omniture

Valeant Pharmaceuticals, Inc. Akan Memperolehi Bausch + Lomb Dengan Bayaran $8.7 Bilion

Bausch + Lomb
2013-05-29 06:32 289

-- Akan Kukuhkan Kedudukan Valeant sebagai Pemimpin Global dalam Kesihatan Mata dan Dermatologi

-- Dijangka Mencapai Penjimatan Kos Tahunan Sekurang-kurangnya $800 Juta

-- Penambahan Serta-merta bagi EPS Tunai Valeant

-- Pro Forma bagi tahun penuh 2013, ~40% Penambahan kepada EPS Tunai Valeant

LAVAL, Quebec dan ROCHESTER, New York, 29 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Valeant Pharmaceuticals International, Inc. (NYSE:VRX) (TSX:VRX) dan Bausch + Lomb Holdings Incorporated, syarikat kesihatan mata global, mengumumkan hari ini bahawa mereka telah memeterai perjanjian di mana Valeant akan memperolehi Bausch + Lomb pada harga $8.7 bilion tunai.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121221/MM34011LOGO)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130527/NY20994LOGO)

Bausch + Lomb merupakan syarikat pemimpin global dalam kesihatan mata yang beroperasi dalam tiga segmen: Farmaseutikal (termasuk jenama preskripsi, generik dan tanpa preskripsi (OTC)), Penjagaan Penglihatan (kanta sesentuh dan larutan), dan Pembedahan (kanta intraokular dan peralatan pembedahan). Bausch + Lomb mempunyai portfolio produk penjagaan kesihatan mata yang luas, termasuk jenama-jenama preskripsi dan OTC terkenal seperti  Besivance, Lotemax, Ocuvite dan PreserVision; jenama penjagaan penglihatan Biotrue ONEday, PureVision, renu dan Boston; dan jenama pembedahan enVista, Storz, Stellaris dan VICTUS.

Di bawah syarat perjanjian itu, yang diluluskan sebulat suara oleh Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat, Valeant akan membayar pertimbangan agregat sebanyak $8.7 bilion tunai, di mana kira-kira $4.5 bilion daripadanya akan diberi kepada kumpulan pelabur yang diketuai Warburg Princus dan kira-kira $4.2 bilion akan digunakan untuk membayar hutang tertunggak Bausch + Lomb. Valeant menjangka  untuk mencapai sekurang-kurangnya $800 juta penjimatan kos tahunan menjelang hujung 2014. Bausch + Lomb menjangkakan akan memperoleh pendapatan kira-kira $3.3 bilion dan EBITDA terlaras pada 2013 kira-kira $720 juta. Transaksi itu dijangka menjadi penambahan serta merta kepada pendapatan tunai Valeant bagi setiap saham. Dengan mengandaikan transaksi itu berlaku pada 1 Januari 2013 dan mengandaikan realisasi penuh sinergi, pengambilalihan itu sepatutnya memberikan penambahan 40% kepada EPS Tunai jangkaan 2013 bagi Valeant.

Transaksi itu akan menggunakan dana daripada pinjaman dan kira kira $1.5-$2.0 bilion ekuiti baharu. Valeant telah mendapatkan pembiayaan hutang berkomitmen penuh daripada Goldman Sachs Bank USA. Mengambil kira peningkatan ekuiti yang dijangka, nisbah hutang kepada EBITDA terlaras pro forma Valeant adalah kira-kira 4.6 kali ganda.

Bausch + Lomb akan mengekalkan namanya dan menjadi satu divisyen Valeant, perniagaan oftalmologi sedia ada Valeant akan disepadukan dengan divisyen Bausch + Lomb, menghasilkan platform kesihatan mata global dengan pro forma pulangan bersih dijangka untuk 2013 melebihi $3.5 bilion. Pengambilalihan itu meletakkan Valeant dalam kedudukan sesuai untuk  memanfaatkan  trend penjagaan mata yang dijana oleh populasi pesakit berusia, peningkatan kadar diabetes dan permintaan daripada pasaran baru. Perniagaan gabungan itu juga akan  mendapat manfaat daripada portfolio produk  yang mantap dan barisan produk baharu yang inovatif.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Valeant, J. Michael Pearson berkata, "Kami teruja untuk mengumumkan pengambilalihan Bausch + Lomb, yang akan menjadikan Valeant pemimpin global dalam kesihatan mata dengan memperkuatkan kemampuan kami dalam farmaseutikal oftalmik, kanta sesentuh dan produk penjagaan kanta, serta peralatan dan peranti pembedahan oftalmik. Jenama terkemuka Bausch + Lomb, portfolio lengkap produk unggul penjagaan mata, dan menjanjikan penawaran peringkat akhir yang strategik lagi ideal yang sepadan dengan perniagaan oftalmik kami dan kami sangat komited dalam usaha berterusan membina perniagaan kesihatan mata yang mampan.  Dengan urusniaga ini, Valeant bakal menjadi pemimpin seluruh dunia dalam kedua-dua bidang dermatologi dan kesihatan mata."

