omniture

Rockwell Automation Memperluaskan Penawaran Perisian Awan Industri (Industrial Cloud Storage) Dengan Mengambil Alih Syarikat Plex Systems

Platform pembuatan pintar berasaskan langganan terkemuka Plex Systems membantu pelanggan mempercepatkan transformasi digital dan meningkatkan kebolehlihatan terhadap sistem pengeluaran mereka secara menyeluruh dengan penyelesaian natif-awan (cloud-native) yang mudah digunakan
Rockwell Automation
2021-07-02 18:26 326
  • Rockwell akan mengambil alih syarikat Plex Systems dengan nilai $2.22 bilion secara tunai
  • Plex ialah platform pembuatan pintar natif-awan, perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (Saas) tulen terkemuka, yang beroperasi secara meluas
  • Plex menyediakan aplikasi terkemuka dalam pelaksanaan pembuatan, kebolehlihatan rantaian bekalan dan pengurusan kualiti merentas segmen industri diskrit, hibrid dan proses
  • Hasil pendapatan Plex yang meningkat dua digit dan pengambilalihan Plex dijangka dapat menambah margin operasi Rockwell dengan segera
  • Pengambilalihan Plex dijangka dapat mempercepatkan matlamat Rockwell untuk  mencapai pendapatan berulang tahunan (annual recurring revenue) di dalam masa dua tahun

MILWAUKEE, 2 Julai 2021  /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat automasi perindustrian dan transformasi digital yang terbesar di dunia, bersama Plex Systems, platform pembuatan pintar natif awan terkemuka yang beroperasi secara meluas, hari ini mengumumkan bahawa Rockwell telah memeterai satu perjanjian untuk mengambil alih Plex pada nilai $2.22 bilion secara tunai.

Plex ialah satu contoh syarikat yang menawarkan satu-satunya platform pembuatan SaaS berbilang penyewa yang beroperasi secara meluas terkemuka sistem pelaksanaan pembuatan yang maju, kualiti dan keupayaan pengurusan rantaian bekalan. Plex mempunyai lebih 700 pelanggan dan mengurus lebih daripada 8 bilion transaksi setiap hari. Keupayaan perisian Plex seterusnya akan dengan akses pasaran global Rockwell, kepakaran industri dan keupayaan untuk mengubah data masa sebenar kepada yang boleh dilaksanakan.

"Pengambilalihan ini akan mempercepatkan strategi kami untuk menghidupkan Perusahaan Terhubung (Connected Enterprise), memacu masa dengan lebih pantas untuk memberi nilai kepada pelanggan kami ketika mereka semakin menggunakan penyelesaian awan (Cloud Solution) bagi meningkatkan ketahanan, ketangkasan dan kemampanan dalam operasi mereka," kata Blake Moret, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rockwell Automation. "Menggabungkan teknologi awan (cloud) canggih Plex dengan portfolio perisian sedia ada dan kepakaran domain Rockwell akan menambah nilai pelanggan dan mencipta lebih banyak cara untuk berjaya. Pengambilalihan ini juga akan turut mempercepatkan pertumbuhan hasil pendapatan perisian kami serta mengukuhkan aliran hasil pendapatan berulang tahunan kami."

Dilema yang semakin meningkat bagi pengeluar adalah keperluan segera untuk meningkatkan pengeluaran dan menambah baik daya tahan dan dalam masa yang sama memacu kecekapan dan pematuhan. Syarikat-syarikat semakin berusaha untuk menaik taraf sistem pengeluaran mereka dengan sistem pelaksanaan pembuatan moden berasaskan awan (cloud) yang mudah dilaksanakan, digunakan dan diselenggara. Platform Plex membantu pelanggan untuk menghubungkan, mengautomasikan, mengesan dan menganalisis operasi dan rantaian bekalan terhubung mereka.

"Rockwell percaya pada kuasa data dan teknologi untuk mentransformasikan operasi pembuatan dan perindustrian," kata Brian Shepherd, naib presiden kanan, Perisian dan Kawalan, untuk Rockwell Automation. "Berserta dengan kemampuan penyelenggaraan dan pengurusan aset termaju yang disediakan oleh Rockwell baru baru ini, Rockwell akan mempunyai portfolio penyelesaian natif awan yang mantap untuk sistem pengeluaran pelanggan kami setelah selesai Plex."

"Plex sentiasa merupakan lebih daripada sebuah syarikat," kata Bill Berutti, Ketua Pegawai Eksekutif Plex. "Kami telah menjadi pemimpin dalam pergerakan pembuatan pintar dan merupakan rakan kongsi yang dipercayai bagi lebih daripada 700 syarikat pembuatan di seluruh dunia. Bergabung dengan Rockwell adalah bagus untuk pelanggan, rakan kongsi dan kakitangan kami ketika kami melangkah untuk memperluas jangkauan dan impak kami serta mempercepatkan misi kami untuk membawa pembuatan ke awan (cloud)."

Plex akan dilaporkan sebagai sebahagian daripada segmen operasi Perisian dan Kawalan Rockwell yang menyediakan tawaran perkakasan dan perisian terkemuka untuk reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan sistem automasi pengeluaran serta sistemn pengurusan. Sebagai sebahagian daripada pemerolehan ini, Rockwell akan menerima lebih daripada 500 kakitangan baru yang sangat komited.

Pengambilalihan tersebut akan dibiayai dengan kombinasi wang tunai serta hutang jangka pendek dan jangka panjang. Tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa dan penyelesaian semakan peraturan, pengambilalihan berkenaan dijangka selesai dalam suku keempat fiskal Rockwell.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation Inc. (NYSE: ROK) merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia/pengguna dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 24,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami membawa Connected Enterprise® kepada realiti di seluruh perusahaan industri, sila layari kunjungi www.rockwellautomation.com.

Latar Belakang Plex Systems

Plex Systems® merupakan peneraju bagi penyelesaian pembuatan pintar yang disampaikan melalui awan (cloud), memperkasa pengeluar dunia untuk menghasilkan produk yang hebat. Platform kami memberi keupayaan kepada pengeluar untuk menghubungkan, mengautomasikan, mengesan dan menganalisis setiap aspek dalam perniagaan mereka untuk memacu transformasi. Platform Pembuatan Pintar Plex merangkumi penyelesaian untuk pelaksanaan pembuatan (MES), ERP, kualiti, perancangan dan pengurusan rantaian bekalan, IOT Industri dan analitik untuk menghubungkan manusia, sistem, mesin dan rantaian bekalan, membolehkannya untuk menerajui dengan lebih jitu, cekap dan tangkas.

 

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers