omniture

Asset World Corporation dan Nobu Hospitality Mengumumkan Rancangan untuk Mengembangkan Hotel dan Restoran Nobu di Thailand

Nobu Hospitality
2021-06-30 22:08 67

BANGKOK, 30 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Asset World Corp. Public Company Limited (AWC), kumpulan hartanah gaya hidup bersepadu yang terkemuka di Thailand dan Nobu Hospitality, jenama gaya hidup global yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, berbesar hati mengumumkan kerjasama baharu yang dijalinkan bagi memenuhi keperluan pelancong sedia ada dan akan datang dengan mencipta pengalaman yang unik.

 

Kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman untuk melengkapkan perjanjian pembangunan kawasan yang merangkumi Thailand dengan hasrat untuk membuka pelbagai Hotel dan Restoran Nobu secara eksklusif dengan AWC di destinasi-destinasi yang paling menarik di Thailand termasuk restoran Nobu yang pertama di Bangkok yang dijangka akan dibuka tepat pada masanya yang menawarkan pemandangan sambutan tahun baharu yang menakjubkan pada akhir tahun 2021.

Sejak ia ditubuhkan, Nobu telah menawarkan penciptaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan sajian-sajian yang luar biasa.  Nama Nobu telah sinonim dengan ciri-ciri minimalis, reka bentuk kenalurian, bahan-bahan terbaik, kekuatan tenaga dan semangat semula jadi dalam bidang perkhidmatan.  Setiap hotel dan restoran terlibat sepenuhnya dengan pasaran tempatan dan menawarkan para tetamu dengan tempat untuk berehat dan menikmati pengalaman dalam suasana yang dipenuhi dengan perasaan sebagai sebahagian daripada sesuatu yang luar biasa.  Falsafah Kokoro – yang berasal daripada perkataan Jepun bermaksud jantung - merupakan nadi jenama ini yang menghubungkan kesemua destinasi ini bersama-sama.

Wallapa Traisorat, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden AWC menyatakan
"Kami teruja tentang kerjasama ini dengan Nobu yang merupakan perkongsian jenama yang sempurna bagi AWC dan Nobu serta kepercayaan bersama kami terhadap tawaran, reka bentuk dan penciptaan pengalaman yang unik. Dari perspektif perniagaan, memperkenalkan restoran Nobu yang pertama di Thailand akan meningkatkan nilai hartanah Empire Tower sedia ada kami serta mengubahnya menjadi kemudahan guna campur yang besar dan destinasi pengalaman gaya hidup di tengah-tengah Daerah Pusat Perniagaan (CBD) Bangkok. Tambahan pula, ia akan memeriahkan suasana Bangkok sebagai ibu negara Thailand dengan keunikan Nobu yang meningkatkan lagi kedudukan bandar ini sebagai destinasi makanan dan minuman bertaraf dunia. Pelan pertumbuhan bersama kami adalah untuk memperluaskannya menjadi sebuah hotel di bawah jenama Nobu pada masa akan datang yang akan menampilkan sajian elegan bagi setiap hidangan disertai dengan reka bentuk yang unik dan menarik. Kesemua ini mengesahkan bahawa AWC komited dalam membina nilai bagi industri pelancongan dan kami merupakan pemain utama yang bersedia untuk memenuhi keperluan pelancong sedia ada dan akan datang dari seluruh dunia serta pelancong Thai daripada pelbagai gaya hidup."

"Kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan AWC iaitu pembangun hartanah gaya hidup yang terkemuka di Thailand untuk membangunkan Hotel dan Restoran Nobu.  Rakan kongsi adalah amat penting bagi kami dan dengan kepemimpinan Wallapa Traisorat, kami yakin bahawa masa depan adalah cerah dengan kehadiran Nobu di Thailand dan seterusnya," ujar Cef Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality menyatakan, "Kami teruja kerana dapat menyertai kerjasama baharu dengan AWC.  Strategi kami yang berpandangan ke hadapan adalah untuk mengembangkan jenama kami dengan rakan kongsi tempatan dan serantau supaya mereka boleh mengakses model dan kekuatan perniagaan kami berdasarkan pelbagai lokasi seperti yang telah berjaya dilakukan oleh rakan kongsi lain sebelum ini."

AWC X Nobu Hospitality Signing Event on June 29, 2021
AWC X Nobu Hospitality Signing Event on June 29, 2021

 

Nobu Hospitality leadership team: From left to right: Struan McKenzie, Robert De Niro, Chef Nobu Matsuhisa, Meir Teper, Hiro Tahara, and Trevor Horwell
Nobu Hospitality leadership team: From left to right: Struan McKenzie, Robert De Niro, Chef Nobu Matsuhisa, Meir Teper, Hiro Tahara, and Trevor Horwell

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1554782/AWC_x_NOBU_Thailand.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1554789/awc_x_nobu_hospitality_signing.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1554781/nobu_hosp_exec_team.jpg?p=medium600

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Hotels and Resorts Restaurants Retail Travel Corporate Expansion