Ketua Pegawai Eksekutif Bausch + Lomb, Brent Saunders berkata, "Bausch + Lomb telah mengalami perubahan besar sepanjang beberapa tahun lalu. Kami telah memperkenalkan produk baharu yang inovatif untuk para pesakit; membina saluran penawaran yang mantap; meneroka pasaran baru; dan memperkukuhkan perhubungan kami dengan professional penjagaan mata di seluruh dunia. Pengambilalihan syarikat kami oleh Valeant merupakan satu petunjuk terhadap nilai tinggi yang telah dibina oleh pekerja-pekerja kami yang berbakat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini." Saunders menyambung, "Syarikat-syarikat kami berkongsi komitmen terhadap memberikan produk inovatif yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. Saya yakin di bawah pimpinan baharu ini, jenama Bausch + Lomb akan terus melambangkan kecemerlangan dan inovasi dalam kesihatan mata."

Berikutan pemeteraian perjanjian itu, En. Saunders akan menyertai Valeant dengan peranan penasihat untuk memastikan peralihan yang licin dan Fred Hassan, Pengerusi Lembaga Pengarah Bausch + Lomb, akan menyertai Lembaga Pengarah Valeant. Tambahan pula, Dan Weschler, Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Farmaseutikal Global Bausch + Lomb, akan menyertai Valeant sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Syarikat, Oftalmologi dan Kesihatan Mata. Ketua Pegawai Perubatan Bausch + Lomb Calvin W. Roberts, M.D. akan turut menyertai Valeant sebagai Ketua Pegawai Perubatan, Oftalmologi dan Kesihatan Mata. Kami turut menjangkakan lebih ramai ahli kumpulan pengurusan senior akan menyertai Valeant.

Transaksi itu, yang dijangka disempurnakan dalam suku ketiga, adalah tertakluk kepada syarat wajib penyempurnaan dan kelulusan kawalseliaan.

Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom LLP and Osler, Hoskin & Harcourt LLP telah bertindak sebagai penasihat perundangan Valeant, dan Bausch + Lomb telah dinasihati oleh Cleary Gottlieb Steen & Hamilton LLP. Goldman, Sachs & Co. dan J. P. Morgan Securities LLC telah bertindak selaku penasihat kewangan kepada Bausch + Lomb.

Maklumat Panggilan Persidangan dan Siaran Web

Valeant akan mengadakan panggilan persidangan dan siaran langsung melalui internet dengan pertunjukan slaid pada Selasa, 28 Mei, 2013 pada 8:00 pagi ET (5:00 pagi PT) untuk membincangkan transaksi itu. Nombor yang boleh didail untuk menyertai panggilan itu ialah (877) 876-8393 dengan kod pengesahan 77049719. Pemanggil antarabangsa  patut mendail (973) 200-3961, dengan kod pengesahan 77049719. Siaran ulangan akan diadakan kira-kira dua jam selepas selesai panggilan persidangan itu sepanjang 28 Jun 2013 dan boleh dicapai dengan mendail (855) 859-2056, atau (404) 537-3406, kod pengesahan 77049719. Siaran langsung panggilan persidangan itu boleh dicapai melalui bahagian hubungan pelabur laman web korporat Valeant di www.valeant.com.

Mengenai Valeant

Valeant Pharmaceuticals International, Inc. (NYSE/TSX:VRX) merupakan syarikat farmaseutikal berkepakaran multinasional yang membangunkan, mengilang dan memasarkan rangkaian luas produk farmaseutikal terutamanya dalam bidang dermatologi, neurologi dan generic berjenama. Maklumat lanjut tentang Valeant boleh didapati di www.valeant.com.

