari fon kepala tanpa wayar mudah alih di pasaran khususnya untuk konsol permainan. Kebanyakan penyesuai tanpa wayar yang tersedia ketika ini dijual berasingan dan kurang integrasi dengan fon kepala, yang mengurangkan ciri kemudahan dan kemudahalihan dengan banyak sekali, dan proses penyambungan yang rumit. Setelah mendengar dengan teliti keperluan dan cadangan daripada pelanggan kami, pasukan penyelidikan pasaran, pembangunan produk dan pengeluaran Mixcder kami mula mengusahakan satu penyelesaian sepantas mungkin dan kami yakin fon telinga TWS G1 baharu akan dapat menyelesaikan masalah ini dan kekangan lain untuk pemain konsol di mana-mana sahaja."

https://youtu.be/-a8DFsRClek 

Kadar kependaman yang amat rendah dan reka bentuk separa dalam telinga yang sangat selesa G1 memberikan pengalaman audio yang luar biasa jelas kepada pemain, lalu membolehkan mereka mendengar setiap tembakan, langkah kaki dan perincian muzik. Baterinya menyokong sehingga 5 jam masa bermain, 20 jam dengan bekas pengecasan dan masa pengecasan satu jam untuk fon telinga tersebut.

Ia boleh digunakan secara berautonomi atau bersama-sama penyesuai yang mengutamakan pemasangan fon telinga G1 Mixcder terlebih dahulu secara automatik dan boleh disambungkan dengan mudah kepada peranti tanpa wayar yang lain. Satu lagi fungsi yang bagus, terutamanya untuk bermain permainan seperti Fortnite yang popular, ialah sembang suara masa sebenar. Dengan klik dua kali yang ringkas butang berbilang fungsi pada penyesuai tanpa wayar dan mikrofon sedia digunakan untuk komunikasi masa sebenar.

Dari segi penampilan dan struktur, fon telinga G1 dan penyesuai tanpa wayar diletakkan bersama-sama dengan kemas dalam bekas pengecasan, yang meningkatkan kemudahalihannya dengan ketara. Bekas pengecasan bertema pengawal permainan bergaya yang unik akan memberi kepuasan yang sangat tinggi dalam kalangan ahli komuniti permainan.

Fon Telinga Permainan TWS G1 kini boleh didapati di Amazon dan laman sesawang rasmi Mixcder. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://mixcder.com/ , atau hubungi support@mixcder.com.

* Versi semasa fon telinga G1 tidak dapat digunakan bersama Xbox.

 

Wireless Earbuds for Endless Joy: Mixcder G1 True Wireless Stereo Gaming Earbuds, Designed for Console Players
Wireless Earbuds for Endless Joy: Mixcder G1 True Wireless Stereo Gaming Earbuds, Designed for Console Players

Source: Mixcder
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment New products/services