omniture

Teknologi Cina | GAC Jalin Kerjasama Erat dengan Didi, Huawei

GAC MOTOR
2021-07-01 20:23 126

GUANGZHOU, China, 1 Julai 2021 /PRNewswire/ -- GAC telah lama menjadi rakan kongsi aplikasi panggilan tunggangan Cina yang terkemuka, Didi dan syarikat gergasi teknologi Cina, Huawei. Dengan menghimpunkan sumber, data dan kajian saintifik, GAC dan dua firma teknologi ini teruja untuk bekerjasama demi masa depan industri automobil.


GAC mempunyai sejarah panjang menjalin kerjasama dengan Didi, memegang saham dalam syarikat tersebut selama bertahun-tahun dan menandatangani perjanjian kerjasama dua hala yang ekstensif pada tahun 2019 yang bersetuju untuk bekerjasama bagi promosi dan penyesuaian kenderaan, perjalanan tanpa pemandu, pengecasan pintar dan teknologi pengisian bahan api. Banyak teksi China dibuat oleh GAC yang menandakan bahawa kerjasama kedua-dua syarikat tersebut saling berkait rapat: pengetahuan dan peningkatan teknologi automobil sangat bermanfaat untuk Didi dan GAC pula mendapat manfaat daripada akses kepada sejumlah besar data Didi.

Syarikat gergasi teknologi Cina, Huawei merupakan satu lagi penambahan hebat ke dalam himpunan sumber teknologi ini. Salah satu nilai jenama teras GAC MOTOR ialah inovasi teknologi, iaitu mencari jalan untuk menghasilkan kereta yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih menyeronokkan untuk dipandu. Penyedia telefon pintar bertaraf dunia, Huawei sering menghasilkan teknologi canggih dalam bidang-bidang seperti pengecaman suara dan wajah, sambungan IoT, perkakas "pintar", kamera dan teknologi pengecasan, antaranya. Dengan adanya akses kerjasama kepada penyelidikan dan teknologi Huawei dapat memberi kelebihan yang mantap kepada GAC dalam pengeluaran sistem dalam-kereta yang bertaraf dunia.

Satu projek menarik yang diusahakan oleh GAC melalui jalinan kerjasama dengan Huawei dan Didi ialah kenderaan autonomi "Tahap 4" yang dapat beroperasi hampir keseluruhannya tanpa input daripada manusia (mekanisme bantu-pemandu semasa dikelaskan sebagai autonomi Tahap 2).

Menggabungkan sumber-sumber daripada tiga pihak, kenderaan L4 pintar dirancang untuk dikeluarkan secara besar-besaran menjelang tahun 2024, memanfaatkan keupayaan reka bentuk dan pembuatan GAC serta perisian pemanduan automatik daripada Didi dan Huawei. Platform perkakasan pintar Didi, Didi Gemini, telahpun diuji di jalan raya oleh beberapa syarikat kereta multinasional, lalu kini menjadikan Didi sebagai salah satu pengusaha penting dalam bidang pemanduan automatik, dengan pakar-pakar menggelar kemajuan teknologi syarikat dalam bidang ini sesuatu yang "mustahil untuk diabaikan".

Pengasas Didi Cheng Wei meramalkan bahawa Didi akan menyediakan lebih daripada 1 juta kenderaan autonomi menjelang tahun 2025. GAC tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang memacu ke arah wawasan masa depan ini yang merangkumkan semangat GAC MOTOR iaitu GO AND CHANGE (MARA DAN BERUBAH).

Dengan begitu banyak jalan penyelidikan yang menarik, masa depan kelihatan amat cerah untuk autombil yang lebih bersih, lebih mesra alam dan lebih pintar.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Transportation