Mengenai Bausch + Lomb

Bausch + Lomb merupakan syarikat pemimpin penjagaan mata yang tertumpu kepada melindungi, meningkatkan dan memulihkan penglihatan. Perniagaan terasnya termasuklah farmaseutikal oftalmik, kanta sesentuh dan produk penjagaan kanta, serta peralatan dan peranti pembedahan oftalmik. Ia membangunkan, mengilang dan memasarkan secara global antara portfolio produk paling komprehensif dalam industri kesihatan mata, yang terdapat di lebih 100 buah negara. Diasaskan pada 1853, syarikat itu beribupejabat di Rochester, NY, dan mempunyai lebih 11,000 pekerja di seluruh dunia.

Kenyataan Ramalan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan ramalan berkenaan antara lain, penggabungan perniagaan yang dicadangkan antara Valeant dan Bausch + Lomb, kedudukan kewangan Valeant dan Bausch + Lomb, kedudukan pasaran, pembangunan produk dan strategi perniagaan, sinergi kos jangkaan, jangkaan masa dan faedah transaksi, serta anggaran perbelanjaan Valeant serta jualan dan pendapatan sesaham masa depan. Kenyataan termasuk perkataan seperti "percaya", "menjangkakan", "menantikan", "berhasrat", "menganggarkan", "merancang", "akan", "mungkin", "panduan", atau ungkapan serupa adalah kenyataan ramalan. Oleh kerana kenyataan ini mencerminkan pandangan, jangkaan dan kepercayaan semasa Valeant dan Bausch + Lomb berkenaan kejadian akan datang, kenyataan ramalan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian. Pelabur perlu mengambil perhatian bahawa banyak faktor boleh memberi kesan kepada penggabungan perniagaan yang dicadangkan antara syarikat-syarikat ini dan hasil kewangan akan datang mereka dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material dengan apa yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Faktor-faktor ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: risiko pengambilalihan itu tidak disempurnakan; risiko perniagaan Valeant atau Bausch + Lomb akan mendapat kesan buruk semasa proses pengambilalihan; risiko operasi kedua-dua syarikat tidak dapat disepadukan dengan jayanya; kemampuan Valeant dan Bausch + Lomb untuk berjaya membangunkan, mengkomersilkan dan memasarkan produk baru; kemampuan Valeant dan Bausch + Lomb mendapatkan kelulusan kawalseliaan bagi sebarang produk mereka bakal ditawarkan; saingan untuk perniagaan produk Valeant dan Bausch + Lomb; penerimaan pasaran terhadap produk masa depan Valeant dan Bausch + Lomb; kawalseliaan kerajaan bagi industri syarikat-syarikat tersebut; hasil sebarang tindakan atau tuntutan undang-undang oleh pihak ketiga atau kerajaan; risiko perubahan dalam peraturan kerajaan; impak keadaan ekonomi; impak persaingan dan penentuan harga dan lain-lain risiko dan ketidakpastian, termasuk yang  (i) disenaraikan dari masa ke semasa dalam laporan berkala Valeant yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") dan Pentadbir Sekuriti Kanada ("CSA"), termasuk laporan sedia ada dalam borang 8-K, laporan sukuan dalam borang 10-Q dan laporan tahunan pada borang 10-K, terutamanya perbincangan di bawah tajuk "FAKTOR RISIKO" dalam laporan tahunan mereka dalam borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 yang telah difailkan dengan SEC dan CSA dan (ii) faktor risiko yang disenaraikan dalam Pindaan no. 1 kepada Pernyataan Pendaftaran Borang S-1 mengenai WP Prism Inc. (nama terdahulu Bausch + Lomb Holdings Incorporated), difailkan dengan SEC pada 26 April 2013, yang tidak diumumkan sebagai berkesan oleh SEC. Kenyataan ramalan dalam siaran akhbar ini bergantung kepada faktor-faktor risiko tersebut. Faktor-faktor ini, secara persendirian atau keseluruhannya, mampu menyebabkan  hasil kedua-dua syarikat berbeza daripada hasil yang dijangkakan mahupun yang pernah dicapai. Kedua-dua syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini secara umum sebarang kenyataan ramalan, sama ada disebabkan maklumat baru, perkembangan akan datang atau sebaliknya.

 

Source: Bausch + Lomb
Related Stocks:
NYSE:VRX Toronto:VRX
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Retail Acquisitions, mergers, takeovers Conference call announcements